Jumaat, 8 Oktober 2010

Adun Sri Andalas dapat 919 undi paling tinggi di Malaysia

Ini adalah apa yang diemail ke dalam blog ini oleh mediapekerja@gmail .com (saudara Razak Ismail Pembantu Khas Exco/Adun Sri Andalas) dua hari yang lalu.Saya cuma siarkan saja tanpa edit.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat - Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat pada 29 September 2010 telah mengumumkan keputusan Rasmi Pemilihan Cabang Kota Raja yang dimenangi oleh YB Dr. Xavier Jayakumar (Exco Negeri Selangor / Adun Seri Andalas) - 919 undi, KS Kottappan - 151 undi dan Thilai Ambalam -144 undi.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang dimenangi oleh YB Shuhaimi Shafiei (Adun Sri Muda) - 854 undi, Stephen - 214 undi dan Saari Abd. Malik - 142 undi.

Bagi jawatan Ketua Wanita dimenangi oleh Rozaina Hamzah sebanyak 420 undi manakala lawannya Siti Anum mendapat 100 undi.
Bagi Jawatan Ketua AMK , Azmizam Zaman Huri mendapat 316 manakala lawannya Zainun mendapat 86 undi.

Proses pemilihan cabang Kota Raja 'agak panas' apabila berlakunya insiden kekecohan semasa proses pengiraan undi dimana 18 kotak undi kemudiannya dipindahkan ke Ibupejabat parti di Damansara untuk disambung proses pengiraan undi.

Dengan memperolehi sebanyak 919 undi, Dr. Xavier yang juga Pengerusi Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor menjadi ketua cabang Parti Keadilan Rakyat yang paling banyak mendapat undi setakat ini setelah parti tersebut selesai menjalankan proses pemilihan di hampir semua cabang Parti Kedailan rakyat di seluruh negara.
Beliau diikuti oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dengan 772 undi di cabang Kuala Selangor, Zuraida Bte Kamaruddin (ahli Parlimen Ampang ) di cabang Ampang dengan 673 undi manakala YB William Leong ( ahli Parlimen Selayang) dari cabang Selayang mendapat 595 undi.

YB Mohd Azmin Ali (ahli parlimen Gombak dan juga Adun Bukit Antarabangsa) yang juga merupakan pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor memperolehi 333 undi di cabang Gombak.

ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Pembantu Khas kepada
YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Negeri Selangor

1 ulasan:

  1. salam...
    tahniah bt yg menag jawatang...jawatan yg dsandang bkn utk dimegahkan tpi utk dlaksanakan dgn penuh tanggungjawab...wallahua'lam

    BalasPadam