Sabtu, 16 Oktober 2010
Kita jangan jadi 'Melayu Seluar Dalam '
Ada yang kata bajet 2011 yang dibentangkan dalam parlimen semalam sebagai bajet pilihanraya.Ada yang kata bukan bajet pilihanraya tapi bajet untuk semua rakyat Malaysia. Yang baguih kita kata baguih yang tak baguih untuk rakyat tetap dianggap pembohongan.
Orang Melayu yang duduk dikampung-kampung rasa seronok terutama golongan imam masjid, guru KAFA, Tok Batin, JKKK Umno , Pengerusi Kampung Baru sebab elaun depa semua naik.
Orang Melayu juga seronok sebab cukai import seluar dalam dihapuskan. Masa ada cukai seluar dalam pun di pasar malam seluar dalam dilelong 3 helai RM10! Kalau tak kena cukai lagi murahla pakat beli banyak-banyak buat stok sebab seluar dalam murah!Nak habaq kat orang Melayu seluar dalam bukan orang beli hari-hari macam beli beras, minyak masak , gula, kopi dan milo.
Bagaimana dengan harga keperluan harian rakyat yang melambung-lambung setiap hari?Kalau dah naik cukup liat nak turun balik. Sikit hari lagi harga petrol akan naik sebab kita dilalikan dengan cukai import seluar dalam dihapuskan.
Rakyat tak akan marah barang naik sebab seluar dalam tak kena cukai! Gula naik, tepung naik, tambang bas sekolah naik, mana ada turun yang jadi murah kelambu dan seluar dalam. Sapa yang hidupnya fobia dengan seluar dalam , yang tak pernah pakai seluar dalam tak dapat rasa nikmat harga seluar dalam tak kena cukai.
Nak habaq bagi kita jangan jadi 'Melayu Seluar Dalam' boleh ditipu Umno siang malam pagi petang untuk Umno terus berkuasa selama-lamanya.Seluar dalam beli hat murah pun bukan nak gatal buah teloq. Anu hangpa salut emas ka nak beli hat mahai?
Kata PM Najib yang cadangkan 300 barangan yang dihapuskan duti import;
“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen. Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka. Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.” Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa.-Malaysiakini Nama Rosmah juga diheret dalam bajet 2011.
Dilaporkan projek mega yang menguntungkan kroni Umno pulak dalam bajet 2011 tu ialah;
Antara projek mega yang disebut oleh Najib dalam pembentangan bajet 2011, ialah projek pembangunan Warisan Merdeka di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara membabitkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, transit beraliran berkapasiti tinggi (MRT) bernilai RM40 bilion dan juga projek Perkongsian Awam Swasta (PPP) bernilai RM12.5 bilion di mana kerajaan akan menyediakan dana fasiliti berjumlah RM1 bilion-Malaysiakini. Kakitangan kerajaan hanya dapat rm 500 ringgit kroni Umno kaya-raya lepas ni .
Berkaitan;
Belanjawan 2011 tanpa istilah 'rasuah'-Merdeka Review
Najib bentang bajet selamat menjelang pilihanraya-Malaysiakini
Bajet 2011 :Pakatan sinis, BN optimis-Malaysiakini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bab pewarna rambut tu paling tak setuju.Berapa byk orang Mesia ataupun yang diluar Mesia datang untuk mewarna rambut kat sini?
BalasPadamNenek-nenek di kampung lebih baik guna Daun Inai kat belakang rumah. Lagi bagus tak payah keluar 1 sen pun dan dah tentu sah dibawa untuk solat.
Jgn dikatakan umno kayaraya, org kerajaan dpt 500 shj. Kalau diikutkan, knp nk kerja kerajaan kalau merungut? Kerja la sendiri, usaha dgn sendiri. Perlu diingat pihak swasta palingvbyk menyumbang cukai utk dibayar gaji kpd kakitangan awm. Kalau kata kroni umno kaya, tu lantak la sbb diaorg usaha sendiri......sama mcm melayu dlm kontraktor ada yg maju ada yg tidak. Itu semua usaha sendiri. Kalau nk kaya, majukan diri jgn duduk di takok mengharapkn kerajaan. Cukup la dari kita sekolah ditangung kerajaan, ni kerja pun harapkn kerajaan. Kalau bajet yg terbaru ni pun da cukup adil......peyelarasan gaji, penghapusan cukai, paling utama pembelian rumah utk belia yg meringankn beban.....apa2 pun sama2 la kita bersyukur
BalasPadam