Sabtu, 20 November 2010

Korban Perdana Pas Seksyen 18 Shah Alam Meriah

Hari ini adalah hari terakhir ibadah korban dilakukan di Malaysia sempena Hari Raya Aidil Adha.

Pagi tadi saya sempat berkunjung ke Program Ibadah Korban Perdana Pas Seksyen 18 Barat/Pas 18/PKR 18 di seksyen 18 Shah Alam dan sempat merakamkan beberapa gambar untuk tatapan semua.

Sebanyak 20 ekor lembu dan seekor kerbau telah dikorbankan dan diagihkan kepada orang ramai dan dihantar ke tempat-tempat lain yang berdekatan .



Para petugas seramai 200 orang bertungkus lumus termasuk Unit Amal Shah Alam mengendalikan acara korban tersebut.

Turut hadir ialah penyanyi popular kumpulan Medicine ,Ijam yang turut menyembelih salah seekor lembu korban (gambar sebelah), YDP Pas dan ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Syed Shahir, YDP Pas Kelana Jaya Hj Izham untuk meriahkan acara korban.



Sup 'gear box' dan gulai kawah turut disediakan buat para petugas dan orang ramai menjamu selera sementara daging korban siap untuk diagihkan.

Kaunter mendaftar sebagai ahli Pas dan penyerahan sijil keahlian Pas turut mewarnai majlis korban kali ini.

Sementara itu di Seksyen 16 Shah Alam bertempat di Dewan Orang Ramai jamuan hari raya Aidil Adha bersama Ahli Parlimen Shah Alam turut diadakan pada hari ini .

1 ulasan:

  1. meriahnya bila hdup bersatu padu..bt kerja bersama2..teringat cite kartun 'wandepet'..apa yg penting kerjasama...walaupun hanya skdr cite kartun tpi ada mesej yg diterapkan dlm diri anak2...

    BalasPadam