Selasa, 16 November 2010

Pemimpin PKR macam bersilat dalam jala.

Kemelut yang landa Parti Keadilan Rakyat dalam memilih pucuk pimpinan parti itu itu telah menimbulkan bermacam-macam persepsi di kalangan rakyat Malaysia termasuk daripada pemimpin Umno-Bn. Ada yang kata PKR akan lingkup dan bungkuih selepas ini ikut jejak langkah Parti Semangat 46 yang telah berkubur tapi bekas ketua parti Semangat 46 Ku Li yang kembali sertai Umno masih berpengaruh di Gua Musang hingga Umno berjaya rampas semula kerusi dun Galas daripada Pas dalam prk yang lalu.

Bekas calon Timbalan Presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim tak habis-habis serang parti PKR dengan bermacam-macam pendapat dan alasan setelah tarik diri sebagai calon Timbalan Presiden. Begitu juga dengan Mustafa Kamil Ayub seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR yang jauh ketinggalan di belakang dengan Azmin Ali mendahului dengan majoriti cecah 11 ribu majoriti. Mustafa Kamil Ayub dah tak larat nak ligan dah, kejar dengan motor race 1000 cc pun dah tak mampu kejar Azmin Ali.

Apa yang berlaku dalam PKR membimbangkan penyokong PR yang mahukan perubahan dalam politik negara yang dicengkam Umno-Bn sejak merdeka hingga sekarang.Ada yang kata sampai bila politik cakar mencakar , garu menggaru antara satu sama lain dalam PKR akan berakhir? Adakah selepas pemilihan pucuk pimpinan tamat ia dengan sendiri segala kemelut yang berlaku akan berakhir?

Seorang penyokong PR berkata apa yang berlaku dalam PKR tu umpama pendekar-pendekar yang bersilat dalam jala ikan , bila dah letih bersilat masing-masing akan diam dengan sendiri sebab dah letih. Tapi harus diingat diam bernyawa tak mengapa , takut-takut diam langsung tak bernyawa.

Umno-Bn pulak yang menunggu peluang macam harimau yang kelaparan untuk menginjak-injak PR hingga lunyai melalui media yang mereka kuasai atas kemelut yang landa PKR.

Berkaitan;
Mustaffa ulang desak tangguh pemilihan-Malaysiakini
Pemilihan AMK :Harapan lawan kebimbangan -Malaysiakini
Azmin selesa muncul Timbalan Presiden baru , Zaid sah keluar PKR-TMI
Saya bukan mengalah tapi muak dengan masalah dalaman PKR:Zaid-TMI
Why PKR faces the same problems as Umno -MT

1 ulasan:

  1. jgn rakyat hilang minat pd PR pla gara2 cakar2 manja pimpinan PKR

    BalasPadam