Usaha parti komponen Barisan Nasional (BN) itu menjadi perhatian susulan langkahnya menjual pegangan dalam sayap pelaburan Huaren Holdings Sdn Bhd, yang melepaskan 42.4 peratus pegangannya dalam Star Publications (M) Bhd, yang menerbitkan The Star, pada nilai RM1.28 bilion baru-baru ini.
Dengan penjualan itu syarikat tersebut dijangka akan menggunakan dana tersebut untuk membeli Tanjong dengan kombinasi pembiayaan.
The Malaysian Insider difahamkan MCA telah dinasihatkan untuk membida mendapatkan unit perjudian memandangkan operasi itu menawarkan pulangan baik, sebagaimana disumbangkan oleh perniagaan akhbar harian The Star.
“MCA sedang dalam usaha memburu Tanjong,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Difahamkan, pemegang utama saham Tanjong T. Ananda Krishnan akan memutuskan seawal hari ini sama ada mahu memutuskan penjualan syarikatnya.-The Malaysian Insider Komponen BN MCA timbang beli Tanjong , terokai bisnes judi (klik untuk baca semua).
Umno sahabat karib MCA tentu tumpang gembira jika MCA berjaya membida unit saham judi Tanjong. Umno bukan main lagi kata duit yang diberikan kerajaan PR di Pulau Pinang kepada orang miskin sebagai duit judi tapi kalau MCA semua boleh. Adakah untung duit judi itu tidak digunakan sebagai dana pilihanraya umum akan datang?
Taukeh-taukeh judi yang kaya raya seperti Vincet Tan menjadi sahabat siapa kalau bukan pemimpin Umno. Reezal Merican Ketua Penerangan Pemuda Umno bukan main lagi sampai termuntah-muntah kerana geli dengan 'duit judi' kerajaan negeri Pulau Pinang .
syabas le kpd pimpinan umno dan konco2nya sbb mhalalkan pkara yg haram..zaman skrg ni org bt dosa perkara biasa da tpi bila org nak bt baik dan sunah Rasul..org akan anggap luar biasa..renung2kanlah
BalasPadam