Keputusan Zaid itu, yang diumumkan selepas kira-kira 18 bulan menyertai PKR, dilihat akan memberi kesan ke atas parti, diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat, yang sedang berusaha untuk kembali pulih daripada kekalahan dua pilihan raya kecil berturut-turut dan selepas sekumpulan wakil rakyatnya keluar parti awal tahun ini.
Zaid berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan tidak adil meskipun isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali.
“Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti,” kata Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini dalam tulisan terbaru blognya, disiarkan awal pagi ini.
Zaid, bekas anggota Kabinet kerajaan pusat, menyertai PKR pertengahan tahun lalu. Beliau kini merupakan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan menganggotai Biro Politik.
Bagaimanapun beliau tidak menyebut sama ada akan kekal bersama PKR sebagai ahli biasa.
Pucuk kepimpinan parti itu sebelum ini termasuk yang terbaru semalam menafikan wujudnya sebarang elemen manipulasi dan penyelewengan dalam proses pemilihan secara langsung yang julung kali diadakan.
Dalam penafian kira-kira 4 petang semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menafikan wujudnya elemen manipulasi dengan kertas undi didakwa boleh dibeli sebagaimana didakwa blogger hujung minggu lalu.
Dalam saingan jawatan timbalan presiden, Zaid berhadapan dengan cabaran dua naib presiden Azmin Ali, yang didakwa mendapat sokongan dan restu Anwar, dan Mustaffa Kamil Ayub.
Selepas 87 cabang telah menyelesaikan proses pengundian Azmin berada jauh di depan khususnya selepas pemilihan cabang-cabang Sabah kelmarin dan semalam.
Penyokong-penyokong Zaid mendakwa wujud manipulasi undi dalam proses pemilihan cabang-cabang di Sabah, tetapi ia turut dinafikan oleh jawatankuasa pemilihan pusat.
Dalam tulisan terbaru ini, tegas Zaid, beliau ditawarkan menyertai PKR di bawah kepercayaan bahawa boleh menghidupkan politik kesedaran dan progresif selain memelihara dan mengembangkan nilai-nilai politik berprinsip dan budaya dianggap penting bagi mengembangkan demokrasi dan urus tadbir pemerintahan baik di negara ini.
“(Tetapi) saya silap,” kata Zaid yang sebelum ini pernah mengkritik tatacara pemilihan dan meminta sekretariat membetulkan kelemahan dan kekurangan yang wujud.
Malah beberapa pihak meminta agar pemilihan ditangguhkan sementara segala kelemahan dapat diatasi.
Zaid menambah, di sebalik pemilihan parti insiden-insiden yang disaksikan menunjukkan kepimpinan parti membiarkan kecacatan dan penyelewengan dalam proses pemilihan demi mencapai matlamat disasarkan.
“Saya pasti mana-mana parti politik yang membawa nilai palsu dan hipokrit sedemikian tidak akan berupaya menawarkan pembaharuan bermakna kepada rakyat negara ini,” kata beliau.
Meskipun memutuskan untuk meletakkan semua jawatan dalam PKR, Zaid berkata, beliau akan kekal berpegang pada perjuangan Pakatan Rakyat dan terus membawa isu-isu menyentuh rakyat jelata.
Pakatan Rakyat turut dianggotai DAP dan PAS.
“Akhirnya, saya berharap peminat-peminat taksub Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai pengacau dalam usaha menuju Putrajaya. Saya ucapkan mereka semoga berjaya,” kata beliau yang bertindak sebagai penyelaras Pakatan Rakyat dalam proses mendaftarkannya sebagai perikatan yang sah.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada kesemua ahli yang menyokongnya dan meletakkan kepercayaan terhadap perjuangan reformasi selama ini, kata Zaid, adalah sesuatu yang mengecewakan kerana tidak mampu untuk meneruskan usaha itu ekoran proses pemilihan yang cacat ini.-Berita asal The Malaysian Insider Zaid letak semua jawatan PKR, tarik diri saingan Timbalan Presiden.
org yg bekerja dbelakang tabir lebih bnyak mbantu perjuanagn
BalasPadamKah..kah..kah..kah..
BalasPadamMasuk parti dajjal mata satu...confirm kena perdaje...
Kah..kah..kah.. hancus..hancuuusss.....
pas pun tunggu masa di makan umno dlm pru13 nanti. mampus umno
BalasPadam