Rabu, 10 November 2010

PKNS taja RM500,000 majlis kahwin angkasawan Dr Sheikh Muzafar


Semalam sewaktu tengok sidang Dun Selangor dalam TVSelangor adun Hulu Klang Saari Sungib mendedahkan banyak perkara yang berkaitan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) antaranya PKNS didakwa menaja majlis kahwin angkasawan Sheikh Muzafar bernilai RM500,000. Banyak tu...apa kena mengena PKNS dengan majlis kahwin Dr Sheikh Muzafar sampai taja RM500,000?

Hari ini keluar laporan oleh The Malaysian Insider Pas desak MB Selangor siasat dakwaan PKNS seleweng;

PAS Selangor hari ini mendesak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim supaya menyiasat unsur penyelewengan dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, kata timbalan pesuruhjayanya Dr Che Rosli Che Mat.

Desakan Ahli Parlimen Hulu Langat itu dibuat ekoran tindakan Adun Hulu Klang Saari Sungib ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam mendedahkan beberapa penyalahgunaan kuasa yang membabitkan pengurus besar PKNS Othman Omar.

Penyelewengan yang dimaksudkan antaranya, tindakan PKNS menaja majlis perkahwinan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor secara mewah dan penstrukturan staf dalaman yang dikaitkan dengan kronisme.

“PAS Selangor mendesak supaya pihak-pihak yang berwajib terutama Menteri Besar Selangor segera mengkaji dan mendapatkan maklumat tentang kesahihan dakwaan tersebut,” ujar Che Rosli di lobi DUN Selangor hari ini.

Menurut Che Rosli, pentadbiran Khalid wajar mengambil tindakan drastik memandangkan pendedahan Saari adalah berasas demi membebaskan PKNS dari gejala negatif.

Sekiranya kerajaan negeri tidak mengambil inisiatif susulan, Che Rosli berkata, ia akan memburukkan imej dan kredibiliti PKNS yang juga merupakan agensi utama pada pembangunan negeri.

PAS turut menuntut exco kerajaan negeri Iskandar Abdul Samad yang juga Ahli Lembaga Pengarah PKNS supaya membawa pendirian PAS negeri ke mesyuarat lembaga perbadanan tersebut yang dijangka selepas minggu depan.-TMI

Berkaitan;

Skandal PKNS :Khalid arah siasat , Pas nafi sabotaj Pakatan-TMI

5 ulasan:

  1. pelikkan..PKNS blh taja perkahwinan angkasawan..pe kaitan angkasawan ngan PKNS???

    BalasPadam
  2. banyak duit tu...klu betul...bagi kat masa banjir di utara...sebulan keyang

    BalasPadam
  3. Ramai sangat hantu pucong umno tu d PKNS. Ini lah padahnya jika asyik nak berniaga nak untung. PR ni parti politik. Rakyat kena dahulukan tapi jangan tinggal ahli parti. Ahli parti bekerja untuk gerakan parti. Ambil iktibar Pas terengganu. Bila hilang kerajaan. Ahli parti merempat, anak syarikat negeri untung. Bila umno rampas nederi, pas melopong.

    PRU 13 nanti Bik Mama masih PM lagi.

    BalasPadam
  4. Baik bagi 1/2 juta pada budak muda yang nak kahwin tapi tak ada duit. Ramai yang boleh terselamat dari bahaya zina.

    BalasPadam
  5. Kenapa Persatuan2 PKNS nk boikot PB PKNS...???

    Soalan cepumas tuuuuuuu......!!!

    Adalah dalang2 dibelakangnya dan sebab2 yg berkepentingan diri sendiri...

    Yang aku taw, Presiden SOA Hj. Saharom tu ade kes RASUAH.. Org ramai pon msti taw cite ni dulu.. ceritanya ditangkap oleh MACC ambil wang IT setiap bulan, dicekup dengan ATM cardnya sekali... dengan partnernye skali, dah kluarkan duit beberape kali dan terbukti bersalah.... cume MADAM LOW mase tu nk bwat deal ngan MACC... Dasyattt tuu...

    Jadi siapa dia nk suruh siasat PB PKNS? periksa diri sendiri dulula brooo... jgn byk ckp.. ckp kosong je... takut minggu depan kene cekup sendiri oleh MACC...

    Ntah bila plak die dapat mandat dari ahli2 persatuan.... Pelik btolla... Aku pon ahli SOA jgak tapi xpnah taw pon ape2 pasal ni... heran ni... Aku harap audit MBI tu datang periksa persatuan2 ni skali.. tgk presiden2 persatuan sekali... tgk presiden2 persatuan tu tandatangan memorandum yg disampaikan kepada MB tu semua dgn mandat ahli2 skali..

    kalau diberitahu konpom aku xstuju!!! nak mengaibkan PKNS dalam DEWAN NEGERI... nk basuh kain buruk dan sidai didepan khlayak ramai...??? sampai masuk muka depan suratkhabar... tapi xbrani beri nama.... ape cite wei...??

    Kalau lu orang nk dedahkan, baik lu dedahkan Hj Nasir tu..!!!!

    dah berjuta2 duit PKNS dia sapu buat kerja2 urusharta, pembekalan, renovation de PALMA, renovation akademi hartanah dan lain2 semua ditawarkan kepada kaum kerabta dan saudara mara dia, pak cik, mak cik, adik, abg, akak.. kaya wooo kalau jadi saudara die.... huhuhuhuuhu...

    Dah bape byk duit PKNS dan De palma dia pakai bayar lawatan percutian dia ke GREECE, DUBAI, CHINA, SINGAPORE, BATAM, KK, KUCHING.... Tak habis2 makan angin pakai duit PKNS... Boleh pegi haji lagi 2-3 kali tu... Semua tu baru tahun ni jeeee.... tahun2 sebelumnya...? mane x, dialah pengerusi exco De Palma dan dialah pengerusi jawatankuasa sebut harga.. Itu lebih menghabiskan borehhhh aje....

    so ape lg...?? korang renung2kanlah... dan selamat beramal~~~~~~..

    BalasPadam