Bukan kira kerajaan BN buat banyak PR buat sikit tapi riuh sekampung kata PM Najib tapi rakyat dah meluat dekat Umno. Itu hakikat yang PM Najib kena terima. Pembangunan sapa buat pun kita terima. Buat lah pembangunan banyak mana pun tapi bila jangka hayat Umno untuk pegang tampuk pemerintahan dah sampai di halkum dah tiba masa untuk dikapankan tiada siapa yang dapat menahannya. Tidak ada kerajaan yang kekal hingga kiamat untuk perintah selama-lamanya.Kerajaan LDP di Jepun, Parti Buruh yang berkuasa di Britain tumbang hingga terpaksa tunduk kepada kuasa rakyat. Adakah mereka tolak pembangunan?
Pembangunan yang dipenuhi gejala rasuah hingga stadium pun boleh runtuh , bumbung masjid runtuh itu yang menyebabkan kita berfikir sampai bila kita akan disogok dengan pembangunan yang dipenuhi rasuah untuk disuap ke dalam mulut rakyat.Rasuah di kalangan ikan jerung boleh terlepas walaupun ada bukti yang cukup tapi pemakan rasuah di kalangan ikan bilis yang makan rasuah seratus dua ringgit disumbat ke dalam penjara. Makan rasuah banyak tak ada bukti cukup makan rasuah sikit ada bukti yang cukup untuk dipenjarakan.Ajaib!
Kata PM Najib dalam laporan THM Najib:BN perlu hebah jasa, budi dilakukan;
Perdana Menteri berkata kerajaan BN tidak banyak mengembar-gemburkan apa yang dilakukan untuk rakyat berbanding parti pembangkang, walaupun mereka hanya membuat sedikit sahaja untuk rakyat.
“Kita buat banyak tapi tak riuh rendah. Mereka buat sedikit tapi riuh sekampung. Kita buat bangunan tak gembar gembur...kita buat setinggi gunung...(tapi kadang kadang) orang tak hargai,” katanya berucap melancarkan Karnival Skuad Sayang Wanita Umno di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang dekat sini, hari ini.Baca semua klik tajuk di atas.
Umno tetap takut hilang kuasa walaupun kuasai semua media di negara ini hinggga Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor paksa budak-budak cerdik pandai luar negara yang anggotai Kelab Umno Luar negara baca Umno Online daripada baca portal berita yang tidak memihak. Rugi belajar sampai luarnegara kalau otak kena paksa , kena sogok dengan agenda Umno tanpa melihat kebenaran dan keadilan yang sebenar.
salam...
BalasPadamdepa bt prgrm utk rakyat xheboh2 sbb depa ada media yg sampaikan kpd rakyat kalo pembangkang mane ada media yg nak cover utk sampai kpd rakyat..jadi knalah riuh2 spy rakyat celik mata...wallahua'lam