Jumaat, 8 Oktober 2010

Sokongan kepada Umno-Bn meningkat?

Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada akhir-akhir ini semakin meningkat berbanding semasa Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu, demikian menurut kajian isu semasa terbaharu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Berdasarkan kajian tersebut, populariti BN meningkat empat peratus iaitu 55 peratus berbanding 51 peratus semasa Pilihan Raya Umum 2008, manakala hanya 37 peratus rakyat Malaysia sanggup mengundi pakatan pembangkang, penurunan sebanyak 12 peratus daripada 49 peratus dalam tempoh yang sama.

Lapan peratus daripada sejumlah 1,367 responden dalam kajian itu menyatakan mereka tidak pasti memilih parti mana sekiranya pilihan raya umum diadakan esok.

Kajian yang sama juga dilakukan pada Ogos 2009 dengan jumlah responden seramai 1,458 orang.

Menurut kajian, sokongan orang Melayu terhadap BN meningkat tiga peratus iaitu daripada 58 peratus pada Ogos 2009 kepada 61 peratus pada Ogos 2010.

Sokongan kaum Cina terhadap BN masih rendah tetapi menunjukkan peningkatan dua peratus daripada 40 peratus kepada 42 peratus dalam tempoh yang sama.

Bagaimanapun, sokongan kaum India menurun daripada 63 peratus kepada 59 peratus. Ini kerana 14 peratus kaum India memilih untuk tidak memilih mana-mana parti.

Kajian ini dilakukan dari 1 hingga 18 Ogos 2010 di seluruh negara untuk mengetahui pandangan responden berumur 21 tahun ke atas mengenai isu semasa.

Seramai 1,367 responden dari kaum Melayu/Bumiputera, Cina, India dan lain-lain di seluruh negara ditemubual bagi mewakili pendapat umum.-Bernama.

Sapa pun boleh buat kajian tak kira la daripada apa badan dan ngo pun yang penting orang Melayu masih jadi aset Umno-Bn untuk terus berkuasa . Orang Melayu tak kisah dengan isu APCO , Isu Felda , isu enjin jet hilang, harga barang mahal tapi pembohongan hak Melayu hilang oleh Umno dan gerombolannya itu yang jadi keutamaan. Lagi banyak Umno berbohong tentang hak Melayu hilang lagi lama la Umno-Bn akan terus berkuasa! Orang Melayu percaya cakap UMNO yang zalimi bangsa sendiri lepas tu berbohong kata hak Melayu hilang, hak Melayu tergugat kena 'rogol', hak Melayu kena cabul.Percaya jangan tak percaya.

Selamatkan anak-cucu kita daripada terus jadi mangsa pembohongan terbesar Umno tentang hak Melayu hilang yang jelas termaktub dalam perlembagaan Malaysia yang jamin hak istimewa Melayu. Hak Melayu tak hilang yang hilang hak-hak istimewa Melayu Umno yang sapu projek sejak 50 tahun dahulu di negeri yang mereka tumbang dalam pru 12 yang lalu.

1 ulasan:

  1. salam...
    nampak gayanga pimpinan Pakatan Rakyat perlu bekerja keras utk memenangi hati rakyat...kalo negeri2 yg diperintah PR diambil alih semula oleh UMNO..besar kemungkinan kebajikan rakyat yg dperkenalkan oleh pemerintahan PR akan masuk poket UMNO...wallahua'lam

    BalasPadam