Selasa, 12 Oktober 2010
Kes kematian adik Aminulrasyid mula dibicarakan
Ketika suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati dan rakannya yang dibunuh secara kejam belum dihadapkan ke mahkamah kerana belum cukup bukti kes adik Aminulrasyid yang ditembak polis beberapa bulan yang lalu akan mula dibicarakan di mahkamah hari ini.
Perbicaraan seorang korporal yang didakwa menembak mati seorang remaja berusia 15 rahun, Aminulrasyid Amzah, bermula di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini dan dijadualkan berlangsung selama 11 minggu. Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Aminulrasyid, di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Saksi pertama pada perbicaraan ini adalah lans korporal Mohd Sabri Salleh.
Menurut timbalan pendakwa raya persekutuan, DPP Mohd Dusuki Mokhtar, sejumlah lima saksi akan dipanggil. Jenain diwakili oleh peguam-bela Salim Bashir manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid. Pada 10 Mei lalu, Jenain, dihadapkan ke mahkamah dan membuat pengakuan tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Kematian mengejut remaja itu menimbulkan kemarahan orang ramai berhubung dakawaan polis yang melepaskan tembakan secara membabi-buta dan memaksa Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) berhubung penggunaan senjata api.-Malaysiakini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam...
BalasPadammga kes ini menjadi pengajaran kpd pihak polis supaya tidak mnyalah guna kuasa yg ada...patuhi undang2 yg telah ditetapkan dlm akta bkn pada arahan pihak2 yg tidak bertanggungjawab...wallahua'lam
Dan pengajaran untuk parents yg len supaya pantau kegiatan anak2 anda supaya x jad kes mcm ni...al-fatihah buat adek aminulrashed..
BalasPadam