Slogan hak Melayu hilang, Melayu tercabar, Melayu hilang kuasa, Melayu terpinggir dan ada yang kata jangan pertikai secubit pun hak Melayu menyembur-nyembur keluar daripada mulut pemimpin Umno dan gerombolannya setiap saat , detik dan ketika.
Bila golongan Raja pulak kata jangan pertikai hak Melayu, maka bertambah-tambahlah seronok pemimpin Umno nak pertahan hak Melayu. Mungkin golongan Istana pun dah lupa siapa yang cabut kuasa Raja-Raja Melayu , yang jadi tukang derhaka kepada Raja -Raja Melayu, yang tabal Raja tengah padang kalau bukan Umno. Kita orang Melayu tak kira darjat mudah lupa apa yang Umno buat kepada orang Melayu.
Tangan kanan Umno berjuang hak Melayu tangan kiri sapu hak bangsa sendiri untuk kepentingan Melayu Umno. Sampai bila orang Melayu nak sedar kena tipu dengan Umno hari-hari?
Melayu Umno batu api supaya makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang dapat duit ihsan kerajaan Pulau Pinang kata duit tu duit judi. Yang jadi ahli lembaga pengarah syarikat judi, toto , magnum tak dak ka pemimpin Melayu Umno yang terlibat?
Kita orang Melayu seronok pemimpin Umno terus berkuasa walaupun dalam masa yang sama mereka jadi pengkhianat bangsa dan agama.Kita cakaplah berulang kali pun siapa yang hilangkan tanah rezab Melayu, jadi petualang persempadanan semula pilihanraya 2003 yang banyakkan kerusi parlimen bukan Melayu , sekat bantuan kepada sekolah agama rakyat(SAR) buat zalim kepada kerajaan Pas di Kelantan semua tu dianggap sebagai 'benda dah jadi nak buat lagu mana'!
Nak hapus fikiran yang taksub kepada Umno bukan senang di kalangan generasi yang tidak celik media dan hanya jadikan TV1 dan TV3 sebagai teman sepanjang hayat sampai bila pun dok lagu tu la. Berjuang hak dan kepentingan bangsa tak salah tapi Melayu bukan semata-mata hak Umno untuk diperjuangkan tapi hak semua orang Melayu. Umno hanya jadi hero dan jagoan untuk melapah-lapah apa yang dikatakan hak Melayu untuk kenyangkan tembolok pemimpin Umno. Bila rasa terjejas Umno akan jerit kuat-kuat kata hak Melayu hilang. Bila Umno kembali kuat muka kita pun Umno tak pandang sebok dengan projek-projek mega dengan taukeh-taukeh Cina nak sapu komisen.
Barang makanan dan keperluan harian naik, semua naik tak ada yang turun itu tak jadi pokok perbincangan untuk kebajikan rakyat yang dilaungkan hanya 'hak melayu hilang', 'jangan pertikai hak Melayu' untuk santapan orang Melayu.Sampai tua kita kena tipu dengan slogan Melayu.
salam...
BalasPadamnak bt cam ne..memang tu sikap org melayu..suka sgt kna tipu...kalo ckp perkara betul pun mereka xnak percaya..slap2 haribulan org yg ckp betul tu dkata penipu...nilah bijaknya sentimen perkauman yg dimainkan UMNO...wallahua'lam
org melayu ni bukannya apa.dok rasa hebat.dia tak tau tanah melayu ni dok kena beli olh bangsa lain.yg org melayu ada rumah dgn keta je..nak beli tanah dah tak mampu..bangsa lain dekat pilihanraya dapat geran tanah..bangsa melayu dpt duit rm500 dok rasa hebat dah..
BalasPadam