Isnin, 1 November 2010

RM250 rasuah, RM5 juta dan RM180 juta bukan rasuah.


Calon Umno di prk Galas Abdul Aziz kata bagi duit tambang RM250 untuk pengundi luar Kelantan balik mengundi di Galas dianggap sebagai duit rasuah. SPR pun kata duit tu duit rasuah dan dianggap sebagai satu sogokan.SPRM kena siasat!

Bagaimana pulak dengan pengumuman segera Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yasin di Gua Musang nak buat projek perumahan rakyat berjumlah RM180 juta tidak dianggap rasuah. Di Batu Sapi tiba-tiba saja umum nak bina masjid RM5 juta .Jika tidak ada prk di Galas dan Parlimen Batu Sapi adakah Umno-Bn akan buat pengumuan tersebut? Adakah ini bukan sogokan supaya para pengundi memangkah Umno-Bn dalam dua pilihanraya tersebut?

Rasuah pembangunan Umno-Bn setiap kali pilihanraya umpama 'dajal berkandar' untuk diumpan kepada para pengundi setiap kali ada pilihanraya.

Nak siasat , siasat kesemua sekali kalau dua- dua pihak sogok rasuah batalkan pilihanraya lagi baik.

Baca juga;
Usaha sogok pengundi dijangka bermula hari ini-Harakahdaily

1 ulasan: