Ada kawan-kawan yang bagi tau kat saya Umno yang percaya kepada teori 'RAHMAN' , Tunku Rahman , Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan kini Najib jadi PM Malaysia berkata sapa yang akan jadi PM selepas teori 'Rahman' tu berkubur?
PM Najib pun kata beliau sebak dada bila nak tinggal Putrajaya bila toleh belakang tengok Putrajaya satu hari nanti akan terlepas daripada tangan beliau. Adakah selepas ini akan ada nama baru untuk ganti teori 'Rahman' untuk Umno terus berkuasa selama-lamanya.
Satu hari nanti teori 'Rahman' akan makan tuan kata kawan saya tu lagi.Tidak akan ada yang kekal berkuasa selama-lamanya . Satu hari nanti Umno akan tunggang langgang dan berkubur juga.Sebab itulah Umno terus mainkan lagu lama seperti Radio Klasik Nasional untuk bagi tahu kepada rakyat jelata kata tanpa Umno orang Melayu takkan ada apa-apa, tanpa Umno orang Melayu hidup merempat, tanpa Umno orang Melayu hilang kuasa.
Gertakan dan ugutan yang menakut-nakutkan orang Melayu itu bukan takat dipercayai orang kampung, Tok Lebai dan para Ustaz malah golongan 'bangsawan', elit dan cerdik pandai Melayu turut percaya malah mereka jadi tukang tambah untuk iakan apa yang dibohongi Umno kepada orang Melayu.Orang Melayu yang percaya dengan pembohongan Umno tentang Hak Melayu itu seolah-olah hilang tempat bergantung bila Umno dah reput dan berkubur. Mereka seolah-olah lupa bahawa Allah SWT lebih berkuasa ke atas hamba-NYA.Mereka lupa bahawa Umno hanya berkuasa di Putrajaya sedangkan Allah SWT menguasai seluruh langit dan bumi yang diciptakan-NYA.
Pemerintah yang berkuasa sejak merdeka dan terbentuknya Perlembagaan Malaysia sehingga sekarang menakut-nakutkan orang Melayu yang terbukti jelas mengatakan hak bumiputera, Raja-Raja Melayu telah termaktub dalam perlembagaan. Tok nenek mereka yang buat perlembagaan kata lagu tu pasai apa kita nak takut bila Umno hilang kuasa?Umno hilang kuasa tak bererti Melayu hilang kuasa.Umno yang menjahanamkan hak Melayu , yang merobek-robek hak bangsa sendiri dalam kelemasan bila kuasa yang mereka ada semakin rapuh dan goyang.
Sesama bangsa sendiri pun Umno berkira pahit, taik hidung masin. Kerajaan Kelantan minta bayar royalti Umno bagi duit ihsan kepada puak-puak dan juak-juak Umno di Kelantan untuk diagih-agihkan kepada puak sendiri. Terengganu dulu Pas perintah kira duit ihsan kini bila Umno kembali rampas Terengganu Umno kira royalti. Sapa yang perkosa bangsa sendiri kalau bukan Umno?
Sesama Umno pun begitu jugak. Dulu kutuk dan hentam Ku Li kata pengkhianat Umno, minta diambil tindakan disiplin terhadap Ku Li gara-gara Ku Li sependapat dengan kerajaan Kelantan dalam isu royalti minyak. Kini kutip Ku Li yang disisihkan Umno untuk jadi bahan 'ujian' di prk Galas.
salam...
BalasPadamUMNO ni cam lalang..bla dtiup ke kiri..dia ke kiri..bla ditiup ke kanan..dia ke kanan...sanggup bt pe shj..janji periuk nasi mereka tjamin...wallahua'lam