Ketua Menteri Pulau Pinang kata kerajaan negeri belum dapat sekupang pon 'duit judi' yang didakwa Umno Pulau Pinang. Duit tu pi mana buang dalam laut Jambatan Pulau Pinang ka? Sekarang yang rugi sapa? Siapa galas duit judi yang dipulangkan?Adakah duit tu akan di bawa ke prk Galas?
Lapor Malaysiakini Pulang 'wang judi' , kerajaan Pulau Pinang belum terima sesen;
Kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga hari ini masih belum menerima apa-apa wang yang dikembalikan meskipun Umno dan BN sibuk menganjurkan majlis untuk warga emas memulangkan wang berkenaan yang didakwa datang daripada sumber perjudian.
“Kerajaan negeri berharap mereka agar jangan terpedaya dengan Umno kerana yang rugi hanyalah warga emas yang hilang peluang mendapat RM100 setiap tahun dan RM1,000 sekali untuk waris mereka,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.
Isu itu tercetus apabila pada satu majlis anjuran Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim pada 30 September lalu, lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ehsan yang selepas berasa curiga dengan sumber wang berkenaan.
Dalam pada itu, Lim turut menuntut penjelasan Umno BN berhubung kutipan cukai judi sebanyak RM2.3 bilion oleh kerajaan Persekutuan pada setiap tahun.-Malaysiakini.
Umno bukan takat bohong kata hak Melayu hilang, hak warga emas dan orang-orang miskin nak rasa RM100 pun dikelabukannya. Habih orang kampung kena 'kencing' dengan Umno.
UMNO kini mengubah sejarah untuk kepentingan dirinya. Seharusnya mereka sedar bahawa Sejarah akan berulang semula dan mengajar mereka yang ingkar menerima pengajaran daripada masa silam...
BalasPadam