Kedudukan strategik perjuang isu masyarakat
PUTRAJAYA 11 Okt. - Wanita-wanita pertama diajak untuk memanfaatkan kedudukan strategik mereka bagi memperjuangkan isu-isu penting dalam masyarakat terutama membabitkan pembangunan masa depan golongan kanak-kanak.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, ini kerana para isteri pemimpin negara mempunyai keistimewaan menonjol yang boleh digunakan bagi menarik perhatian umum tentang pelbagai perkara yang perlu diambil perhatian segera.
"Sebagai wanita pertama, saya percaya kita ditempatkan secara strategik untuk menggerakkan inisiatif masyarakat dalam bidang kepimpinan, pendidikan, pemerkasaan dan pembangunan sosial.
"Sebagai pasangan pemimpin negara, kita mempunyai peluang untuk memperjuangkan perubahan di negara masing-masing yang mana ia boleh mengarahkan kepada adaptasi menyeluruh idea-idea kita ke serata pelosok dunia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama di Seri Perdana di sini, malam ini.
Sidang kemuncak julung kali diadakan di negara ini itu bertema 'Kanak-kanak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok'
Ia adalah anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dinaungi oleh Rosmah.
Seramai 14 Wanita Pertama dan perwakilan lain dari 28 negara hadir pada sidang kemuncak yang berlangsung di Hotel Palace of Golden Horses dekat sini bermula hari ini.
Perasmian sidang itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.-Utusan Malaysia Online.
Antara Rosmah Mansor dan Permasuri Agong siapa yang layak digelar Wanita Pertama Negara?
salam...
BalasPadamskrg teknologi dah canggih...peribahasa pun bertambah canggih..sehinggakan org yg perasan diumpamakan seperti naik lif tekan sdiri kalo dulu2 masuk bakul angkat sdiri...wallahua'lam
According to Article 32 of the Constitution of Malaysia, the Supreme Head of the Federation, is the Yang di-Pertuan Agong, who shall take precedence over all persons in the Federation and that the Consort of the Yang di-Pertuan Agong is to be called the Raja Permaisuri Agong who shall take precedence next after the Yang di-Pertuan Agong over all other persons in the Federation.
BalasPadamThe title First Lady does not exist in Malaysia as Malaysia is not a Republic. The same applies in Canada where the wife of the Prime Minister is simply the wife of the Prime Minister and not the First Lady of Canada. That singular privilege belongs to HM The Queen.