Selasa, 5 Oktober 2010

Rosmah Mansur tak payah pi Belgium cukup tengok 'Semerah Padi'


Ada yang gelar bini Pm Najib Rosmah Mansor sebagai 'Bini Puaka'. Ada yang kata NKRA tu sebagai 'Najib kerja Rosmah arah'. Wanita yang bernama RM itu juga terkini dikatakan berada di Belgium buat 'lawatan sambil belajar' di sebuah pusat wanita mengandung anak luar nikah .

Lapor Malaysiakini Pas : Rosmah minta 'sedekah' di Belgium;

Hajat Rosmah Mansur melawat pusat remaja hamil di Brussel hari ini untuk mendapatkan input bagi menangai masalah pembuangan bayi adalah tidak munasabah dan menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea, kata PAS.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, isteri perdana menteri tidak sepatunya merujuk kepada Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) kerana keadaan iklim dan sosial budayanya berbeza dengan negara ini.

"Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai.

"Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam," kata Idris lagi.-Malaysiakini.

Kalau takat tu ja tak payah pi Belgium cukup RM tonton ja filem 'Semerah Padi' lakonan Allahyarham P.Ramlee. Syorkan semua sekolah tayang gambar tu seminggu sekali di sekolah-sekolah dan Kementerian Penerangan hidupkan wayang lengkong di kampung-kampung bagi anak muda tengok lagi bagus.

2 ulasan:

  1. Mengkritik memang mudah. Jika kita melihat seseorang melakukan sesuatu yang tidak betul, dan kita tahu cara yang lebih baik, beritahulah. Bukan setakat mengatakan tak betul sahaja. Dgn cara itu sama2 boleh mendapat menafaat.

    Jika kita pun tak tahu, bersama2lah memikirkan cara yang lebih baik. Sekurang2nya orang itu mencuba bukan setakat bercakap sahaja.

    BalasPadam
  2. typical ayat pencacai RM!hhehhe

    BalasPadam