Selasa, 30 November 2010

Kirim Daging Kat Harimau Sampai Bila Pun Tak Sampai

Umno sekali sekala kena jerit kuat-kuat nak pertahankan Ketuanan Melayu.Itulah saja modal Umno untuk terus bernyawa demi nak kekalkan kuasa .Umno janjikan kepada orang Melayu pembangunan dan projek. Kroni Umno dapat projek orang Melayu dapat tengok sambil telan air liur yang tak pernah kering lagi dunia tak kiamat.

Umno mahu jadi tuan kepada orang Melayu. Orang Melayu pulak jadi kuli dan harap sangat-sangat kepada Umno nak bela dan tolong Melayu. Modal Umno hanya kebendaan yang berbentuk wang ringgit, mesin basuh, peti ais , tv, kain pelikat dan kain batik.Orang Melayu bangga kerana jadi kuli Umno dapat tolong Umno nak berjuang Melayu. Umno dapat apa? Umno dapat projek berbilion ringgit , syarikat kroni sapu semua projek mega , pemimpin Umno kaya raya kerana orang Melayu diperbodohkan Umno sampai tua.

Umno tutup semua lubang-lubang dan rongga skandal pemimpin Umno, penyelewengan harta negara , wang rakyat oleh syarikat kroni Umno , laporan audit negara 2009 yang dedahkan penyelewengan tidak ada sebarang respon oleh rakyat yang jadikan Umno sebagai candu.Umno hanya dengan satu tiupan saja iaitu Ketuanan Melayu, maka terkinja-kinja lah ngo-ngo pro Umno dengan gegak gempitanya nak pertahan Melayu.Mereka tak ingat apa dah terus terjah nak pertahan Ketuanan Melayu.

Orang Melayu dilalikan , dilalaikan dengan hiburan yang melampaui batas agar senang Umno nak buat kerja tipu Melayu.

Umno nak songlap harta negara, nak sapu wang rakyat itu bukan soalnya yang penting Ketuanan Melayu kena pertahankan.Kesian tengok orang Melayu kena tipu dengan Umno. Orang Melayu harapkan apa saja kepada Umno untuk pertahankan Melayu tapi hanya umpama kirim daging kepada harimau yang kelaparan sampai bila pun tak sampai-sampai!

Ni satu lagi contoh projek tipu Melayu -Habislah orang Kampung Baru kena pindah-Harakahdaily.

Umno 'Si Kitol' yang dajalkan Melayu dan Islam

Ketua penerangan Umno Ahmad Maslan kata ucapan Sultan Selangor yang dukacita kata ada pihak-pihak tertentu nak buang perkataan Melayu pada Raja-Raja Melayu tu ialah parti PKR.

Umno adalah parti pelupa dan Melayu mudah lupa tapi menggelejat sakan dan terlompat-lompat jika ucapan Sultan tu Umno rasa bagi 'point' nak untungkan Umno. Umno tak ingatka parti mana yang cabut kuasa Raja-Raja Melayu pada tahun 1980-an dulu? Masa tu Umno berdiri teguh nak pertahan apa yang pemimpin Umno masa tu buat pada Raja-Raja Melayu siap pusing Satu Malaysia jaja dan iakan 'cabut gigi dan geraham' Raja-Raja Melayu. Adakah Raja-Raja Melayu juga lupa apa yang Umno buat kepada mereka?

Umno adalah penghasut umpama Si Kitol, Raja Mendeliar yang wujud zaman Kesultanan Melaka dulu untuk hancurkan bangsa sendiri.Umno bukan takat nak pelingkup Melayu, perkataan Melayu , Bahasa Melayu dan Jawi juga lingkup kerana sikap Umno , kalau tidak takkan A.Samad Said Sasterawan Negara turun ke jalanraya untuk demontrasi nak pertahan Bahasa Melayu yang lingkup kerana Umno.

Tu belum lagi kira tindakan Umno nak buang perkataan Islam pada petubuhan Islam kerana parti Umno tak tertulis perkataan Islam pada parti mereka nasib baik Raja-Raja Melayu tak terpedaya dengan idea jahat Umno itu kalau tidak Umno lagi gelak sakan sampai hari ini! Tu belum lagi kira persempadanan semula kawasan pilihanraya 2003 yang orang Melayu kena ingat sampai bila-bila yang perbayakkan kerusi bukan Melayu tapi kerusi Melayu langsung tak diusik untuk tambah dalam parlimen. La ni bila dah Umno tak ada 2/3 suara majoriti dalam parlimen , dah tinggal bulu dah kata orang Utara baru terkial-kial kata persempadanan semula kawasan pilhanraya 2003 tu rugikan orang Melayu.

Berkaitan;
MB S'ngor:Raja Melayu awasi 'Si Kitol'-Malaysiakini
Apa guna ketuanan Melayu jika pencuri pimpin negara-Harakahdaily
Jangan anggap isu Ketuanan Melayu akan jana aliran undi, kata penganalisis-TMI
Kuasa Raja:Perkara 66 dicadang dipinda semula-Utusan Malaysia Online

Isnin, 29 November 2010

Menara 100 tingkat tak perlu -Tun Mahathir

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang npejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang.

“Jika anda bertanya saya, kita tak perlukan menara 100 tingkat itu,” kata Mahathir ketika menjawap soalan daripada hadirin pada persidangan 'Mengimbas Semula Wawasan 2020' di Kuala Lumpur.

"Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi.-Malaysiakini Dr M:Malaysia tak perlu Menara 100 Tingkat.

Tun Mahathir bisa geramkam 'Bik Mama' yang mahukan Menara 1oo tingkat dibina. Bik Mama tak mau 'jambatan bengkok' yang Tun sangat sakit hati dengan Tun Lah sampai hari ni kerana batalkan jambatan bengkok ilham Tun Mahathir.Sampai hari ni Tun tetap mahukan 'jambatan bengkok' diteruskan pembinaannya.

Tun Mahathir tak berani 'serang' Bik Mama macam Tun 'serang' Tun Lah dan Khairy menantunya semasa Tun Lah berkuasa dulu.Mana lagi teruk 'Bik Mama' dengan Khairy yang Tun meluat?

Nik Aziz : Umno punca masalah di Malaysia

Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati serta toleransi dalam agama yang diperjuangkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan sedia melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP, lapor TVSelangor.

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Umno cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP.

"Saya nak tanya.... adakah Umno alat MCA? PAS mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini diterima baik oleh DAP.

“Bolehkah Umno bercakap berkenaan Islam kepada MCA ataupun MIC? Tidak boleh, sebab dia sendiri (Umno) tidak ada penerapan Islam!" katanya pada persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam pagi tadi.

Menurut Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, Islam tidak menyatakan apa-apapun berkenaan bangsa kerana dalam Islam semua manusia adalah bersaudara. tidak kira sama ada mereka beragama Islam ataupun bukan Islam.

Kesimpulannya adalah Umno merupakan penyebab utama semua masalah di negara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama.

"Kerana kekacauan sebeginilah ulama Umno dahulu keluar Umno dan menubuhkan PAS, itu sejarah!" katanya.Baca semua di sini.

Isu Air Selangor: Melayu kaya tindas Melayu miskin

Syabas syarikat air nampak lebih berkuasa dalam isu air di Selangor walaupun Syabas dan kroninya bukan pemerintah di Selangor. Siapa yang bertanggung jawab jadikan Syabas begitu tamak dan haloba dalam isu kenaikan harga air di Selangor kalau bukan Umno-Bn .

CEO Syabas bukan bangsa Cina dan India tapi berbangsa Melayu yang bergaji RM425,000 atau RM5.1 juta setahun. Apakah tidak ada rasa tolak ansur atas nama Melayu dan bangsa Melayu untuk tidak naik harga air hingga 37%?Rakyat Selangor yang mengecap nikmat 20m3 air percuma di bawah kerajaan PR akan hilang nikmat tersebut jika Syabas terus menerus berkuasa dalam menentukan harga air.

Baca ;
Tindakan tegas terhadap SYABAS-TVSelangor.com
Tarif air :Jelas Umno khianati rakyat-Harakahdaily
Dap Selangor gesa Putrajaya terima tawaran ambil alih syarikat air
-TMI
BN hanya fikir selamatkan parti bukan negara-Harakahdaily
Melayu perolehi 70 peratus kontrak kerajaan P.Pinang-Malaysiakini

Ahad, 28 November 2010

PKR umum keputusan rasmi pemilihan

Azmin Ali hari ini diumumkan secara rasmi sebagai timbalan presiden PKR yang baru, selepas menang jawatan tersebut dalam pemilhan parti itu dengan majoriti besar.

Berdasarkan keputusan yang diumumkan di Kongres PKR di Petaling Jaya awal petang ini, Azmin mendapat 19,543 undi.

Bagaimanapun jumlah undi yang diterima pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub tidak diumumkan.

Bagi jawatan naib presiden, tiga pemenangnya ialah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Selain Nurul yang juga anak sulung ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga lagi pemenang jawatan tersebut ialah ahli parlimen Batu Tian Chua, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman.

Berikut keputusan rasmi pemilihan:

Presiden (menang tanpa bertanding)

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan presiden

Azmin Ali - 19,543 undi

Naib presiden

Nurul Izzah Anwar - 13,211

Tian Chua - 11,744

Fuziah Salleh - 8,927

Mansor Othman - 8,576

Majlis pimpinan pusat

  1. Elizabeth Wing 10,897
  2. Badrulamin Bahron 9,672
  3. Heee Loy Sian 8,473
  4. Khalid Jaafar 7,889
  5. Johari Abdul 7,719
  6. Abdul Rahman Yusof 7,719
  7. Haniza Talha 7,588
  8. Fariz Musa 7,511
  9. Zakaria Abdul Hamid 7170
  10. Roland Chian Ming Shen 7,095
  11. Siti Aishah 6,876
  12. Ismail Yusof 6,332
  13. Latheefa Koya 6,242
  14. S Kesavan 6,139
  15. Shuhaimi Shafie 6,095
  16. MR Summugam 5,964
  17. Yusmadi Yusoff 5,810
  18. S Manikumar - 5,789
  19. Mustafa Kamal Yusoff - 5,745
  20. Christina Liew - 5,707
Sumber Malaysiakini.

Lori hantar Harakah hilang

Lori syarikat percetakan yang menghantar akhbar Harakah edisi Isnin didapati hilang selepas selesai menurunkan akhbar Harakah pagi tadi kira-kira jam 7.oo pagi .

Pemandu lori itu menyatakan selepas selesai menurunkan semua akhbar Harakah di pejabat Harakah , Jalan Pahang jam 4 pagi beliau bersama kelindannya berehat dan tertidur dalam pejabat Harakah bila keluar jam 7 pagi lori tersebut telah hilang yang diparking di hadapan pejabat Harakah.

Lori tersebut nombor pendaftarannya ialah WQM 5313 , model Hicom Perkasa 4.3 (kepala merah)Kepada sesiapa yang menjumpai lori tersebut sila hubungi saudara Hasan no tel 013-2263329, saudara Khairul 019-3087498. Laporan polis telah dibuat di balai polis Putra berdekatan Pekeliling.

Orang Pas masuk Umno atau Umno masuk Umno?

Setiap kali menjelang pilihanraya berita yang banyak keluar dalam tv dan media Umno ialah berita orang Pas masuk Umno. Kalau nak kira orang Pas masuk Umno sejak dulu lagi orang Pas dah tinggal berapa kerat saja. Ikut suka hang pa la nak masuk parti apa pun tu hak masing-masing. Hak demokrasi masing-masing.

Hang pa nak pilih parti Umno yang penuh dengan gejala rasuah, parti perasuah yang dah busuk hingga ke lubang pungkoq tu hak hang pa. Tun Mahathir kata ni bukan saya yang kata. Sebelum pru 12 yang lalu banyak sangat berita orang Pas masuk Umno tengok-tengok Umno-Bn hilang 5 negeri . Lepas tu senyap berita orang Pas masuk Umno yang ada berita ahli PKR pulak kembali jilat parti Umno sebab poket dan kantung mereka dah kering tak dapat apa yang mereka idamkan selama ini.

Masuk Umno paling kurang dapat juga jadi senator selepas puas maki Umno semasa dalam PKR dulu tapi bila keluar parti masuk Umno maki pulak bekas parti sendiri dok cerita isu pungkoq hidup jadi senang lenang!

Kalau setakat orang Pas nak pi jilat parti taik dan perasuah tu hang pa pilah. Kalau hang pa masuk Umno tak boleh hidup senang, jadi senator macam Mat Ezam tapi jadi pencacai tua angkut najis Umno hang pa lagi teruk pada Ezam .

Nak berjuang apa dalam Umno? Islam, bangsa dan negara?

Sabtu, 27 November 2010

PKR dakwa Umno gagal memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Umno gagal melaksanakan amanah rakyat untuk membina negara yang bermaruah, mempamerkan keadilan Islam, menerapkan ajaran Islam dan gagal memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Presiden PKR itu juga berkata sokongan orang Melayu terhadap Umno kini semakin menurun, malah gelombang sokongan orang bukan Melayu sudah beralih ke Pakatan Rakyat.

“Sokongan orang Melayu terutamanya generasi muda semakin menurun. Gelombang sokongan orang bukan Melayu, rakyat Sabah dan Sarawak pula kini sudah beralih ke Pakatan Rakyat.

“Sesungguhnya, mereka telah gagal melaksanakan amanah rakyat untuk membina negara Malaysia yang bermaruah, mempamerkan keadilan Islam, menerapkan ajaran Islam dan gagal memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Pelaksanaan undang-undang kerajaan sentiasa tidak konsisten dan berubah-ubah mengikut selera mereka,” kata Dr Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional PKR di sini.

Dr Wan Azizah menegaskan isu survival Melayu dan agama Islam di negara ini tidak akan dapat diselesaikan jika melihat melalui teropong Umno.

“Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini.

“Suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada. Wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam dan ini akan menjadikan kita lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat.

“Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah, barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan. Masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat,” katanya.

Menurut Dr Wan Azizah, PKR menerusi Pakatan Rakyat mahu mewujudkan sebuah masyarakat majmuk yang dapat hidup bersama di negara ini.

“Bagi kita PKR dan Pakatan Rakyat, kita mahukan wujudnya sebuah masyarakat majmuk yang dapat hidup bersama dengan saling lengkap melengkapi dan bekerjasama ke arah negara yang makmur dan aman damai.

“Islam yang sebenar mengajar umatnya agar bersikap adil, sederhana dan sentiasa menghormati bangsa dan agama lain,” katanya.

Oleh yang demikian, beliau menyeru kepada seluruh rakyat di negara ini agar tidak diperkotak-katikkan oleh Umno.

“Oleh yang demikian, kita menyeru kepada seluruh orang Melayu, umat Islam dan masyarakat Malaysia umumnya agar tidak mudah diperkotakkatikkan oleh Umno dengan mengatakan bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan suara jika negara diperintah oleh Pakatan Rakyat.Baca semua di sini.

Berkaitan;

Ketuanan Melayu harus ditinggalkan kerana perdaya kaum Melayu kata Presiden PKR-TMI

Azizah cabar Umno-Bn tengok Laporan Audit Negara jangan asyik serang PKR-TMI

Takkan maruah rakyat Johor hanya sebuah 'jambatan bengkok'?

Tun Mahathir mantan PM kata punca BN hilang 6 kerusi di Johor dalam pru 12 yang lalu kerana tak buat 'jambatan bengkok' ilham beliau semasa berkuasa jadi PM dulu. Kata Tun Mahathir ;

"Saya percaya satu daripada sebab kita tak dapat kemenangan cemerlang di Johor, buat pertama kali kita kalah enam kerusi kerana rakyat Johor amat marah apabila dituduh mereka yang tidak mahu jambatan itu.

"Mereka tidak pernah ditanya sama ada hendak jambatan atau tidak, rakyat Johor marah dan sokongan mereka terhadap BN pada 2008 merosot, ada kawasan undi merosot dan ada yang kalah terus," katanya. Jika jambatan bengkok tu diteruskan rakyat akan kembali sokong BN dalam pru akan datang kata Tun lagi. Baca semua di sini.

Jika hanya tak buat 'jambatan bengkok' rakyat tolak BN itu merupakan pandangan Tun Mahathir yang merendah-rendahkan maruah rakyat Johor yang hanya bernilai sebuah 'jambatan bengkok'. Rakyat dimana-manapun meluat dan benci Umno-Bn bukan kerana 'jambatan bengkok' tapi kerana pemerintah Umno-Bn banyak yang 'bengkok' daripada yang lurus urus tadbir negara.

Jumaat, 26 November 2010

Perencah sup Umno Selangor : Noh Omar dan Mat Ezam calon baru Umno Selangor?

Malaysiakini- Umno Selangor : Noh ketua, Ezam ketua penerangan;

Penyusunan semula kepemimpinan Umno Selangor dijangka menyaksikan Datuk Seri Noh Omar dilantik sebagai pengerusi perhubungan negeri.

Jawatan timbalan pengerusi perhubungan yang dikosongkan Noh pula akan diisi oleh Abdul Shukor Idrus (kini merupakan ketua penerangan Umno negeri itu), menurut tulisan ringkas yang disiarkan semalam di sebuah laman blog pro-Umno.Baca lagi di sini.

Noh Omar nampak lebih gedebe daripada Khir Toyo sebab tu punyai peluang cerah ketuai Umno Selangor yang kini bermasalah sesama sendiri. Ezam pulak kaki hentam bekas bosnya Anwar Ibrahim sehingga diangkat jadi senator. Apa yang nak diterang si Ezam jika jadi Ketua Penerangan Umno Selangor selain daripada menceritakan keaiban bekas bosnya dulu?

Jika benar inilah ramuan perencah sup Umno Selangor yang paling teruk gandingannya. Umno akan terus berkocak kerana Umno Selangor pun bukan suka sangat dengan gelagat Mat Ezam dan Noh Omar. Khir Toyo nak dicampak kemana?

Umno Selangor dengan tema 'Selamatkan Selangor' , akan jadi kerja selamat menyelamatkan sesama pemimpin Umno yang tak suka dengan dua orang ni.

Pas ingatkan Muhyiddin belia Malaysia bukan kayu

PAS mengingatkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa belia Malaysia bukan kayu yang tidak bernyawa, kerana mereka hidup di zaman langit terbuka dan maklumat di hujung jari.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, belia tahu menilai yang mana intan dan kaca.

“Generasi ini tidak senang melihat kepincangan yang berlaku di dalam negara kita.

“Mereka tidak akan biarkan setengah abad kedua diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada negara dan generasi masa depan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas seruan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri di Seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen semalam supaya generasi muda tidak terpedaya dengan kumpulan yang mempunyai kepentingan tersendiri yang membawa ideologi dan perjuangan yang indah bunyinya.

Menurutnya, seruan Muhyiddin itu sebagai satu kenyataan yang tersilap sasaran.

“Mungkin beliau membayangkan sedang berucap dengan perwakilan Umno yang terdiri daripada saluran satu yang hanya menelan maklumat melalui media lapuk Umno sahaja,” ujarnya.

Beliau menambah, sebagai generasi yang kritis dan mempunyai idealisme perjuangan yang tersendiri amat tidak sesuai untuk menyokong Umno BN di negara ini.

Katanya, mereka sudah boleh melihat contoh hidup yang telah dipamerkan oleh pimpinan negeri Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari segi ketrampilan, ketelusan dan ketertiban ketika melaksanakan mandat rakyat di negara ini.

“Macam mana Tan Sri Muhyiddin hendak menyeru supaya belia ini bersama dengan Umno BN, sedangkan mereka mengalami keperitan hidup lantaran sikap gelojoh dan boros pemimpin umno sehinggga memberi kesan kepada mereka untuk membina kualiti hidup yang lebih baik,” katanya lagi.-Harakahdaily.

Baca juga;

Islam bukan milik Melayu semata-mata (TGNA)-Harakahdaily

Rakyat dijemput iringi MB serah memo ke Agong-Malaysiakini

Gugat kuasa Raja, Umno dicabar buktikan petualang-Malaysiakini

Jenapala kempunan Hakim tolak kes

Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas timbalan setiausaha agung PKR P. Jenapala bagi mendapatkan pengisytiharan beliau layak bertanding jawatan timbalan presiden parti itu atas alasan ia tiada kuasa untuk mendengar kes tersebut.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi dan Kuasa-kuasa Khas Datuk Aziah Ali selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak.

Menurut peguam yang mewakil PKR, Razlan Hadri, mahkamah telah memutuskan bahawa tidak mempunyai kuasa untuk mendengar hal-hal yang melibatkan parti politik.

“Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak hari ini, hakim memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh mendengar keputusan yang dibuat oleh parti politik, keputusan parti tidak boleh dicabar oleh mana-mana ahli.

“Hakim juga berkata masalah yang melibatkan parti tidak boleh dibawa ke mahkamah, kalau ahli tidak berpuas hati mereka boleh bantah dalam mesyuarat dalaman parti.

“Atas sebab ini, hakim memutuskan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut. Ingin saya tegaskan bahawa mana-mana ahli tidak boleh membawa kes parti ke mahkamah dan ia bukan terhad kepada PKR sahaja, tetapi semua parti politik di Malaysia kerana ia adalah undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas selesai prosiding tersebut.-Baca lagi di The Malaysian Insider Mahkamah tolak permohonan Jenapala cabar pemilihan pusat PKR.

Khamis, 25 November 2010

BN nak tukar lambang, perangai ?

Dacing BN diberi mekap logo 1 Malaysia, dijangka hiasi pru 13-The Malaysian Insider


Barisan Nasional (BN) melakukan perubahan kosmetik pada logonya “dacing” yang digunakan sejak 1970-an — disertakan lambang konsep 1 Malaysia — dipercayai bagi memulihkan imej perikatan 13 komponen itu selepas prestasi pilihan raya umum 2008.

Perubahan kosmetik itu juga sebahagian daripada pindaan perlembagaan BN yang diluluskan Dewan Tertinggi BN, Sabtu lalu.

The Malaysian Insider difahamkan logo baru ini akan digunakan sebaik sahaja diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan — kemungkinan besar ketika pilihan raya umum tergempar yang kini disebut-sebut akan diadakan suku pertama tahun depan.

Ataupun, jika ia diluluskan sebelum pilihan raya negeri Sarawak, sumber memberitahu, ia akan digunakan oleh BN negeri itu sebelum diperluaskan ke peringkat nasional kelak.

Justeru di bawah pindaan itu, The Malaysian Insider difahamkan, lambang “dacing” akan berwarna putih dan akan disertakan dengan lambang nombor satu yang merujuk kepada konsep 1 Malaysia.

“Lambang dacing akan bersertakan nombor satu dan huruf BN di tengah-tengah bagi menggambarkan 1 Malaysia,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Mengenai warna pula, kata sumber, ia berlatarbelakangkan warna nilakandi bersama jalur merah, kuning dan biru di sisi kiri dan kanan logo.-TMI

Bagaimana dengan rasuah, kebebasan bersuara, hak-hak berhimpun secara aman, akta zalim ISA yang terus menerus jadi senjata BN kata nak pinda sampai hari ini habuk pun tarak! Adakah ini idea Bik Mama nak tukar lambang Dacing ?

Dr Mahathir Perlu Taubat Nasuha

Biro Pemahaman & Pemantapan Agama. (BIPPA), PKR, terpanggil untuk menyambut kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan dalam Sinar 24 November 2010 dengan penegasan bahawa:

1. BIPPA menasihatkan adalah lebih wajar mantan Perdana Menteri sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu. Muktahir ini mantan Perdana Menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT.

2. Beliau bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan. Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar. Beliau mengaibkan DSAI dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan DSAI dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.. Justeru, DSAI mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan DSAI mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil. Demikian penegesan dari sepotong ayat dalam al-Qur’an: ”Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap.” (al-Isra’: 81). .
3. Mantan Perdana Menteri juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik melayu

4. Menjadi satu kebiasaan mantan Perdana Menteri meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjuran beliau diatas bahu orang lain. Isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri.

5. Parti yang didakwa kecil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insyaallah, mengambil alih pemerintahan negara. Inilah yang digeruni oleh Tun Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah. Sewajarnya mantan Perdana Menteri berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi.

6. Seandainya DSAI itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Tun Dr Mahathir, mengapa DSAI masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi pelbagai media. Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para ‘ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antara bangsa.-anwaribrahimblog.com

Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR

Berkaitan;

Dr Mahathir:Orang sudah tak percaya Anwar-Malaysiakini

Kongres PKR:Rumah siap pahat berbunyi?-Malaysiakini

Rabu, 24 November 2010

'Media Keadilan' muncul di pasaran

Akhbar Parti Keadilan Rakyat yang diterbitkan secara tidak berkala muncul di pasaran dengan judul Media Keadilan minggu ini dengan tajuk utama 'Negeri Pakatan Tak Ikut PRU 13?'.(klik gambar untuk besarkan).

Suara PKR ini muncul dua minggu lepas dengan judul Warta Keadilan dengan 32 mukasurat sama seperti Suara Keadilan yang tak disambung permit penerbitan oleh KDN dengan harga RM2 di Semenanjung RM3 di Sabah/Sarawak.

Akhbar Media Keadilan ini diterbitkan oleh Parti Keadilan Rakyat sendiri tanpa menggunakan nama syarikat penerbitan tertentu.Dapatkannya di pasaran kepada yang 'ketagih' Suara Keadilan yang tak disambung permit.

Mata Lebam Anwar: Kabinet arah dua menteri soal Peguam Negara


Pentadbiran Najib telah mengarahkan dua menteri Kabinet agar menyoal Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan peranan beliau dalam insiden mata lebam melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengejutkan negara 12 tahun lalu.

The Malaysian Insider difahamkan Kabinet memutuskan langkah itu selepas seorang bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa mempunyai maklumat terbaru berkaitan insiden itu, yang menurutnya turut melibatkan peranan Gani.

“Sekarang saya telah diarahkan (oleh Kabinet), Datuk Rais dan saya sendiri agar bercakap dengan Peguam Negara. Kami menunggu beliau pulang dari Mekah,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu The Malaysian Insider, Kabinet mahu mendengar sendiri daripada Gani sendiri mengenai dakwaan terbaru Mat Zain dalam satu lagi surat terbukanya kelmarin sebelum mengambil tindakan susulan.

“Kami mahu mendengar daripada Peguam Negara sendiri (mengenai surat terbuka).

“Ini perkara yang serius. Jika beliau (Mat Zain) bercakap benar, kita kena mendapatkan maklumat lanjut... tetapi sehingga itu, tiada apa-apa keputusan,” kata Nazri.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kelmarin, Mat Zain, yang merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim Kit Siang di Parlimen pada 9 November lalu, mengesahkan telah menghantar e-mel kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur itu pada 14 April lalu.

“Sebagai membalas komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata lebam, yang sedikit tersasar. Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15 April 2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan surat terbuka kepada YBhg Datin Kalsom Taib bertarikh 8 Oktober 2010 (surat terbuka pertama), yang salinannya saya e-mel kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan asal surat-surat berkenaan.

“Saya akan merujuk kepada kandungan surat-surat tersebut apabila, atau jika berkenaan,” kata Mat Zain.

Ekoran isu dibangkitkan oleh Lim di Parlimen, Nazri telah memaklumkan bahawa akan membawa isu itu ke Kabinet yang bermesyuarat 12 November lalu.

Beliau turut mengumumkan penjelasan akan diminta daripada Gani bagi memberinya peluang untuk menjelaskan diri beliau yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil.

“Saya menyokong sepenuhnya Tan Sri Gani diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan wajar dihormati oleh semua pihak.

“Bagaimanapun apa yang menjadi kemusykilan saya kini ialah apabila penjelasan diberi oleh Tan Sri Gani, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun, sama ada secara lisan atau kenyataan akhbar atau representasi dan lain-lainnya, pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini.

“Dan, tidak hanya adil kepada Tan Sri Gani seorang sahaja. Sesuai untuk saya nyatakan di sini bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Tan Sri Gani, Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara), Dr Abdul Rahman Yusof dan saya sendiri,” katanya,

Mat Zain juga berkata, Jabatan Peguam Negara, polis dan Kementerian Kesihatan juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini.

Malah dalam surat terbuka itu, Mat Zain menggesa kerajaan mendedahkan secara terperinci insiden itu bagi mempertahankan imej dan kredibiliti pasukan polis.

Dalam kenyatannya semalam, Lim yang juga Penasihat DAP berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Nazri berhubung isu yang dibangkitkan oleh bekas pegawai kanan polis itu.

Pada Julai 2008, Anwar membuat laporan polis mendakwa Gani, Mat Zain, Musa yang ketika itu pegawai penyiasat dan Dr Abdul Rahman telah memalsukan satu laporan perubatan mengenai kejadian mata lebam itu.

Tan Sri Rahim Nor, ketika kejadian merupakan Ketua Polis Negara, telah mengaku kepada suruhanjaya diraja siasatan bahawa telah memukul Anwar ketika ditahan di Bukit Aman.

Kejadian itu berlaku selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan Umno.-The Malaysian Insider.

Ghani Patail berada di Mekah belum pulang ke tanah air kerana mengerjakan ibadah Haji.

Selasa, 23 November 2010

Surat Terbuka :Peguam Negara Dah Menipu Paling Kurang Dua Kali , Dakwa Bekas Pegawai Polis

Harakahdaily - Selepas 12 tahun , mata lebam terus hantui polis;


Walaupun sudah 12 tahun berlalu, tragedi 'Mata Lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menghantui pasukan polis dan hari ini Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sediri dikaitkan dengan tragedi ini.

Bekas Pegawai Penyiasat polis terhadap kes ini, Mat Zain Ibrahim semalam (22 November) menghantar satu surat terbuka kepada Ketua Polis Negara meminta beliau membersihkan pasukan polis dan mendakwa pihak yang patut dipersalahkan dalam isu ini adalah Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Menurut surat panjang Mat Zain kepada Tan Sri Ismail Omar itu, sekurang-kurangnya sudah dua kali Gani menipu Jamaah Menteri.

"Apa yang pasti ialah, pertuduhan menipu Jemaah Menteri terhadap Tun LLS (Ling Leong Sik) itu tidak adil kepada beliau, jika Peguam Negara pula tidak dituduh, kerana beliau juga pernah menipu Jemaah Menteri, sekurang-kurangnya dua kali," tulis Mat Zain dalam surat itu.

Menurut Mat Zain, beliau pernah diminta menemui Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober 2008 ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri. Dalam pertemuan itu, beliau berkata, Najib telah memarahi beliau apabila memberitahu satu penal telah dibentuk bagi mengkaji siasatan SPRM terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Gani Patail.

"Dalam perbualan sama, saya memberitahu YAB PM mengenai maklumat yang saya perolehi; dimana pihak Kerajaan telah melantik satu Panel bagi mengkaji siasatan yang dijalankan oleh SPRM. Saya juga telah menyebutkan nama dua orang yang telah dilantik sahaja yang saya ketahui pada masa itu.

"Secara sepontan YAB PM bangun daripada tempat duduknya dan menyatakan dengan serious bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai perlantikan Panel yang saya nyatakan kepadanya. Beliau selanjutnya menyatakan bahawa sekiranya benar sesuatu Panel telah dilantik, beliau pasti telah ditaklimatkan mengenainya.

"Malahan YAB PM telah menasihatkan saya supaya tidak percaya dengan khabar angin sedemikian kerana perkara itu adalah tidak benar. Setelah berbual satu dua perkara lain saya telah meninggalkan Pejabat YAB PM," tulis Mat Zain menceritakan bagaimana PM telah memarahi beliau.

Namun, katanya, terbukti selepas itu, Penal itu memang diwujudkan oleh Jabatan Peguam Negara sebagaimana jawapan rasmi kerajaan di Parlimen.

Pada 11.3.2009, Datuk Seri Nazri Aziz telah membuat pengumuman di-Parlimen mengenai keputusan siasatan SPRM tersebut, tulis Mat Zain.

Nazri mengumumkan bahawa siasatan SPRM telah diteliti oleh tiga orang Ahli Panel bebas yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya(DPP) mengikut Kanun Prosidur Jenayah(CPC) oleh Peguam Cara Negara(SG) padahal sebelumnya, PM Najib telah menafikan penubuhan penal itu.

Beliau juga memberikan nama-nama tiga orang Ahli Panel bebas tersebut iaitu; Datuk Abdul Kadir Sulaiman, Datuk Wira Mohd.Noor Ahmad dan Datuk Mohd.Noor Abdullah,masing-masing mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan.

Selanjutnya beliau mengumumkan bahawa Ahli Panel sebulat suara (3-0) mendapati Tan Sri Musa Hasan tidak terlibat dalam sebarang salah laku jenayah manakala keputusan majoriti (2-1) terhadap Tan Sri Gani Patail (TSGP) yang bermakna seorang dari Ahli Panel tersebut mendapati terdapat keterangan mengaitkan TSGP dalam suatu salah-laku.

Namun begitu kedua-dua TSGP dan TSMH dibersihkan daripada sebarang salah laku jenayah, tulis Mat Zain.

Menurut Mat Zain, cara Peguam Negara mengendalikan isu P I Balasubramaniam dan dakwaan terhadap Ling Leong Sik "mengesahkan tanpa ragu lagi, bahawa beliau tidak menghiraukan langsung hak kesamarataan individu dari sudut undang-undang, yang dijamin oleh Perlembagaan."

Sehubungan itu beliau mencadangkan agar Peguam Negara dihadapkan kehadapan Tribunal untuk disiasat.

"Sekiranya Ketua Hakim Negara boleh dibawa kehadapan Tribunal,jika bekas Timbalan Perdana Menteri,Menteri Besar,Menteri-Menteri kanan termasuk Tun LLS,Ahli-Ahli Parlimen,Ketua Polis Negara,Panglima dalam Tentera Darat, Ketua Setiausaha Kementrian,Ketua Pengarah-Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan dan lain-lain, mampu dihadapkan kemuka pengadilan oleh Kerajaan,malah ada diantara mereka yang telah menjalani hukuman,dibuang kes dan ada yang masih menunggu perbicaraan selain daripada telah diaibkan. Apa istimewanya Peguam Negara?" tulis beliau.

Mat Zain juga mengaitkan kes Mata Lebam dengan Peguam Negara.

Menurutnya, persetujuan telah dicapai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor dengan timbalannya, Tan Sri Norian Mai dan beliau selaku Pegawai Penyiasat kes itu agar ia ditutup dengan penuh hormat.

"Sebenarnya persetujuan untuk penutupan sepenuhnya insiden mata-lebam itu, dicapai antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang hari Khamis 8.10.1998," katanya.

Persetujuan ini dicapai diantara Tan Sri Abdul Rahim Noor (TSRN), Ketua Polis Negara ketika itu,Tan Sri Norian Mai,Timbalan Ketua Polis Negara dan saya selaku Pegawai Penyiasat,didalam bilik Pejabat TSRN sendiri

"Setelah memberi persetujuan tersebut saya lihat wajah TSRN begitu tenang,dan menerusi “body language” beliau, saya dapati seolah beliau begitu lega, setelah beban diatas bahunya dilepaskan.

"Malah beliau sambil bersahaja menanyakan kepada Tan Sri Norian, sama ada beliau(TSRN) layak membeli staff-car Mercedes yang sedang beliau gunakan itu, dan jika boleh beliau minta tolong, untuk repair sedikit-sedikit mana yang rosak," tulisnya.

Keputusan yang dicapai, berdasarkan tulisan Mat Zain itu, Tan Sri Rahim akan mengaku memukul Anwar sehingga lebam matanya dan meletakkan jawatan kerana kesalahan itu.

Namun semua itu berubah apabila Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohtar Abdullah diiringi orang kuatnya Datuk Abdul Gani Patail telah menemui Rahim Noor.

"Manusia hanya boleh merancang, tetapi Allah sahaja yang boleh menentukanNya. Saya mendapat tahu kemudiannya, iaitu pada jam lebih kurang 5.00 hingga 5.30 petang 8.10.1998 itu,Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) diringi oleh orang kuatnya Datuk Abdul Ghani Patail ,telah menemui TSRN dibilik Pejabat KPN," tulis Mat Zain.

"Lebih kurang jam 6.00 petang itu saya dipanggil untuk berjumpa dengan Tan Sri Norian dan beliau cuma memberitahu saya “untuk meneruskan siasatan seperti biasa”,dan apabila melihat beliau membuat gesture bahunya sedemikian,saya faham bahawa persetujuan yang dicapai antara kami beberapa jam sahaja sebelum itu telah dibatalkan.

"Saya harus menyatakan bahawa saya terkejut dan hampa dengan perubahan ini, tetapi siapalah saya untuk menghalangnya, oleh kerana kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok," tulisnya lagi.

Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat tragedi Mata Lebam itu mendapati Rahim yang bersalah kerana memukul Anwar.

Namun sebelum itu, siasatan polis tidak pernah mendedahkan Rahim yang bersalah bahkan Tun Dr Mahathir pernah mendakwa Anwar mencederakan dirinya sendiri.

BACA SURAT PENUH MAT ZAIN DI SINI

Jom Sokong Kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat Selangor

KEMBALIKAN HAK AIR KEPADA RAKYAT

  • Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor.
  • Sejak ini, Syabas dan syarikat-syarikat lain telah merugikan ratusan juta duit rakyat.
  • Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat kini ingin mengembalikan pengawalan syarikat-syarikat air ini kepada tangan rakyat.

    Pelan Syabas:

    Tahun

    Kenaikkan Tarif

    2009

    37%

    2012

    25%

    2015

    20%

    SYABAS

    1. Laporan audit terhadap SYABAS menunjukkan bahawa lebih daripada 72% kontrak bernilai RM 600 juta diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipilih melalui rundingan terus dan tanpa tender terbuka.
    2. RM 325 juta ‘hilang’ apabila perbandingan teliti dibuat antara kontrak yang dianugerahkan dari 2005 hingga 2007 dan akaun awam Syabas.
    3. Pada Jun 2005, SYABAS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM 375 juta. Syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas. Gaji beliau adalah RM 5.1 juta setahun atau RM 425,000 sebulan.
    4. RM 51.2 juta dibelanja untuk mengubah-suai pejabat SYABAS sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta.
    5. Setelah kerajaan Selangor menghentikan Syabas dari menaikkan tarif air dengan mendadak, Syabas kini berhasrat menyaman Selangor untuk pampasan sebanyak RM 1 billion.

    Pelan Selangor:

    Tahun

    Kenaikkan Tarif

    2009

    12%

    2012

    12%

    2015

    12%

    Apakah pelan Selangor?

    1. Kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat berhasrat membeli balik konsesi air demi menjamin hak rakyat untuk mendapat air yang mencukupi pada harga yang berpatutan.
    2. Aset awam seperti air harus dikendalikan oleh kerajaan yang berjiwa rakyat, bukan Syarikat yang hanya pentingkan keuntungan.
    3. Empat syarikat swasta air akan dibeli balik dan diletak dalam satu badan di mana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh satu pengendali tunggal. Ini akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tarif air kerana tiada isu "kos pemindahan".
    4. Penekanan terhadap integriti dan ketelusan - seperti yang termaktub dalam Enakmen Kebebasan Maklumat yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor - akan mengelakkan dari sistem yang hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat.
    5. Dengan sokongan rakyat yang mencukupi, kerajaan Selangor akan mampu mendapat balik kawalan syarikat-syarikat air demi rakyat, menekankan integriti dan ketelusan, dan memastikan akses air yang mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan rakyat.

    Pilihan di tangan anda!

    Pertahankan Hak Rakyat Untuk Dapat Air Bersih & Murah

    Beri sokongan anda kepada Kerajaan Negeri Selangor dengan menghadiri perhimpunan penyampaian memorandum kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember, 2010 di Masjid Negara Kuala Lumpur.

    Pengurusan Perkhidmatan Air akan lebih terjamin di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor.

    Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat!- www.airuntukrakyat.net

  • Berkaitan;
    Tabung Budi:Lesen Syabas dirampas jika langgar perjanjian, kata MB-TMI

    Henti program Tabung Budi atau hilang lesen air-Malaysiakini

    Kempen tandatangan ada di sini.

    Meloya tekak tengok berita tempatan

    Kerajaan Umno-Bn yang kuasai kerajaan pusat macam dah tak sabar nak buat pilihanraya umum ke 13 sejak menang prk di Batu Sapi dan prk Galas. Dada Umno-Bn kembang luas dengan bangga anggap rakyat dah kembali sokong Umno-Bn untuk terus perintah Malaysia buat selama-lamanya selepas pru 13.

    Negeri idaman Umno -Bn ialah negeri Selangor yang jatuh kepada PR dalam pru 12 yang lalu.Selangor dan lain-lain negeri yang jatuh ke tangan PR baru berusia lebih kurang 2 tahun 8 bulan tapi gendang pilhanraya umum ke 13 bertiup kencang akan diadakan pada tahun depan sekitar April 2011.

    Media yang dikuasai kerajaan seperti RTM mahupun media Umno setiap hari buat laporan negatif mengenai PR supaya rakyat jadi benci kepada PR. Buka lah siaran berita RTM , TV3 mahu pun siaran berbayar Astro semua agenda mereka sama jadi pencacai, penjilat, pak yet Umno -BN seumur hidup sampai kita yang tengok rasa muak dengan berita tempatan.

    Berita utama mesti cerita PKR bergaduh, berkelahi sesama sendiri rebut jawatan, lepas tu laporan Dap perintah Pulau Pinang 'siksa' dan abaikan orang Melayu Pulau Pinang yang sengsara hidup sejak zaman Cina Gerakan perintah Pulau Pinang bersama Umno dulu. Ibaratnya Umno mahu orang Melayu percaya yang zalimi Melayu Pulau Pinang ialah Dap bukan kerajaan Gerakan -Umno yang berpuluh tahun perintah Pulau Pinang.

    Hanya si tolol dan si pekak badak percaya dengan siaran propaganda kerajaan Umno-Bn yang langsung tak berani berdebat secara 'live' mengenai isu -isu semasa dengan PR dalam media utama tempatan.Kerajaan Umno-Bn amat pengecut dan penakut untuk berdebat isu- isu semasa dalam TV dengan isu yang ditimbulkan mereka.

    Umno -Bn hanya akan jemput bekas-bekas pemimpin PR yang lompat parti, keluar parti untuk busuk-busukkan parti yang pernah mereka jilat dulu dan kembali memuji Umno-Bn sebagai propaganda dalam RTM dan TV3. Kata nak menuju negara maju pi mampos la, banjir dah habis tapi dalam TV dok politikkan isu banjir di Kedah sampai hari ni, macam la negeri Perlis tu jamu kenyang semua cukup makan kepada mangsa banjir. Interview pulak mangsa banjir yang karat Umno walaupun rumah tenggelam dok puji Umno setengah mampoih tak sedar -sedar diri banjir mai bukan kira Umno-Pas!

    Selagi orang Melayu tak sedar diri kata parti Umno tu penipu besar , pengkhianat bangsa dan agama nombor satu selagi tu lah Umno terus seronok perintah negara ini bersama MIC, MCA yang semakin berani hina agama Islam . Isu -isu yang libatkan komponen BN hina Islam tak dikeluarkan berita dalam tv sebab kerajaan Umno-Bn hanya amalkan penjilat parti itu saja boleh masuk dalam tv.

    Isnin, 22 November 2010

    NGO bersekutu untuk cuci tong taik Umno-Bn

    Barisan Nasional mahu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi ahli bersekutu komponen BN.Apa tujuannya? Dalam keadaan sekarang pun banyak NGO yang pro Umno-Bn walaupun tak jadi ahli bersekutu Umno-BN.Ada pemimpin NGO yang jadi ahli Umno tapi berselindung disebalik NGO untuk mengiakan saja apa yang BN buat tak kira betul ataupun salah.

    NGO yang jadi ahli bersekutu BN sudah tentu mendapat dana dan wang ringgit dan mereka terpaksa akur dengan kemahuan parti pemerintah BN yang mahu kontrol NGO yang mereka laburkan wang. NGO-NGO ini hanya akan jadi 'pak yet' Umno-BN untuk hadapi pilihanraya umum akan datang. Tugas mereka bila jadi ahli bersekutu hanya mencuci tong taik Umno-Bn yang penuh dengan rasuah, salah guna kuasa, menabur dakyah BN untuk kaburi mata rakyat .

    BN yang kuasai segala media belum rasa cukup selamat dan kuat terpaksa pula jadikan NGO2 sebagai kuda tunggangan dan pencacai Umno-Bn hadapi pru 13 akan datang.

    Berkaitan;
    NGO tolak, selar tawaran ahli bergabung BN-Malaysiakini
    Gabungan BN:NGO mahu bebas, tidak mahu dipandang serong-TMI
    Media BN terima arahan fokus 'gambaran positif hadapi pru 13-TMI
    Isu Felda :Bapak pro Bn 'lawan' Anak diterajui Exco Pas-TMI

    Nurul, Tian, Fuziah, Mansor naib presiden baru PKR

    Keputusan akhir pemilihan PKR tidak mengejutkan apabila Azmin Ali memenangi kerusi timbalan presiden parti itu dengan majoriti besar.

    Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh Malaysiakini, Azmin mendapat 19,212 undi berbanding pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub yang cuma mendapat 4,567 undi.

    Keputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan untuk memilih pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

    Begitu juga dalam persaigan kerusi nombor tiga apabila dimenangi oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

    Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diekori oleh ahli parlimen Batu Tian Chua, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman.

    Berbanding keputusan minggu sudah, exco Selangor berjaya memintas ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan di tempat kelima.

    Malangnya, hanya empat kerusi sahaja diperuntukkan untuk pemilihan naib presiden.

    Berikut jumlah Undi yang diterima mereka:

    Nurul Izzah - 13,170
    Tian Chua - 11,460
    Fuziah - 8,891
    Mansor - 8,477
    Xavier - 6,984
    Gobalakrishnan - 6,721
    Yahya Sahri - 6,436

    Keputusan rasmi akan diumumkan dalam kongres PKR di Petaling Jaya minggu depan.-Malaysiakini.

    Ahad, 21 November 2010

    Si Bangang sokong ISA


    Malaysiakini - Pro ISA protes forum anti ISA;

    Kira-kira 50 Pemuda Umno Pulau Pinang dan orang ramai berkumpul sekitar kompleks Komtar sebagai 'membalas' forum yang membincangkan akta ISA. Forum itu yang dinamakan'Alat Politik untuk Penindasan' melibatkan pelancaran buku bekas jawatankuasa pusat GERAKAN Toh Kin Woon berjudul Fifty Years Under the ISA (50 tahun bawah ISA). Gambar dicopy daripada Malaysiakini.

    Peserta perhimpunan 'pro-ISA' - dipimpin ketua Pemuda Umno negeri Norman Dhalan dan Naib Presiden Persatuan Peniaga Komtar Abdul Ghani Mohammad Jiman - menjeritkan slogan "Hidup ISA!", "Halau pengkhianat!" dan "Hanya pencuri dan penyanggak takut ISA".

    Mereka berjaya sampai ke depan pentas di mana pemforum dijadual bercakap.

    Bagaimanapun, ketika penganjur menjemput mereka turut berhujah, pelawaan itu ditolak.|

    Bagaimanapun, ketika itu, sebahagian daripada mereka terus melaungkan "Kekalkan ISA"dan "Yes to ISA! (Ya kepada ISA!)."-Malaysiakini.

    Padang Mahsyar kelak Allah SWT nak masukkan hambaNYA ke Syurga atau Neraka pun kena timbang pahala dan dosa dulu bukan main campak ja ke Syurga atau Neraka.Bukalah Surah Al-Waqiah semua diceritakan dengan jelas dan terang.

    Hebat sangatka akta zalim ISA sampai boleh tangkap orang tanpa bicara? Apakah puak-puak bangang yang demo sokong ISA tu ingat ISA lebih hebat daripada hukum Allah SWT?Buat malu agama Islam saja . Inilah gambaran orang jahil yang bodoh lagi sombong.Bodoh tak boleh diajar.

    Ziarah anak blogger 'Penarik Beca' (Bakar Haq)

    Petang tadi kira-kira pukul 5 petang hingga 6 petang sempat pergi ziarah anak blogger 'Penarik Beca' (Pak Bakar) Muhammad Sadiq Abu Bakar 16 tahun di Hospital Kuala Lumpur , Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) tingkat 3 katil no 12.Pelawat hanya dibenarkan masuk seramai dua orang sahaja untuk ziarah.

    Apabila melihat sendiri anak bongsu Pak Bakar , Muhammad Sadiq memang dalam keadaan yang kritikal , tidak sedarkan diri terpaksa guna bantuan pernafasan. Tubuh badan anak Pak Bakar yang gemuk dan besar dikatakan ada kaitan dengan masalah jantung .Hanya mampu berdoa kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkan penyakit adik Muhammad Sadiq . Gambar tidak dapat disiarkan untuk tatapan semua.

    Semasa bersembang-sembang dengan Pak Bakar beliau mengatakan setiap hari selepas Subuh akan datang melawat anaknya, balik rumah datang lagi waktu tengahari dan petang bergilir-gilir dengan isterinya jaga anak mereka. Pak Bakar juga berkata anak beliau mula dimasukkan ke ICU beberapa hari menjelang Aidil Adha yang lalu.

    Bersama-sama kita berdoa kepada Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit adik Muhammad Sadiq.

    Sabtu, 20 November 2010

    Memali : Kami nak dedah tindakan Umno jadikan Pas 'kambing hitam'

    PAS berharap sambutan 25 tahun memperingati peristiwa berdarah Memali selama tiga hari yang bermula malam tadi akan membuka mata generasi muda terhadap kezaliman kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno, kata Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar.

    Mahfuz yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah berkata, kesemua mereka yang terbabit — yang terbunuh dan ditahan — dituduh oleh kerajaan pusat sebagai pengkhianat agama, penentang kerajaan dan pelampau kerana rata-rata mereka adalah aktivis PAS.

    “Generasi muda, saya ingat ramai yang tak tahu atau mendapat maklumat yang tidak sahih berhubung peribadi Ibrahim Libya serta peranan pusat pendidikan Islam yang diasaskannya.

    “Generasi muda ini wajar diberitahu tentang kemuncak kezaliman yang dilakukan oleh Umno pada 1985,” kata Mahfuz ketika dihubungi The Malaysian Insider.

    Ibrahim Mahmud yang lebih popular dengan panggilan “Ibrahim Libya” serta 13 pengikutnya terbunuh ketika menghadapi lebih 3,000 anggota polis.

    Seramai 35 pengikut yang lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kononnya mengangkat mengangkat senjata memerangi kerajaan pusat. Peristiwa tersebut turut mengorbankan empat anggota polis.

    Polis memanggil operasi itu sebagai Operasi Angkara/Operasi Hapus.

    Peristiwa ini terjadi ketika Tun Musa Hitam ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri berada di China.

    Peristiwa ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di mukim Siong, Baling — daerah yang dikaitkan dengan pertemuan berseajrah antara Almarhum Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya pada 1955.

    Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali.

    Menurut Mahfuz, kehilangan jiwa yang dialami mereka yang terbabit sebenarnya bukanlah disebabkan mereka itu pengganas atau mengangkat senjata menentang kerajaan.

    Tetapi dakwa Mahfuz, mereka yang terbabit dijadikan “kambing hitam” oleh kerajaan pusat demi menutup beberapa kelemahan Umno dan Barisan Nasional.

    “Mereka (Umno) cuba mengalih tumpuan rakyat dari melihat kelemahan mereka. Memali pada sesetengah pandangan dari kita hanya kambing hitam.

    “Perkembangan Islam di Memali dianggap ancaman pada Umno sebagaimana Umno melihat PAS sebagai ancaman padanya,” ujar Mahfuz lagi.

    Dalam pada itu, beliau turut menafikan cakap-cakap umum kononnya perayaan jubli Perak ini demi menenggelam beberapa kemelut politik yang melanda pentadbir Umno pada ketika itu.

    “Tak timbul mengapa dibuat sekarang sebab setiap tahun kita buat, istimewanya pada tahun ini kerana sambutan sempena 25 tahun.

    “Kalau dahulu pun Umno memutar belit tentang isu Memali, sekarang pun Umno akan buat lebih dari itu kerana ia fobia dengan Islam dan kepimpinan Islam,” tambahnya.

    The Malaysian Insider difahamkan selama tiga hari ini, karnival Memali sarat dengan aktiviti seperti ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.

    Lebih pada itu, pantomim mengisahkan rakyat Palestin turut akan dipentaskan bagi memberi kesedaran kepada rakyat.

    Perasmian pembukaan malam tadi disempurnakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri perhimpunan malam ini.Baca lagi di sini.

    Korban Perdana Pas Seksyen 18 Shah Alam Meriah

    Hari ini adalah hari terakhir ibadah korban dilakukan di Malaysia sempena Hari Raya Aidil Adha.

    Pagi tadi saya sempat berkunjung ke Program Ibadah Korban Perdana Pas Seksyen 18 Barat/Pas 18/PKR 18 di seksyen 18 Shah Alam dan sempat merakamkan beberapa gambar untuk tatapan semua.

    Sebanyak 20 ekor lembu dan seekor kerbau telah dikorbankan dan diagihkan kepada orang ramai dan dihantar ke tempat-tempat lain yang berdekatan .



    Para petugas seramai 200 orang bertungkus lumus termasuk Unit Amal Shah Alam mengendalikan acara korban tersebut.

    Turut hadir ialah penyanyi popular kumpulan Medicine ,Ijam yang turut menyembelih salah seekor lembu korban (gambar sebelah), YDP Pas dan ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Syed Shahir, YDP Pas Kelana Jaya Hj Izham untuk meriahkan acara korban.



    Sup 'gear box' dan gulai kawah turut disediakan buat para petugas dan orang ramai menjamu selera sementara daging korban siap untuk diagihkan.

    Kaunter mendaftar sebagai ahli Pas dan penyerahan sijil keahlian Pas turut mewarnai majlis korban kali ini.

    Sementara itu di Seksyen 16 Shah Alam bertempat di Dewan Orang Ramai jamuan hari raya Aidil Adha bersama Ahli Parlimen Shah Alam turut diadakan pada hari ini .

    Himpunan Bersih:Hakim celikkan mata rakyat yang buta undang-undang

    Semasa Himpunan Bersih 2007 saya turut hadir dan berada di lokasi Masjid Jamek Kuala Lumpur menuju ke Istana Negara.

    Himpunan Bersih adalah satu himpunan rakyat yang paling besar menuntut Suruhanjaya Pilihanraya melakukan perubahan dalam proses pengundian dalam pilihanraya di negara ini.

    Semalam (Jumaat) Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah membebaskan kesemua 17 orang yang didakwa berhimpun secara haram dalam himpunan Bersih yang dianggap 'haram' oleh kerajaan Umno-Bn.Kata Hakim yang memutuskan bahawa yang dituduh dalam Himpunan Bersih tidak bersalah seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider;

    Hakim Jagjit dalam penghakimannya berkata, berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, tertuduh ke-16 iaitu Mohamad dan tertuduh ke-17 iaitu Chua mendapati, pihak pendakwaan hanya bergantung kepada pita rakaman semata-mata dan tiada keterangan saksi menunjukkan kedua-dua tertuduh berhimpun di Istana Negara yang boleh memudaratkan kepentingan awam.

    “Kedua-dua tertuduh berada di situ (Istana Negara) untuk menyerahkan memorandum kepada pihak istana dan mereka telah diberikan masa yang secukupnya oleh pihak polis untuk menyerahkan memorandum itu dan selepas menyerahkannya

    mereka beredar. Maka tidak timbul isu enggan bersurai dan wujudnya perhimpunan haram di tempat itu,” katanya.

    Selain itu, penangkapan kedua-kedua tertuduh turut dipersoalkan kerana tangkapan dibuat jauh dari Istana Negara. Mohamad Sabu ditangkap di Tol Juru, Pulau Pinang manakala Chua ditangkap di Johor Bahru.

    Bagi tertuduh ke-10 iaitu Gobalakrishnan, Jagjit berkata tiada keterangan oleh mana-mana saksi yang menunjukkan tertuduh terlibat dalam perhimpunan di Jalan Tun Perak di sini kerana pihak pendakwaan hanya bergantung kepada video rakaman semata-mata.

    “Dalam video rakaman menunjukkan kehadiran tertuduh, namun tiada keterangan saksi pendakwaan yang mengatakan bahawa tertuduh terlibat dalam perhimpunan itu. Di dalam video itu juga menunjukkan tertuduh tidak berpakaian berwarna kuning ataupun merah yang tertera perkataan “Bersih” ataupun “Unit Amal”. Persoalannya, bagaimana nak mengaitkan tertuduh terlibat dalam perhimpunan tersebut,” katanya.

    Bagi 14 tertuduh yang lain yang ditangkap di beberapa lokasi seperti Masjid Negara dan Jalan Raja Laut di sini telah menunjukkan kehadiran mereka di situ, bagaimanapun pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa kehadiran mereka mengganggu ketenteraman awam.

    “Saya berpendapat orang awam berhak berada di dalam masjid kerana ia merupakan tempat beribadat dan tiada sesiapapun yang berhak menyuruh mereka keluar daripada masjid dan apa jua halangan daripada berada dalam masjid adalah

    satu perbuatan yang melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu melanggar kebebasan beragama,” katanya.-TMI

    Hakim telah berjaya celikkan mata rakyat, otak rakyat yang tidak begitu faham undang-undang tentang hak-hak berhimpun secara aman tanpa berlaku sebarang insiden yang melibatkan kehilangan nyawa macam kumpulan 'baju merah' di Thailand. Pihak berkuasa seperti polis jangan bekerja mengikut telunjuk Umno-Bn yang rakus mencengkam rakyat daripada berhimpun secara aman.

    Berkaitan;
    Demo 'haram':2 MP, 15 lagi dibebas-Malaysiakini
    Himpunan Bersih:Mohammad Sabu 16 lagi dibebaskan-Harakahdaily

    Khamis, 18 November 2010

    Perisiwa Memali 19 Nov 85: Bukti kejam Umno terhadap bangsa dan agama

    Peristiwa pembunuhan kejam di Memali 19 Nov 1985 yang melibatkan ahli-ahli Pas oleh kerajaan Umno-Bn terus diingati dan tetap terpahat dalam sejarah hingga hari ini. Ketika itu saya sedang mengambil peperiksaan SPM pada hari kejadian yang berdarah itu.

    Kerajaan Umno-Bn pada masa itu diketuai Tun Mahathir selaku Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ialah
    Tun Musa Hitam. Semasa pembunuhan ke atas Ustaz Ibrahim Mahmud yang juga dikenali sebagai Ibrahim Libya dan anak muridnya seramai 13 orang yang ditembak mati Tun Mahathir berada di China.

    Sejarah kejam pembunuhan ini wajib diingat oleh anak-anak muda dan ahli -ahli baru parti Pas sebagai lambang betapa kejamnya kerajaan Umno-Bn yang sanggup bunuh
    orang yang sebangsa dan seagama demi untuk terus berkuasa.

    Untuk menghalalkan pembunuhan ini kerajaan Umno-Bn menuduh kumpulan ahli Pas yang diketuai almarhum ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya di Memali sebagai terlibat dengan ajaran sesat dan mahu menahan mereka di bawah ISA, akta zalim yang menahan orang tanpa bicara yang ditolak masyarakat dunia.Mereka juga dituduh sebagai penderhaka kepada negara semata-mata untuk halalkan pembunuhan tersebut.

    Selepas peristiwa berdarah ini Kementerian Penerangan melalui RTM telah buat lakonan semula peristiwa pembunuhan di Memali yang penuh dengan pembohongan untuk mengiakan dan menghalalkan tindakan membunuh ahli Pas supaya rakyat yang pada masa itu tidak ada media baru seperti sekarang percaya bulat-bulat adegan lakonan semula oleh RTM.

    Kini sudah genap 25 tahun kes pembunuhan di Memali berlaku. Tangan-tangan kotor pemimpin Umno yang bertanggungjawab dalam kes Memali masih ada yang hidup dan mereka tidak pernah lahirkan rasa untuk minta maaf ke atas keluarga mangsa yang terlibat jauh sekali untuk mengaku tersilap dalam operasi berdarah di Memali.Mereka tidak merasa apa-apa pun untuk bertanggungjawab malah menuding jari antara mereka salahkan antara satu sama lain.

    Masih teringat kata-kata Almarhum Ibrahim Libya dalam ceramahnya yang lantang melawan ISA, " Daripada hidup menjadi bangkai lebih baik mati bergalangkan tanah!"

    Sedikit info mengenai fakta kes pembunuhan Memali;

    Dianggarkan seramai 13 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ibrahim Libya. Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK), dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia. Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada.

    Darah dan peluh mereka dikatakan masih basah walaupun sudah berhari-hari di bilik mayat. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut. Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan.Baca di sini .

    Berkaitan;
    Presiden Pas rasmi 25 tahun Memperingati Memali -Harakahdaily
    Pas anjur majlis 25 tahun Memali-Malaysiakini
    Pas tidak perlu ceramah jika media adil-Harakahdaily

    Badan Peguam Antarabangsa Mahu Putrajaya Mansuh ISA


    Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) menggesa kerajaan Malaysia memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang berusia lima dekad, atas alasan penggunaannya melanggar lunas perundangan dan hak asasi manusia di sebuah negara demokrasi.

    Badan antarabangsa itu berkata, perbicaraan ke atas blogger berkontroversial Raja Petra Kamarudin , yang dua tahun lalu ditahan di bawah ISA, menunjukkan Malaysia menggunakan undang-undang sedemikian bagi mengekang kebebasan bersuara.

    Penggunaan ISA oleh Malaysia telah menghalang hak-hak individu untuk mempertahankan diri dan selain meletakkan kuasa arbitari mutlak pada pihak kerajaan, kata Martin Solc, pengerusi bersama IBAHRI yang berpejabat di London, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    “Proses yang sewajarnya dan hak-hak untuk mempertahankan diri adalah komponen penting lunas perundangan, yang merupakan asas bagi sesebuah negara demokratik,” kata beliau.

    Sehubungan itu tegas beliau, sebagaimana ditunjukkan oleh laporan perbicaraan Raja Petra, akta berkenaan mengekang kebebasan bersuara.

    IBAHRI baru-baru ini menghasilkan laporan bertajuk “Malaysia: The Delicate Balance Between Security and Due Process”, yang boleh diperoleh dari laman www.ibanet.org, berdasarkan pemantauan terhadap penahanan dan perbicaraan editor Malaysia Today itu.

    Dalam ringkasan laporan, persatuan itu mendakwa ISA kini digunakan untuk menahan seseorang untuk tempoh yang tidak terhad, mengekang hak seseorang untuk melalui proses perundangan sewajarnya dan perbicaraan adil, menghukum seseorang bagi kesalahan yang bukan ditahan awalnya dan mereka yang ditahan pula tidak dibicarakan.

    IBAHRI, yang sebahagian daripada Persatuan Peguam Antarabangsa (IBA) yang berusia 63 tahun mempunyai 40,000 ahli di seluruh dunia berkata, telah menghantar saranan agar ISA dikaji semula tetapi mahu pentadbiran Najib memansuhkan undang-undang itu.

    Kumpulan itu berkata, tindakan sedemikian akan memastikan kesemua rakyat Malaysia dilindungi daripada salah guna akta sedemikian, yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.-The Malaysian Insider.

    Awat Chua Soi Lek Jadi Bengong ?


    Kata Presiden MCA Chua Soi Lek yang juga 'bekas pelakon filem porno' dalam twitter nya seperti yang dilaporkan Harakahdaily Kedai Tutup: Presiden MCA salahkan Aidil Adha;

    Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

    “Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

    Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.

    Kenyataan Chua turut dibidas oleh para pengikutnya di Twitter sehingga beliau dituduh sebagai seorang ahli politik yang bangkrap idea.

    “Reportlah polis. Minta suruhanjaya diraja. Buat demo ke,” cabar seorang pengguna Twitter Noor Azam yang juga kelihatan tersinggung dengan kenyataan Chua.

    Ini bukan kali pertama presiden MCA itu menonjolkan kedaifannya terhadap hal-hal berkaitan Islam.

    Pada bulan Ogos yang lepas, Chua telah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

    Beliau turut mendakwa pertarungan keIslaman antara Umno dan PAS sebagai punca utama negara terperangkap dalam golongan negara berpendapatan sederhana untuk sedekad yang lalu.-Harakahdaily.

    Semasa prk Galas yang lalu penyokong Umno kata Dap sebagai 'kafir harbi' sedangkan pemimpin MCA yang acapkali hina Islam pemimpin Umno hanya berdiam diri tak berani nak kata apa terhadap kelancangan pemimpin MCA hina Islam. Umno lebih takut hilang undi bukan Islam daripada melihat Islam dihina dan dinjak-injak oleh komponen Bn sendiri.

    Selasa, 16 November 2010

    Pemimpin PKR macam bersilat dalam jala.

    Kemelut yang landa Parti Keadilan Rakyat dalam memilih pucuk pimpinan parti itu itu telah menimbulkan bermacam-macam persepsi di kalangan rakyat Malaysia termasuk daripada pemimpin Umno-Bn. Ada yang kata PKR akan lingkup dan bungkuih selepas ini ikut jejak langkah Parti Semangat 46 yang telah berkubur tapi bekas ketua parti Semangat 46 Ku Li yang kembali sertai Umno masih berpengaruh di Gua Musang hingga Umno berjaya rampas semula kerusi dun Galas daripada Pas dalam prk yang lalu.

    Bekas calon Timbalan Presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim tak habis-habis serang parti PKR dengan bermacam-macam pendapat dan alasan setelah tarik diri sebagai calon Timbalan Presiden. Begitu juga dengan Mustafa Kamil Ayub seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR yang jauh ketinggalan di belakang dengan Azmin Ali mendahului dengan majoriti cecah 11 ribu majoriti. Mustafa Kamil Ayub dah tak larat nak ligan dah, kejar dengan motor race 1000 cc pun dah tak mampu kejar Azmin Ali.

    Apa yang berlaku dalam PKR membimbangkan penyokong PR yang mahukan perubahan dalam politik negara yang dicengkam Umno-Bn sejak merdeka hingga sekarang.Ada yang kata sampai bila politik cakar mencakar , garu menggaru antara satu sama lain dalam PKR akan berakhir? Adakah selepas pemilihan pucuk pimpinan tamat ia dengan sendiri segala kemelut yang berlaku akan berakhir?

    Seorang penyokong PR berkata apa yang berlaku dalam PKR tu umpama pendekar-pendekar yang bersilat dalam jala ikan , bila dah letih bersilat masing-masing akan diam dengan sendiri sebab dah letih. Tapi harus diingat diam bernyawa tak mengapa , takut-takut diam langsung tak bernyawa.

    Umno-Bn pulak yang menunggu peluang macam harimau yang kelaparan untuk menginjak-injak PR hingga lunyai melalui media yang mereka kuasai atas kemelut yang landa PKR.

    Berkaitan;
    Mustaffa ulang desak tangguh pemilihan-Malaysiakini
    Pemilihan AMK :Harapan lawan kebimbangan -Malaysiakini
    Azmin selesa muncul Timbalan Presiden baru , Zaid sah keluar PKR-TMI
    Saya bukan mengalah tapi muak dengan masalah dalaman PKR:Zaid-TMI
    Why PKR faces the same problems as Umno -MT

    Selamat Hari Raya Aidil Adha


    Salam semua, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada anda semua.

    Firman Allah SWT ;

    "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

    "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. -Surah Al-Hajj ayat 27-28.

    Selamat melakukan ibadah korban samaada lembu, unta mau pun kambing , semoga ibadah korban yang kita lakukan mendapat redha Allah- Wallahu a'lam

    Isnin, 15 November 2010

    Pas tidak akan naik kapal bocor

    Ustaz Idris Haji Ahmad
    Parti Islam Semalaysia PAS menolak pelawaan Datuk Ahmad Maslan untuk menyertai BN.

    PAS tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam, malahan PAS akan berusaha supaya ahli-ahli umno khususnya dan orang Melayu Islam bersama dengan PAS.

    PAS tidak akan bersama dengan BN sebaliknya terus dengan Pakatan Rakyat yang sudah teruji dan terbukti.

    Sekarang Umno sudah hilang kompas perjuangan dan ideologi.

    Perjuangan yang hanya mementingkan ”perutism” sahaja.

    Menjadikan perjuangan sebagai batu loncatan untuk peribadi walaupun merugikan bangsa.

    Umno hanya boleh hidup dengan 3 M sahaja, iaitu Wang, jentera kerajaan dan media.

    Umno sudah tidak bermaya untuk hidup dan bermain di atas padang yang sama rata.

    Jika Umno tidak ada 3 M maka umno akan berkubur begitu sahaja.

    PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat, kerana ini adalah percubaan politik yang terbaik walaupun dalam usia yang agak muda.

    Umno dengan kekuatan media perdana ynag berada di tangan mereka cuba menggelapkan berita kebaikan PAS yang telah disumbangkan melalui Pakatan Rakyat, kes banjir di Kedah adalah satu contoh.

    PAS sebagai sebuah parti yang mempunyai idelologi yang jelas dan mempunyai kepimpinan yang berkualiti dan ahli yang ikhlas akan terus mara kedepan bagi membentuk lanskap baru dalam politik negara.

    PAS menganggap cukuplah Umno yang telah diberi mandat untuk mengetuai negara lebih separuh abad.

    Apa yang Umno boleh banggakan untuk tatapan generasi akan datang?

    Rakyat merasakan sudah cukup penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh mereka dengan tekanan hidup akibat salah guna kuasa.

    Walaupun negara ini adalah anugerah Allah dengan hasil mahsul yang banyak, namun masih ramai rakyat yang tidak bertanah.

    Contohnya Sabah, tanah yang terbentang luas, hasil yang melimpah ruah, namun masih ada rakyat yang membina rumah di atas air.

    PAS tidak akan izinkan Umno, mengkhianat rakyat untuk separuh abad yang kedua pula.

    PAS wajib ganti Umno.-Harakahdaily

    Ahad, 14 November 2010

    Bancian :47.6% tidak yakin dengan ETP Najib

    Sebahagian besar perserta undian di laman web Utusan Malaysia tidak yakin bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan meletakkan Malaysia di landasan yang betul ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.

    Daripada 1,611 peserta yang mengundi, sebanyak47.6 peratus mengakui tidak yakin dengan porgram yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

    Lebih mengejutkan lagi, sebanyak 19.2 peratus mengaku tidak tahu apa itu ETP.

    Berdasarkan semakan pada jam 5.53 petang itu di laman web akhbar milik Umno itu, hanya 33.2 peratus yakin dengan program itu.

    Kerajaan mengumumkan pelaksanaan ETP - peranannya yang mirip dengan fungsi Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (PEMANDU) - bertujuan menyediakan satu jentera penyampaian lebih berkesan antara pihak awam dan swasta dengan rakyat.

    Najib sebelum ini dilaporkan berkata, ia juga merupakan komitmen kerajaan untuk merealisasikan program transformasi iaitu sebahagian daripada elemen penting Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).-Malaysiakini.

    Gerakan Kedah tak sedih ka tengok media Umno putar belit isu banjir?

    Ketika rakyat Kedah ditimpa bala banjir besar pada 1 november lalu media Umno-Bn termasuk RTM yang bukan kepunyaan Umno begitu galak putarbelit isu banjir yang landa Kedah. Mereka bukannya tunjuk simpati dan rasa mau tolong rakyat Kedah yang dilanda banjir tetapi main isu politik untuk burukkan kerajaan PR di Kedah kata tak bertanggungjawab mengendalikan isu banjir di negeri itu.

    Mereka memetik ucapan-ucapan dan ulasan pemimpin Umno burukkan kerajaan PR di Kedah bukannya nak cari jalan hulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang dalam kesusahan.Kalau TV3 tak pa lah sebab itu media Umno tetapi RTM bukan tv Umno tetapi RTM jadi kuda tunggangan Umno sejak RTM ditubuhkan hingga sekarang buat siaran propaganda supaya rakyat melihat kerajaan Umno-Bn saja maksum perintah negara.

    Adakah kerja kebajikan, kerja-kerja menyelamat, hulur bantuan makanan semua kena diberitahu terlebih dahulu kepada media sedangkan rakyat Kedah sedang meranduk air untuk selamatkan diri daripada banjir yang membahayakan nyawa mereka? Pemimpin Umno bergelak ketawa di Kuala Lumpur bila banjir dah surut kata kerajaan PR di Kedah tak buat kerja , betoika lagu tu?

    Bagaimana dengan bantuan daripada angkatan tentera, bomba, Jabatan kebajikan masyarakat yang dapat peruntukkan negeri , NGO-NGO yang prihatin, bantuan daripada orang perseorangan, Unit Amal Pas yang tak pernah kenal erti penat bantu mangsa banjir tanpa kira parti politik , jasa mereka langsung tak dihargai malah diputar belit media Umno kata kerajaan PR di Kedah tak bertanggungjawab. Siapa yang tak geram?

    Setakat pemimpin Umno datang bertenggek atas riba makcik tua di pusat mangsa banjir lepas tu media Umno pun kata pemimpin Umno prihatin dengan mangsa banjir 'boleh belah' la! Umno-Bn nak nama saja bantuan daripada kerajaan pusat satu sen belum ada. Tapi kalau bala menimpa luar negara laju nak tolong!


    Berkaitan;
    'Haram' media :Gerakan sedih, NUJ ajak boikot
    -Malaysiakini
    Nafi sumbangan negeri , Sultan Kedah dukacita-Harakahdaily
    Larang media bohong dan fitnah-Mahfuz-Harakahdaily