Lebih mengejutkan lagi, sebanyak 19.2 peratus mengaku tidak tahu apa itu ETP.
Berdasarkan semakan pada jam 5.53 petang itu di laman web akhbar milik Umno itu, hanya 33.2 peratus yakin dengan program itu.
Kerajaan mengumumkan pelaksanaan ETP - peranannya yang mirip dengan fungsi Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (PEMANDU) - bertujuan menyediakan satu jentera penyampaian lebih berkesan antara pihak awam dan swasta dengan rakyat.
Najib sebelum ini dilaporkan berkata, ia juga merupakan komitmen kerajaan untuk merealisasikan program transformasi iaitu sebahagian daripada elemen penting Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).-Malaysiakini.
walaupun media arus perdana UMNO menguasai bidng siaran negara, namun masih ada lagi yg tidak tahu tentang ETP...
BalasPadam