Ahad, 21 November 2010

Ziarah anak blogger 'Penarik Beca' (Bakar Haq)

Petang tadi kira-kira pukul 5 petang hingga 6 petang sempat pergi ziarah anak blogger 'Penarik Beca' (Pak Bakar) Muhammad Sadiq Abu Bakar 16 tahun di Hospital Kuala Lumpur , Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) tingkat 3 katil no 12.Pelawat hanya dibenarkan masuk seramai dua orang sahaja untuk ziarah.

Apabila melihat sendiri anak bongsu Pak Bakar , Muhammad Sadiq memang dalam keadaan yang kritikal , tidak sedarkan diri terpaksa guna bantuan pernafasan. Tubuh badan anak Pak Bakar yang gemuk dan besar dikatakan ada kaitan dengan masalah jantung .Hanya mampu berdoa kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkan penyakit adik Muhammad Sadiq . Gambar tidak dapat disiarkan untuk tatapan semua.

Semasa bersembang-sembang dengan Pak Bakar beliau mengatakan setiap hari selepas Subuh akan datang melawat anaknya, balik rumah datang lagi waktu tengahari dan petang bergilir-gilir dengan isterinya jaga anak mereka. Pak Bakar juga berkata anak beliau mula dimasukkan ke ICU beberapa hari menjelang Aidil Adha yang lalu.

Bersama-sama kita berdoa kepada Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit adik Muhammad Sadiq.

1 ulasan:

  1. mga pak bakaq sekeluarga tabah mhadapi ujian ini..mga Allah permudhkan sgala urusan..mga adik muhammad sadiq cpat sembuh..ameen

    BalasPadam