Rabu, 31 Mac 2010

Puting Rokok Campur Darah Babi !

Terkejut membaca posting penarik beca dan Al-Bakistani tentang filter rokok bercampur darah babi yang didedahkan oleh Malaysia today dan lain-lain laman web dan blog.Sudah tentu pendedahan tersebut amat baik untuk dikongsi bersama dan jadikan sempadan supaya kita semua umat Islam untuk berhenti menghisap rokok.Carian lanjut cari di sini

Berkaitan;
Cigarettes may contain pig blood-Malaysia today
Susahnya aku nak berhenti merokok-Penarik beca
Filter rokok dari darah babi?-Al-Bakistani

Apabila aku dapat berita tersebut aku sms kepada seorang kawan dia balas kat aku, "Tu kerajaan tanggong". Bab ni aku tak setuju sangat-sangat satu sms yang cukup bangang dan biol! Aku jawab , "bodoh ambik kat orang cerdik ambik kat kita, ikut suka hang"

Wallah hu a'lam

Liwat boleh percaya , jadi talibarut Yahudi tak percaya!

Cakaplah sampai berbuih-buih kepada rakyat yang bernama orang Melayu yang sudah tebal keUmnoannya bahawa syarikat perunding Satu Malaysia itu agen Yahudi, agen Israel mampoih depa tak percaya. Kalau cerita seks, cerita aib, cerita 'main belakang' haa ini orang Melayu akan percaya dan jadi sensasi dalam sekelip mata.

Bawalah ulama Yusuf Al- Qardhawi duduk Malaysia dua tiga bulan sekalipun mereka tetap percayakan cakap pemimpin mereka yang nafikan pembabitan APCO sebagai agen talibarut Israel yang dapat kontrak promosikan Satu Malaysia.

Suara-keadilan pula melaporkan Najib Bayar A$420,000 kepada APCO untuk khidmat nasihat 6 bulan ;

Kerajaan Umno-Barisan Nasional didakwa telah membayar A$420,000 kepada firma antarabangsa APCO Worldwide yang dikaitkan dengan rejim Zionis Israel untuk khidmat runding selama enam bulan.

Dalam surat yang bertarikh 15 Julai 2009 dengan menggunakan kepala surat rasmi Jabatan Perdana Menteri dan dialamatkan kepada Paul Stadlen, kerajaan Malaysia mengesahkan terma yang dipersetujui pada mesyuarat yang diadakan bersama APOCO pada 10 Julai 2009.

Salinan surat tersebut yang dimuatnaikkan dalam blog dan internet didakwa telah ditandatangani oleh Samsuri Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Kewangan dan Pembangunan di Jabatan Perdana Menteri.Surat Penerimaan setebal lima mukasurat itu menggariskan bidang kerja APCO kepada kerajaan Malaysia di bawah tajuk 'Public Affairs and Goverment Affairs Services' atau Perkhidmatan Perhubungan Awam dan Kerajaan.

"Dengan penerimaan kerajaan terhadap tender yang dikemukakan oleh pihak tuan, adalah dimaklumkan bahawa kini wujud ikatan kontrak antara kerajaan dan pihak tuan.

"Satu perjanjian yang lebih lengkap yang memasukkan semua terma dalam tender akan ditandatangani. Pihak tuan akan dimaklumkan apabila dokumen kontrak siap untuk ditandatangani," kata surat tersebut.

Surat itu yang juga ditandatangani oleh Paul Stadlen yang mewakili Mind Teams Sdn Bhd dan APCO Worldwide sebagai kontraktor serta Ronald Barnetto dari England sebagai saksi antara lain menggariskan empat bidang kerja utama berkaitan hubungan awam yang menjadi sasaran khidmat runding APCO kepada kerajaan Malaysia.

Mereka menandatangani surat penerimaan itu pada 21 Julai 2009.

Stadlen kini adalah Pengarah Urusan APCP Worldwide cawangan Malaysia.-Suara-Keadilan.

Kalau tak betoi apa yang Suara-Keadilan tu laporkan pi la saman.Jangan kata hanya pandai fitnah pulak. Yang betoi hanya hanya Utusan Malaysia saja.
Baca ;

Kerajaan akan teliti penjelasan Anwar mengenai APCO, kata Nazri-Bernama
Anwar kemuka dokumen kaitkan Apco-Israel-1Malaysia-Malaysiakini

Ayo yo Samy: Umur 18 , 19 pun ada

Presiden MIC semakin menekan Umno supaya terus benarkan partinya bertanding di prk Hulu Selangor mewakili BN. Malah beliau telah pun bagi senarai calon MIC yang layak untuk dipersembahkan pada PM Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional .

Samy Vellu sepatutnya letak jawatan sebagai Presiden MIC sebaik saja tamat PRU-12 yang lalu kerana masyarakat India dah muak dengan kepimpinan Samy Vellu yang telah menyebabkan orang India beralih arah menyokong parti-parti daripada Pakatan Rakyat.Samy Vellu sendiri tewas dalam gelanggangnya di Sungai Siput.Kalau orang India sendiri meluat dengan MIC takkan orang Melayu jadi bangang nak sokong calon MIC di prk Hulu Selangor yang ditolak sendiri oleh orang India. Lu pikir sendiri laaa wahai orang Melayu!

Kata Samy Vellu dalam laporan Bernama Samy nafi pengundi Hulu Selangor tidak berminat dengan calon MIC;

"Jika kita melihat kepada keutamaan pengundi, tidak ada satu tempat pun yang kaum India boleh bertanding di negara ini. Masyarakat India tidak mempunyai majoriti sama sekali di mana-mana jua kawasan pilihan raya untuk bertanding. Mereka hanya boleh kekal sebagai pengundi dan ini akan membawa kepada banyak masalah lain.

"Kami telah pun keluar daripada masalah itu sekarang dan saya harap masyarakat akan cuba melupakan apa yang telah berlaku sebelum ini. Jangan cuba untuk mengingatkan mereka... itu tidak baik,"

Ditanya sama ada beliau memikiran calon lain di samping Palanivel untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, Samy Vellu secara berseloroh berkata:

"Kami boleh mencari remaja lelaki berumur 18 atau 19 tahun untuk bertanding."-Bernama

Bukan pasal umur dan calon sebenarnya Samy Vellu oiii tapi MIC dah ditolak masyarakat India yang semakin cerdik memikirkan 'kelicikkan' Samy Vellu memperdaya masyarakat India selama ini.Hanya Samy Vellu yang masih tidur lena dibuai mimpi indah orang India masih bersama beliau.

Berkaitan;
'MIC digesa serah Hulu S'langor pada Umno'-Malaysiakini
Hulu Selangor: MIC serah nama calon kepada Najib-Bernama

Selasa, 30 Mac 2010

Mau Terus Kes Bapa Altantuya Kena Bayar RM60,000


Mahkamah Tinggi di sini Selasa memerintahkan keluarga Altantuya Shaariibuu membayar jaminan kos berjumlah RM60,000 kepada kerajaan Malaysia dan bekas penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda berhubung saman RM100 juta yang difailkan oleh mereka kerana kematian wanita Mongolia itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zaleha Yusof semasa membuat keputusan itu di dalam kamarnya memberi tempoh tiga bulan kepada plaintif (keluarga Altantuya) untuk membayar wang tersebut iaitu RM30,000 kepada setiap defendan (kerajaan Malaysia dan Abdul Razak).

Kerajaan Malaysia yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Habibah Haron, dan Abdul Razak yang diwakili peguam K.K.Wong, sebelum ini memfailkan permohonan supaya keluarga Altantuya menyediakan jaminan kos kepada mereka sebanyak RM1 juta atau apa-apa jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah.

Permohonan jaminan kos ialah permohonan untuk plaintif mendeposit sejumlah wang kepada mahkamah sebagai jaminan untuk meneruskan prosiding saman mereka.

Peguam Karpal Singh, yang mewakili keluarga Altantuya, ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata beliau tidak akan membebankan keluarga Altantuya untuk membayar jaminan kos itu kerana ayah Altantuya, Shaariibuu Setev yang berpendapatan AS$200 (RM620) sebulan, perlu menyara keluarganya termasuk dua anak Altantuya.

Karpal Singh, yang juga Pengerusi DAP dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata beliau akan meminta jasa baik semua Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri daripada pakatan pembangkang untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu menjelaskan bayaran jaminan kos itu bagi pihak keluarga Altantuya.

"Saya akan berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, dan saya berpendapat ini adalah jalan terbaik," katanya.

Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu dan isterinya Altantsetseg Sanjaa, dan dua anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, menyaman kerajaan Malaysia, Abdul Razak dan dua tertuduh dalam kes pembunuhannya, C/Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar dengan menuntut ganti rugi RM100 juta bagi kematian wanita itu.

Abdul Razak, 49, telah dituduh bersubahat bersama Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 38, dalam pembunuhan Altantuya, 28, pada 2006. Beliau dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yassin pada 31 Okt 2008 tanpa dipanggil membela diri manakala Azilah dan Sirul Azhar pula didapati bersalah pada 9 April tahun lepas dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Bernama

Berkaitan;
Pembunuhan Altantuya: Bapa perlu RM60 ribu-Malaysiakini

Syarikat Ada Kaitan Israel Ada Wakil Di Pejabat Perdana Menteri

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan dalam Dewan Rakyat hari ini peranan yang dimainkan oleh kroni Perdana Menteri, Omar Mustapha Ong yang didakwa membawa Apco Worldwide sebagai konsultan imej dan komunikasi kepada kerajaan Malaysia.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berucap kira-kira 30 minit sebagai menyahut cabaran Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mahukan Anwar memberi penjelasan dalam tempoh seminggu berhubung kenyataan beliau pada 22 Mac berkaitan dakwaan konsep 1Malaysia diciplak dari slogan 1Israel.

"Pada 28 Julai 2009 perkhidmatan Apco telah diperkenalkan oleh Omar Mustapha Ong melalui syarikat perunding beliau, Ethos & Company, ini bermakna hubungan antara Apco dengan kerajaan Malaysia sudah terjalin sebelum lagi Apco dilantik menjadi perunding kepada kerajaan.

"Malah saya difahkamkan seorang wakil Apco telah ditempatkan di pejabat Perdana Menteri.

"Pada 4 Ogos 2009 satu penjanjian bagi mendapatkan khidmat Apco telah ditandatangani oleh seorang pegawai kerajaan dengan disaksikan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tengku Datuk Sharifuddin Tengku Ahmad. Ini secara jelas membuktikan pertalian terus antara Apco dan Perdana Menteri. Perjanjian perkhidmatan yang sama telah ditandatangani antar Apco dan Ehud Barak, ketika itu Ketua Turus Angkatan Tentera Israel pada Januari 1992.

"Kita menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri butiran perjanjian yang ditandatangani, berapakah bayaran kepada Apco dan bentuk pertalian firma tersebut dengan kerajaan," dedah Anwar.

Malah Anwar berkata Apco bukanlah sebuah syarikat perunding biasa kerana firma itu mempunyai kaitan rapat dengan tokoh dan pemimpin politik Israel dan Amerika Syarikat.

Beberapa tokoh penting yang menjadi perunding dalam jaringan antarabangsa serta memberi khidmat kepada Apco mempunyai latarbelakang kerjaya dalam badan perisikan Israel, Shin Bet dan pentadbiran rejim Zionis tersebut.

"Kerajaan tidak belajar daripada pengalaman lalu apabila mengambil perkhidmatan syarikat perunding asing yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan Malaysia. Dua contoh besar ialah skandal Maminco yang melibatkan pelaburan besar dalam dagangan pasaran bijih timah dunia yang menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit. Begitu juga mantanb Perdana Menteri membayar dan mengguna khidmat pelobi Yahudi-Zionis, Jack Abramoff yang didapati bersalah oleh mahkamah Amerika Syarikat dapam tahun 2006 dan seterusnya dipenjarakan kerana menipu tanah kaum Red Indian untuk membina kasino.

"Kerajaan perlu berhati-hati dengan kenyataab Apco apabila mereka mengatakan tidak terlibat secara langsung dengan konsep 1Israel. Apa yang berlaku ialah firma-firma bersekutu yang bekerjasama dengan Apco tetapi kepakaran dibekalkan oleh Apco.

"Sebelum Apco bertapak di Malaysia sebuah syarikat tempatan diwujudkan yang pengarahnya ialah Paul Stanford, kini ,menjadi CEO Apco Malaysia dan Marjorie Kraus, Presiden dan CEO Apco Worldwide. Risikonya Apco ialah mereka menggunakan syarikat bersekutu untuk bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan diseluruh dunia dan mereka menyimpan rahsia kerajaan yang diberikan kepada mereka sebagai sebahagian daripada tugas mereka.

"Syarikat ini mempunyai hubungkait memberi khidmat nasihat kepada pemimpin-pemimpin dan diktator dunbia yang menindas rakyat dan terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia seperti Jeneral Sani Abacha di Nigeria dan Presiden Nursultan Nazarbayev dari Kazakhstan.

"Kita mahu penjelasan Perdana Menteri bagaimana beliau boleh dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak Ethos dan bagaimana kehadiran ramai tokoh Apco yang rapat dengan badan keselamatan dan perisikan Israel yang menjalar di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia.

"Rakyat tidak lagi boleh dperbodohkan dengan laungan kerajaan yang kononnya memperjuangan hak rakyat Palestin dan Islam di Malaysia dengan merotan beberapa gadis yang minum arak tetapi senyap-senyap membuat hubungan dan perjanjian dengan firma yang berkait dengan Israel. Sikap membisu Perdana Menteri dikhuatiri membahayakan keselamatan negara kerana hubungan Apco dengan agensi strategik negara seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan yang mungkin menyebabkan tergadai kepentingan negara.

"Saya dengan ini mendesak supaya kerajaan membatalkan perjanjian dengan Apco dan tubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat skandal yang memalukan ini," tegas Anwar.

Suara-keadilan

Berkaitan;

Apco:Anwar gesa tubuh s'jaya siasatan diraja-Malaysiakini

APCO dan Najib di sebalik tirai perhubungan awam-Tian Chua(Harakahdaily)

Menang Kalah Pilihanraya Bukan Perkasa Tentukan Tapi Rakyat !

Pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang terbesar, Perkasa yang mengadakan mesyuarat agung tahunan sulungnya kelmarin, dilihat tidak mampu memainkan peranan sebagai penentu kuasa politik sebaliknya hanya akan merugikan Umno dalam jangka panjang, kata pemerhati dan penganalisis politik.

Sehubungan itu menurut Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Perkasa hanya dilihat sebagai pelengkap kepada perjuangan Umno bukannya penentu kuasa politik.

“Kita tidak lihat Perkasa mampu mempengaruhi kuasa politik sebaliknya kewujudannya bersama Umno hanya akan melumpuhkan perjuangan mereka.

“Perkasa hanya bertindak sebagai pelengkap kepada Umno dalam memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu. Jadi kita tidak lihat mereka mampu mengubah pergerakan sesebuah parti politik di Malaysia,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mohamad Agus memberitahu, majoriti ahli Perkasa adalah individu-individu yang telah menerima perjuangan Umno sejak dari dulu.

“Majoriti ahli Perkasa adalah orang Umno dan ini jelas sekiranya Umno tidak memperjuangkan hak orang Melayu kesannya dilihat lebih kepada Umno bukan parti-parti politik lain.

“Jadi sekiranya Umno tidak memperjuankan hak serta kepentingan orang Melayu maka Perkasa akan bangkit dan memainkan peranan mereka sebagai sebuah pertubuhan yang memperjuangkan orang Melayu,” katanya.

Tambahnya, Perkasa tidak berupaya untuk menjatuhkan mana-mana parti politik melalui undi pada pilihan raya umum kerana keputusan itu terletak di tangan rakyat bukan mereka.

“Perkasa boleh kata apa sahaja kerana penentu undi bukan pada mereka tetapi rakyat,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kelmarin yang memberi amaran kepada parti-parti politik negara ini, khususnya Umno agar tidak “bermusuh” dengan pertubuhan bukan kerajaan itu, sekiranya mahukan sokongan dalam pilihan raya umum.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif firma kajian pandangan umum Merdeka Center, Ibrahim Suffian pula memberitahu Perkasa dilihat sebagai pasangan kepada Umno dalam memperjuangkan hak orang Melayu sahaja.

“Perkasa berfungsi sebagai gandingan kepada Umno bukan sebagai penentu kuasa politik. Ini kerana asas, tujuan serta perkara yang diperjuangkan tertumpu kepada prinsip asas Umno.

“Selain itu, Perkasa dilihat sebagai pendesak kepada Umno dan akan bertindak sekiranya Umno mengetepikan hak keistimewaan orang Melayu.

“Kalau mengatakan Perkasa sebagai penentu kuasa politik ia tidak tepat kerana pengundi dan rakyat yang berhaluan kanan akan tetap bersama Umno berbanding parti-parti politik lain,” katanya.

Ibrahim berkata, implikasi daripada kenyataan Ibrahim supaya tidak “bermusuh” dengan pertubuhan itu terutamanya Umno adalah supaya parti Melayu itu membuka mata dan pada masa yang sama tidak meninggalkan asas perjuangan mereka.

“Apabila Perkasa mengeluarkan kenyataan begitu ia secara tidak langsung akan membuka mata Umno agar tidak mengetepikan perjuangan orang Melayu.

“Boleh katakan Umno dan Perkasa adalah selari cuma Umno adalah sebuah parti besar serta perlu seimbang dengan parti komponen yang lain manakala Perkasa pula hanya sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak orang Melayu,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, Profesor Madya Dr Ghazali Mayhuddin juga selari dengan pandangan mereka dengan memberitahu bahawa Perkasa tidak mampu bertindak sebagai kuasa penentu politik kerana pertubuhan itu dilihat hanya berlegar-legar di kalangan individu tertentu.

“Mungkin apa yang diperjuangkan hanya bersifat retorik semata-mata dan ia tidak akan memberikan sebarang impak yang besar kepada penentu kuasa politik.

“Rakyat sudah matang serta boleh berfikir secara rasional malah mampu menilai dalam membuat keputusan tepat terutamanya dalam perkara ini,” katanya.

Tambah beliau, kenyataan agar tidak “bermusuh” dengan pertubuhan bukan kerajaan itu seolah-olah berbaur ugutan kepada parti-parti politik.

“Kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim seolah-olah berbaur ugutan kepada parti-parti politik dan ini jelas membuktikan bahawa Perkasa mempunyai agenda yang lebih bersifat peribadi bukan kepada komuniti.

“Mungkin agenda serta tujuan kewujudan Perkasa tertumpu kepada kepentingan peribadi bukan komuniti seperti yang dikatakan.

“Kita tidak tahu apa motif mereka jadi buat masa sekarang kita hanya perlu tunggu dan lihat sahaja,” katanya.

Malaysian Insider

Bangunan dalam pembinaan runtuh lagi di Terengganu

Seorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh dalam satu kejadian petang Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Pauzan Ahmad berkata buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya empat rakan mangsa dilaporkan cedera termasuk seorang cedera parah akibat dihempap dan terjatuh dari para besi yang runtuh ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit di bangunan itu pada kira-kira pukul 5.10 petang.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum diperolehi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

"Ketika sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan tangki air di tingkat empat bangunan itu iaitu di ketinggian lapan meter, para besi yang diduduki oleh beberapa pekerja tiba-tiba runtuh bersama konkrit tangki air yang masih belum keras.

"Konkrit bersama para besi itu kemudian menimpa beberapa orang lagi pekerja Bangladesh yang sedang melakukan kerja-kerja membancuh simen di bawah," katanya.

Bernama

Umno Bukit Bendera Belakangkan Zahid

Tindakan perletakan jawatan beramai-ramai ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Bendera hari ini bagi membolehkan bekas ketua mereka, Datuk Ahmad Ismail untuk kembali menerajui bahagian berkenaan dilihat sebagai tamparan besar bagi Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang.

Semua 36 ahli jawatankuasa bahagian menandatangani surat perletakkan jawatan yang akan dikemukakan pada Mesyuarat Perhubungan Negeri Umno Pulau Pinang yang dijadualkan pada penghujung bulan April.

Menurut Ketua Bahagian Bukit Bendera, Abdul Jalil Ariffin mereka yang melepaskan jawatan menuntut supaya Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan bagi membolehkan Ahmad memimpin semula bahagian itu.

Abdul Jalil yang ketika itu Timbalan Ketua Bahagian mengambil alih daripada Ahmad apabila beliau digantung keahliannya selama tiga tahun pada 10 September 2008 kerana membuat kenyataan berbaur perkauman bahawa masyarakat Cina adalah pendatang di negara ini dan tidak layak menuntut hak yang sama dengan Bumiputera.

Walau bagaimanapun Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat pada 4 Disember 2009 memutuskan untuk menerima rayuan Ahmad dan sekali gus membatalkan hukuman penggantungan ke atas beliau.

Persoalan timbul samada tindakan 36 ahli jawatankuasa bahagian itu mendapat persetujuan atau restu Ahmad Zahid sebagai pengerusi perhubungan negeri.

Jika tidak adakah beliau berani untuk mengambil tindakan disiplin terhadap kumpulan tersebut yang membelakangkan serta tidak menghormati kedudukan ketua Umno negeri?

Suara-keadilan

Isnin, 29 Mac 2010

Paku Karat Jadi Barang Berharga Dalam Umno

Gambar diciplak daripada Malaysiakini

Kenapa orang Umno dan pemimpinnya suka sangat dengan barang terpakai yang dicap sebagai racis, samseng, gedebe, lok-laq untuk dipilih semula sebagai ketua mereka? Dah tak dak orang lain ka yang boleh pimpin Umno untuk jadi lebih baik sikit hingga Bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail nak dinobat semula sebagai ketua mereka. Mengapa yang buruk kelaku, buruk perangai, suka cetuskan sentimen kaum hendak dijulang sebagai wira dalam Umno?

Peribahasa 'bapa borek anak rintik ' jadi kenyataan dalam Umno. Kalau pemimpin paling atas pun terpalit dengan dakwaan moral yang buruk sudah tentu yang di peringkat cawangan dan Bahagian Umno terikut-terikut dengan apa yang berlaku kepada ketua mereka.Bolehkah Presiden Umno Najib pertikai moral Chua Soi Lek?

Dalam laporan Malaysiakini JK Bahagian Umno Bukit Bendera Letak Jawatan melaporkan;

Umno bahagian Bukit Bendera hari ini mengumumkan peletakan jawatan 36 anggota jawatankuasanya bagi membolehkan pemilihan baru diadakan semula.

Perletakan jawatan beramai-ramai itu bagi membolehkan bekas ketua mereka, Datuk Ahmad Ismail untuk kembali menerajui bahagian berkenaan.

Semua 36 anggota jawatankuasa bahagian itu menandatangani surat peletakkan jawatan yang akan dikemukakan pada mesyuarat perhubungan negeri Umno Pulau Pinang yang dijadualkan pada penghujung bulan April.Menurut ketua bahagian Bukit Bendera, Abdul Jalil Ariffin semua mereka menuntut mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi membolehkan Ahmad memimpin semula bahagian itu.

Mesti baca;
'Hilang RM546b': Menteri diminta letak jawatan
-Malaysiakini

Terus Utuh Bersama Pakatan Rakyat -Murshidul Am Pas

KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN


PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

Harakahdaily

RM52 Bilion Saham Bumiputera Hilang

Berita Malaysiakini;

Ahli parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini meminta penjelasan di Dewan Rakyat mengenai RM52 billion saham bumiputera yang dilaporkan 'hilang' daripada tangan bumiputera di Bursa Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasannya itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.

Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”

Lim menggesa kerajaan menyiasat apa yang berlaku dengan saham berkenaan yang didakwa lazimnya diagihkan kepada kroni BN.-Malaysiakini

Tu baru bumiputera didahulukan. Apakah Perkasa tak mau buat laporan polis terhadap mereka yang terlibat jahanamkam hak bumiputera?Tunggu apa lagi..

Chua Soi Lek dengan Najib mana nampak lebih bersih?

Dr Chua Soi Lek telah berjaya memenangi jawatan Presiden MCA kalahkan 'dua Ong' iaitu Ong Ka Ting dan Ong Tee Kiat. 'Dua Ong' betul -betul 'tak ada ong' (untungla). Walaupun Dr Chua Soi Lek pernah terpalit dengan video seks panas dan beliau telah mengaku buat kerja tu dan letak jawatan sebagai Menteri dan jawatan dalam parti MCA. Kini beliau dah kembali dengan berjaya sebagai Presiden MCA. Itu pilihan perwakilan dan demokrasi dalam pemilihan pucuk pimpinan parti. Tak boleh nak kata apa.

Antara dua Presiden dalam parti BN ini mana nampak lebih bersih daripada segi moral?PM Najib dan isterinya Rosmah Mansor sering dituduh pihak media bahawa beliau terlibat dengan kes Altantuya wanita manis cantik molek yang dibom hingga berkecai dengan bom c4. PM Najib bagaimanapun menafikan pembabitan beliau dengan kes tersebut malah beliau nafi tak kenal pun Altantuya.Dalam akuan bersumpah yang pertama penyiasat persendirian P.Subaramaniam dan dalam berita Malaysiakini Najib dituduh bersama Alatantuya mendedahkan penglibatan Najib dalam kes tersebut.

Bagaimanapun PM Najib menganggapnya sebagai pembohongan yang dahsyat terhadap diri beliau.Terkini MP Bebas , Zulkifli Noordin mengatakan ada pihak tawarkan beliau ganjaran untuk fitnah Najib dalam isu Altantuya. Bagaimanapun kaki cakap berbelit-belit itu tidak pula mahu dedahkan siapa yang terlibat. Musa Hasan Ketua Polis Negara kata beliau akan panggil Zul untuk disiasat dakwaan tersebut.

TGNA bukan lagi Murshidul Am Pas: Macam mana boleh tersilap?

mStar Online melaporkan Nik Aziz Bukan Lagi Murshidul Am Pas Sejak Tiga Bulan Lalu;

Tanpa disedari Datuk Nik Aziz Nik Mat sebenarnya bukan lagi Mursyidul Am PAS sejak tiga bulan lalu ekoran kesilapan teknikal dalam parti.

Malah seluruh anggota Majlis Syura Ulama seramai 15 turut terlucut jawatan mereka secara automatik selepas pindaan perlembagaan parti yang berkuat kuasa awal tahun ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Nik Aziz boleh dipilih semula selepas Majlis Syura Ulama dilantik semula selepas mesyuarat semalam.

"Terpulang kepada majlis yang baru sama ada mahu mengekalkan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am and Datuk Dr Haron Din sebagai timbalan," katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, jurucakap pejabat Setiausaha Agung parti, Mohd Khairol Marzuki memberitahu, Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pindaan perlembagaan itu Januari lalu.

Pindaan itu katanya, ialah menambah tempoh sesi anggota majlis syura kepada lima tahun berbanding tiga tahun sebelum itu.Baca lagi di sini

Macam mana dah tiga bulan baru sedar kesilapan teknikal?

Ahad, 28 Mac 2010

Tun Mahathir terus hentam Pak Lah gelar "Mr Corridor"

Walaupun mantan Perdana Menteri itu sudah bersara daripada jawatan selama setahun namun beliau masih menjadi sasaran lidah tajam Dr Mahathir yang terus mengkritik dasar-dasar pentadbiran Abdullah yang tidak selari dengan pemikiran beliau.

Pada mesyuarat Perkasa tersebut Dr Mahathir menggunakan kesempatan itu untuk memperli kepimpinan Abdullah yang dianggap sebagai kerajaan yang hanya tahu memperkenalkan koridor ekonomi dan bukan pembangunan ekonomi.

Abdullah bersara pada April 2009, setahun selepas Umno-Barisan Nasional mengalami kekalahan yang amat memalukan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Situasi sekarang lebih baik daripada zaman pemerintahan Pak Lah. Semasa Pak Lah menjadi PM, saya langsung tidak boleh bercakap. Saya juga tidak dijemput oleh sesiapa. Dia seorang yang liberal dan demokratik tetapi orang seperti saya tidak dibenarkan bercakap. Tetapi Najib beri saya peluang bercakap maka dia seorang yang baik. Najib mempunyai idea untuk negara.

"Harapan saya untuk Datuk Seri Najib adalah lebih lagi berbanding penyandang, "Mr Corridor". Terlalu banyak koridor tetapi apa yang kamu boleh jumpa dari semua koridor tersebut? Media seharus membuat laporan terhadap semua koridor tersebut sepanjang 5 tahun itu dan apa yang sudah dibuat," kata bekas Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan itu.

Dalam majlis yang menyaksikan adegan mencium keris oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, beliau juga menyalahkan penggantinya itu sebagai penyebab utama situasi ketegangan kaum sekarang dan kononnya Malaysia lebih bersatu semasa 23 tahun di bawah pentadbirannya.

Suara-Keadilan

Sudah-sudah lah Tun Mahtahir umur pun dah senja tak lama lagi Allah Taala dah nak jemput, bawa-bawa bertaubat lah sepanjang Tun jadi PM terutamanya berkaitan agama Islam banyak kenyataan Tun yang merapu tentang Islam. Hanya Brahim Ali saja yang mampu sedekahkan "ampunya" pada Tun.

Sabtu, 27 Mac 2010

Kita Jangan Jadi Yahudi Ortodok

Ketika kita sedang seronok menjerit Melayu ! Melayu ! Melayu ! untuk kaut keuntungan politik murahan askar Yahudi sedang menembak , membaham dan memamah umat Islam Palestine . Darah umat Islam Palestine sentiasa basah di bumi mereka sendiri akibat kejahatan dan kezaliman Yahudi Laknatullah yang semakin ganas membesarkan wilayah yang bukan hak mereka.Itulah Yahudi bangsa yang dilaknat Allah dalam al-Quran.

Moga kita orang Melayu dan rakyat Malaysia lain yang berbilang kaum tidak menjadikan Yahudi sebagai contoh untuk terus berkuasa.Kita kena terima hakikat yang jiran tepi kita , kanan dan depan kita adalah bangsa dan agama yang berbeza, ini hakikat yang kita kena terima.Lainlah yang duduk diceruk kampung yang komunitinya hanya satu bangsa boleh lah berkokok sakan nak bela kaum kerabat kita .

Tapi yang duduk dalam bandar bukannya hanya satu bangsa tapi semua bangsa dan agama ada.Umno-Bn menang boleh perintah 'Satu Malaysia' pun bukan hanya undi Melayu tapi undi semua kaum dan mereka adalah rakyat yang membayar cukai! Begitu juga Pakatan Rakyat menang kerusi Parlimen dan Negeri juga adalah undi semua kaum yang ada di Malaysia ni.Ini kenyataan yang kita kena terima.Boleh ubahka?

Percayalah slogan Melayu ini akan berterusan hinggalah PRU-13 akan datang dan seterusnya selagi 'gula-gula Melayu' masih sedap 'dikulum' dan 'dihisap' oleh orang Melayu seperti Brahim Ali dan Umno.Semoga kita orang Melayu berhentilah daripada ketagihan palsu yang diberikan oleh mereka.Cukuplah yang dah lepas -lepas tu.Hisap dan kulum banyak-banyak lama-lama gigi kita pun boleh reput !Slogan pertahan hak Melayu ini akan menjadi lemah apabila Umno-Bn berkuasa penuh dalam Parlimen dan berjaya rampas kembali negeri -negeri yang ditawan Pakatan Rakyat.

Teringat aku akan kata -kata Tok Guru Nik Aziz , "Melayu laku ka di Padang Mahsyar kelak, berapa sen nilai Melayu di Padang Mahsyar , Allah tanya ka kita ni Melayu, Cina atau India?"

Beza orang beriman dengan tak beriman ni taqwa bukan Melayu, Cina atau India.

Wallah hu a'lam

Yang Perkosa Hak Melayu Tu Sapa? Takat Cium Keris Je lah

Gambar di atas adalah daripada Malaysiakini

Perkasa yang taksub perjuangkan Melayu nampaknya akan 'gantikan Umno' sikit masa lagi .Kita orang Melayu ni dibuai-buai oleh perkataan Melayu oleh pertubuhan Perkasa. Tak dak beza banyak Perkasa dan Umno. Masing -masing jadikan keris sebagai simbol. Kalau Umno cium keris, Perkasa juga cium keris. Kononnya keris tu keris keramat. Perkasa juga sokong Utusan Malaysia yang dipunyai kaum kerabat Umno.

Orang gila main nombor ekor pun cari keris lama, keris boleh menari, keris boleh picit untuk tujuan syirik nak cepat kaya. Adakah perbuatan mencium keris tu tak jadi dosa? Tujuan apa keris dicium? Adakah dengan cium keris orang Melayu boleh kaya, boleh hilang taraf papa kedana kepada hidup senang lenang? Boleh ka ?

Presiden Ahmadinejad yang amat sederhana hidupnya terus pacu rakyat Iran dengan memiliki loji nuklear dan terus bawa rakyat Iran ke dunia yang lebih maju tanpa merasa gentar dengan ugutan kuasa besar dunia Amerika Syarikat. Tapi kita nak ajak orang Melayu mundur ke belakang dengan main sentimen bangsa untuk apa?Yang perkosa hak Melayu tu sapa? Adakah Cina dan India?Kalau setinggan Melayu di Kuala Lumpur , tanah orang Melayu di Kuala Lumpur pun kita tak mampu nak bela nak berjuang Melayu apa?

Siapa yang sapu tanah Rezab Melayu untuk diberikan kepada bukan Melayu?Siapa yang pinda Kanun Tanah Negara hingga menyebabkan tanah orang Melayu hilang begitu saja ?

Sepatutnya Brahim Ali tak layak jadi Presiden Perkasa kerana dirinya sendiri tidak ada pendirian dalam berpolitik. Orang yang tak ada pendirian bolehkah jadi ketua yang bersih?Mengapa kita dimomokkan dengan perkataan Melayu hanya untuk kaut keuntungan politik bukan untuk kepentingan orang Melayu.Kita rasa seronok dengan salakan hidup Melayu , rasa bangga julang keris dan kucup tapi dalam masa yang sama habuk pun tarak! Takat cium keris je lah..Hak orang Melayu tak dirampas oleh bukan Melayu tapi pemimpin Melayu sendiri yang gadaikan hak Melayu kepada bukan Melayu.

Baca juga ;
Dr Mahathir: Kepercayaan Melayu terhadap Umno terhakis-Malaysiakini
Mahathir: buktikan Melayu 'rampas' hak bukan Melayu-Malaysian Insider

Pemuda Umno Kena 'Perkosa' Dengan Perkasa

Aku tak mau nak usik -usik mensyuarat agung Perkasa iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang sedang bersemangat bermesyuarat perjuangkan Melayu sejati di PWTC Bangunan Umno dan dirasmikan oleh mantan PM Tun Mahathir . Apa yang menarik ialah amaran Brahim Ali Presiden Perkasa kepada Pemuda Umno. Brahim Ali membidas Pemuda Umno yang dituduh perlekehkan Perkasa.

Dalam laporan Malaysiakini Perkasa akan terus tentang Malaysian Malaysia , Ibrahim Ali menempelak Pemuda Umno;

Pada ucapannya itu, Ibrahim juga membidas Pergerakan Pemuda Umno secara tidak langsung.

“Pada zaman Pemuda Umno dulu, perhimpunan seperti hari ini tak diperlukan.

“Kalau tiada keberanian jangan nak perlekeh perjuangan Perkasa. Bukan hendak bermusuh dengan mana-mana pihak, tetapi Perkasa proaktif, mewakili kepentingan orang orang Melayu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” jelas Ibrahim.-Malaysiakini

Khairy Jamaludin Ketua Pemuda Umno Malaysia patut rasa malu dengan sindiran Brahim Ali yang cuba menggantikan Pemuda Umno dengan Perkasa disisi PM Najib. Seolah-olah macam ada satu konspirasi secara halus untuk jatuhkan Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno. Adakah Tun Mahathir yang bencikan menantu Pak Lah tu dah berpakat dengan PM Najib , Brahim Ali dan Mukhriz yang kalah ditangan Khairy rebut jawatan Ketua Pemuda Umno sedang berpakat secara halus 'perkosakan' Khairy?

Dalam laporan Malaysian Insider pula Jangan bermusuh Perkasa jika mahu menang pilihanraya Brahim Ali juga bagi amaran kepada parti- parti politik supaya tidak perlekehkan Perkasa;

“Orang berkata Perkasa hendak bersaing dengan Umno. Kita bukan bersaing dengan mana-mana parti, kita bukan bertanding dalam pilihan raya.

“Tetapi jangan bermusuh (dengan Perkasa) jika mahu menang pilihan raya, kalau bermusuh mereka akan rugi.

“Kami mahu parti-parti politik ambil tindakan proaktif,” kata beliau dalam ucapan pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Perkasa di sini hari ini.

Ia dirasmikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.-Malaysian Insider

Dulu Brahim Ali bersama-sama dalam Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) sekarang apa dah jadi dengan MTRK kita pun tak tahu , tak dengar suara dah, ghaib ghuyub tah ke mana.

1Malaysia Untuk Najib-Rosmah, 1Malaysia Untuk Rakyat Yang Ditindas

Kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Kuala Kubu Bharu dalam ceramah pembukaan kempen di Hulu Selangor, Pakatan Rakyat dengan kerjasama semua parti gabungan akan memilih calon prk Hulu Selangor di kalangan orang yang berwibawa, teguh dasar perjuangan dan tidak mudah dibeli dengan sogokan wang ringgit.

"Bagi Hulu Selangor saya nak beri jaminan kita pilih calon dari kalangan PAS, DAP, KEADILAN yang layak ilmunya, baik pendirian politik, teguh dasar perjuangan serta tidak bimbang sama sekali dia termakan sogokan wang ringgit dan menjadi alat perkakas Umno dan Barisan Nasional.

"Saya minta kerjasama dan sokongan siapa sahaja kita umumkan setelah kita sepakat dengan ketiga-tiga parti," ucap Anwar dihadapan lebih 10,000 penyokong di Stadium Kuala Kubu Bharu malam tadi.


Ceramah malam tadi boleh dianggap sebagai permulaan secara tidak rasmi kempen pilihan raya kecil yang bakal diadakan tidak lama lagi bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Anwar berkata Malaysia perlu diselamatkan daripada kerakusan dan kezaliman umno-BN kerana keadaan negara semakin terancam dan rakyat tidak lagi selamat.

"Walaupun Najib kata 1Malaysia sebenarnya kita ada 2Malaysia - satu Malaysia untuk Najib dan Rosmah dan satu Malaysia lagi untuk rakyat bawahan yang senang ditindas, dipijak.

"Kita berdepan dengan suatu kuasa zalim yang merompak harta rakyat tidak mengapa walau sebesar gunung mana bukti kita beri tapi lepas semua. Sebab itu ada dua Malaysia," kata Anwar lagi- Suara-Keadilan.com

'Anjing penyerang Bn' akan digunakan di prk Hulu Selangor?

MP Bebas Zulkifli Noordin kata beliau sedia berjumpa PM Najib untuk minta maaf dan sekarang PM Najib pula kata beliau sedia jumpa Zulkifli Noordin untuk 'tanya kabar' mengenai isu Altantuya yang dikata Zul beliau ditawarkan ganjaran untuk libatkan Pm Najib dan bininya Rosmah Mansor . Kata PM Najib dalam laporan Malaysiakini Najib sedia jumpa Zulkifli Noordin;

Mengulas mengenai hasrat Zulkifli tersebut, perdana menteri berkata: "Saya suka untuk bertemu beliau. Saya mahu mencari kebenaran kerana saya percaya kebenaran akan muncul juga akhirnya."-Malaysiakini

Zulkifli Noordin hingga sekarang tak dedahkan siapa yang terlibat untuk bagi ganjaran .Cakapnya berpusing-pusing .Sapa yang pandai teka dan ada ilmu laduni bolehlah baca karektor Zul bila bercakap.

Dalam prk parlimen Hulu Selangor tak berapa lama lagi adakah MP-MP Bebas ini akan turun padang bantu Umno-Bn untuk hadapi Pakatan Rakyat? Mereka yang digelar Saifuddin Nasution sebagai 'anjing penyerang Umno-Bn' ini mungkinkah gunakan kesempatan di prk Hulu Selangor untuk jadi 'tukang sapu' kepada tuan barunya.Kita tunggu dan lihat.

Baca juga ;
Pakatan mula kempen di Hulu Selangor-Malaysiakini
Hulu Selangor: Najib mahu temui Samy bincang wakil-Malaysian Insider
Hulu Selangor : Komposisi kaum bagi kelebihan pada PR-Harakahdaily

Jumaat, 26 Mac 2010

Tanah Kubur Masih Merah Umno- Mic Berebut Nak Jadi Calon

Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin sudah selamat dikebumikan. 'Perang' untuk menjadi calon BN antara Mic dan Umno bagi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor nampaknya sudah bermula. Belum apa-apa lagi 'kuda tua' Mic yang juga Presiden Mic , Samy Vellu dah nak calonkan semula 'barang kitar semula' iaitu Palanivel Timbalan Presiden Mic sebagai calon untuk bertanding di Hulu Selangor.

Malaysiakini dalam beritanya Sah :MIC akan calonkan Palanivel mengatakan;

MIC akan mencadangkan timbalan presidennya, Datuk G Palanivel sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bagaimanapun, tidak mahu menyatakan peluang MIC untuk merampas balik kerusi tersebut yang terlepas ke tangan PKR pada 2008.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau secara berseloroh berkata: "Biar saya hubungi Tuhan dan tanya padanya. Dia tidak senang sekarang."

Umno juga mahu bertanding di Parlimen Hulu Selangor sama macam Mic. Parlimen Hulu Selangor pengundi majoritinya adalah Melayu (53.9%) , Cina (26.7%) dan India (19%).
Dalam laporan Malaysiakini , Umno: Kami mampu rampas kerusi Hulu S'langor berkata,

Ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata Umno telah membuat desakan tersebut sejak tahun 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan memutuskan untuk memberi kerusi kepada MIC.

"Umno sentiasa meminta kembali kerusi berkenaan kerana ia adalah kehendak akar umbi yang mahu kita bertanding kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Parti Keadilan Rakyat pula mesti bijak memilih calon jangan lagi terperangkap dengan orang-orang yang berperangai seperti Zulkifli Noordin, Zahrain, Mohsin yang jadi 'anjing penyerang BN' di Parlimen.

Baca juga;
Jenazah MP Hulu Selangor selamat dikebumikan-Malaysian Insider
Pemergian Dr Zainal satu kehilangan besar-Presiden Pas

Pengundi Parlimen Hulu Selangor Wajib Tumbangkan Talibarut Israel


Tidak ada penyakit yang tidak dapat diubati kecuali penyakit tua dan ketetapan Tuhan iaitu mati. Ajal yang menjemput kita tidak lambat sesaat dan lebih sesaat pun untuk hantar kita ke alam barzakh. Yang pergi tetap pergi perjuangan melawan kezaliman Umno-Bn mesti diteruskan demi masa depan anak cucu kita dan negara yang kita sayangi ini.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya macam dah tak sabar nak adakan pilihanraya kecil di Parlimen Hulu Selangor tidak seperti acahan dan main-main adun Titi Tinggi di Perlis yang merajuk tak dapat jadi Exco. Perangai MCA dan Umno sama dalam hal yang libatkan kebendaan. SPR dan Speaker dun Perlis boleh pulak main tarik tali isu perletakkan jawatan adun Titi Tinggi.

Di celah- celah keributan penglibatan kerajaan Umno-Bn yang jadi tali barut Israel dengan mengambil syarikat APCO sebagai perunding imej negara untuk promosikan 1Malaysia Allah menguji kita dengan diadakan pilihanraya kecil di Hulu Selangor.Allah bagi pilihan kepada kita sebagai umat Islam dan orang Melayu masih mahukah lagi bersekongkol dengan parti Umno -Bn yang jelas melukakan hati umat Islam di Malaysia dan seluruh umat Islam di dunia.

Tidak guna Pemuda Umno berkokok lantang , menyalak-nyalak benci Israel kerana membunuh umat Islam Palestine tapi dalam masa yang sama Umno-Bn salurkan projek kepada syarikat Israel Laknatullah. Harakahdaily dalam beritanya Apco serlahkan Umno talibarut Israel memetik kata-kata Naib Presiden Pas Mahfuz Omar yang menganggap Umno tali barut Israel:

Beliau berkata demikian kerana Umno tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat tersebut walaupun syarikat itu dikatakan umum sebagai pro zionis Israel.

"Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco)," jelas beliau petang tadi.

Tidak cukup dengan itu, kata beliau, tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.

"Kalau Umno tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco nak beri nasihat supaya Najib dilihat baik, 1Malaysia direalisasikan.

"Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara sendiri terdedah pada pihak luar,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyuarakan rasa curiga pada kerajaan kerana melantik Apco secara tender yang eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush).

"Kesemua mereka jelas pro zionis Israel, sebab itu rakyat perlu diberitahu atas asas apa mereka ini dipilih," jelasnya.

"Dengan pemilihan Apco ini, apakah membabitkan individu di dalam kerajaan sendiri kerana ini bukan tender terbuka, dilanti khusus untuk perbaiki imej Najib."

Pendedahan Ahli Parlimen Machang di Parlimen Saifuddin Nasution mengenai buruknya akhlak pemimpin Umno yang menjadikan arak sebagai hidangan sambut majlis ulang tahun perkahwinan dan adanya pemimpin Umno yang tertidur di meja judi menggambarkan pemimpin Umno semakin jauh daripada nilai-nilai agama Islam yang amat menitik beratkan akhlak yang terpuji. Arak dan judi dah jadi teman setia Umno.Jauhkan diri anda daripada Umno yang semakin korup dan sesat.

Berkaitan;
Pilihanraya kecil Hulu Selangor dijangka 'curi tumpuan'-Malaysian Insider
Dr Zainal: Pejuang parti yang sukar dicari ganti-Suara-Keadilan
MP Hulu Selangor meninggal dunia-Malaysiakini

Khamis, 25 Mac 2010

Ahli Parlimen (Keadilan) Hulu Selangor meninggal dunia

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor, Zainal merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.-Malaysiakini

Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa beliau dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Ucapan takziah buat keluarga beliau. Daripada Allah kita datang kepada Allah jualah kita akan kembali- Wallah hu a'lam

Kes Raba Punggung: Mengapa Tidak Caj Jamaludin?

Ahli Parlimen Bukit Gelugor mempersoalkan mengapa tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang pekerja hotel dua tahun lepas yang mendakwa dirinya dicabul oleh Jamaludin.

Ketika membahas titah Yang DiPertuan Agong Karpal berkata sehingga kini kes tersebut seolah-olah dilupakan dan tidak ada sebarang tindakan terhadap Jamaludin yang juga Ahli Parlimen Rompin.

"Saya mahu Peguam Negera memberi penjelasan mengapa tidak ada tindakan undang-undang kepada duta tersebut. Laporan polis bahawa beliau didakwa mencabul kehormatan seorang gadis telah dibuat tetapi kenapa beliau tidak dihadapkan ke mahkamah? Kalau gadis itu membuat laporan polis palsu terhadap duta itu maka gadis itu boleh didakwa dalam mahkamah kerana membaut laporan yang tidak benar," kata ahli politik veteran itu.

Pada 19 April 2008 seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai pelayan hotel telah membuat laporan polis ke atas bekas seorang menteri dua hari lepas di sebuah balai polis di Kuala Lumpur kerana didakwa melakukan ganggu seks ke atasnya dengan memegang tangan dan meraba punggungnya.

Kejadian itu didakwa berlaku di Kelab Havana Hotel Meridien di KL Sentral ketika gadis itu sedang melayan dan menyediakan minuman keras untuk menteri berkenaan.

Laporan polis telah dibuat oleh teman lelaki pelayan tersebut.

Suara-Keadilan

Buruknya kelaku pemimpin-pemimpin Umno yang beragama Islam. Ada yang kaki raba, kaki botol atau 'taik ayaq', kaki judi dan macam-macam kaki ada. Kita patut rasa malu bila pemimpin bukan Islam mengkritik kerajaan dalam isu judi dan arak.

Gantirugi RM2.5 juta tak dapat kena pulak bayar kos RM50 ribu

Dalam sibuk-sibuk nak pinda akta zalim ISA di parlimen dan dah tak jadi pun nak bincang seorang bekas tahanan ISA , Malek Hussain telah gagal dalam tuntutan samannya terhadap pihak kerajaan yang berjumlah RM 2.5 juta. Mahkamah Rayuan dah putuskan kerajaan tak perlu bayar. Apa boleh buat kalau Malek dapat duit tu jadi jutawan la. Mahkamah Tinggi dah bagi 'green light' dah kat Malek untuk jadi jutawan tapi telah disekat oleh Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan juga suruh Malek bayar RM 50,000 kepada pihak yang disamannya sebagai kos gantirugi perbicaraan.

Nasib-nasib sudah jatuh ditimpa tangga, terpijak pulak taik ayam.Sapa -sapa yang tak dak duit kalau nak naik turun mahkamah kena pikir banyak kali jangan dok seronok tak ketawan hala nak dapat duit saman. Malek kata beliau akan bawa pulak kesnya itu ke Mahkamah Persekutuan untuk dapatkan 'kembali' duit yang telah diberikan oleh Mahkamah Tinggi.

Baca;
Bekas tahanan ISA hilang ganti rugi RM2.5 juta-Malaysiakini

Musa Hasan Bohong Ada Ijazah Undang-Undang?

Di ambang persaraan beliau daripada pasukan polis yang diceburinya lebih 30 tahun, satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung dakwaan mengenai latar belakang pendidikannya semasa perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Damansara Utama pada pukul 2.30 petang tadi oleh Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Lee Hoy Sian serta penyokong parti KEADILAN.

Menurut Sivarasa , Musa menyatakan beliau mempunyai ijazah undang-undang tetapi memberitahu
Mahkamah Sesyen pada 2009 beliau mempunyai diploma undang-undang dan kajian pengurusan.

Beliau mendedahkan maklumat itu semasa perbicaraan rasuah bekas Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuff.

"Semasa kes perbicaraan Anwar pada tahun 1998 di mana Musa Hassan sebagai Pegawai Siasatan, beliau menyatakan di depan Hakim Augustine Paul dengan mengatakan beliau mempunyai ijazah apabila disoal oleh peguam Christopher Fernando.

"Tetapi semasa di Mahkamah Sesyen Sabah, Musa dalam prosiding kehakiman memberitahu beliau mempunyai diploma undang-undang dan kajian pengurusan,

"Ini bermakna Musa telah memberikan kenyataan palsu bahawa beliau mempunyai ijazah undang-undang ketika disoal balas dalam perbicaraan Anwar, tetapi pada hakikatnya beliau cuma mempunyai diploma undang-undang.

"Musa boleh disiasat di bawah seksyen 191 kanun keseksaan kerana memberi kenyataan palsu di
dalam prosiding kehakiman", kata Sivarasa kepada Suara Keadilan.

Suara-Keadilan

Zulkifli Noordin kena minta maaf pada pengundi Kulim Bandar Baharu

Dalam berita bernama Zulkifli Noordin Akan Jumpa , Minta Maaf Pada PM kononnya beliau telah banyak lakukan kesilapan.

Bagaimana pulak dengan nasib para pengundi Kulim Bandar Baharu yang telah pilih beliau?Takkah rasa berdosa tipu para pengundi yang angkat beliau jadi MP. Kalau kepada PM Najib Zul rasa bersalah boleh pulak nak pi melutut, dengan para pengundi Kulim Bandar Baharu juga Zul kena minta maaf. Walaupun beliau dipecat daripada PKR tapi puncanya adalah daripada beliau sendiri.

Berkaitan;
Rupa-rupanya Zulkifli Noordin melompat untuk jadi tukang cuci-Penarik Beca

'Stunami' melanda Johor










Sebahagian telah diroboh.. dan sebahagian akan dirobohkan 3 hari lagi.. yang terlibat seluruhnya dianggarkan 2oo rumah lebih.. begitulah yang dikhabarkan...
Antara rintihan kanak2 disitu " Ayah kita nak tidur kat mana malam ni"....
Location: Denai Pingiran JB.. Johor -Daripada facebook Khalim Sakib











Rabu, 24 Mac 2010

Selepas Zahrain , Zul pulak kata nak kena upah..

Zulkifli Noordin MP Kulim Bandar Baharu berkata beliau telah diupah untuk fitnah PM Najib dan bininya Rosmah Mansor supaya dikaitkan dengan pembunuhan kejam ke atas wanita Monggolia ,Altantuya . Selepas Zahrain MP Bayan Baru yang dedahkan isu 16 september kini tiba pula giliran Zul untuk dedahkan segala yang terkandung dalam perutnya.

Dalam laporan Bernama -Dewan Rakyat: Zulkifli dedah tawaran "menggoyahkan iman" untuk fitnah Najib , Rosmah melaporkan;

Anggota Parlimen Bebas Zulkifli Noordin Rabu mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Wow.. kalau dah keluar parti , semua benda jadi busuk, jadi taik tak jadi wangi dah.Bantal peluk Zul dalam parti Keadilan dulu dah dibuang jauh-jauh. Kesian nasib para pengundi Kulim Bandar Baharu yang dapat MP kaki gelembong. Eloklah tu teruskan temberang , rakyat sedang perhatikan gelagat anjing-anjing penyerang Umno ni di Parlimen. Teruskan... sekali dua mohong ok la tapi kalau dah banyak kali ..orang tak percaya dah.

Cerita bab lain boleh la tapi kalau bab Altantuya...sapa nak percaya?

Sekarang ni musim orang yang keluar parti dapat tempat dalam media, mereka jadi popular. KPN Musa Hasan juga jadi popular sebab dedahkan ada pihak ketiga yang berkuasa dalam urusan polis.Tu pun dedah sebab dah nak pencen.

Baca juga;
Kes Altantuya : Zul dakwa diarah kaitkan PM, Rosmah- Malaysiakini
Zulkifli Noordin akan jumpa , minta maaf pada PM-Bernama

Umno-Bn lulus 60 cabutan judi bagi 2010

Oleh Faizal Ezzany

Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang gagal mengawal pengeluaran lesen judi dan memberi kelulusan 60 cabutan khas "Special Draw" untuk tahun 2010.

Pada sidang media yang diadakan di perkarangan lobi Parlimen Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook menjelas tindakan kerajaan memberi kelulusan kepada cabutan khas itu selain satu strategi untuk menambah hasil cukai negara boleh juga mendatangkan masalah sosial serta mengalakkan rakyat untuk terus berjudi.

"Kerajaan sepatutnya membatalkan kelulusan yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat perjudian bagi cabutan khas. Apa yang saya nak maklumkan di sini Kerajaan secara tidak sedar telah mengambil wang rakyat melalui cabutan khas itu," kata Loke.

Loke merujuk kepada pertanyaan lisan yang meminta Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak menjelaskan jumlah cukai dan duti yang dikutip oleh kerajaan melalui kelulusan cabutan khas itu.

"Dari jawapan bertulis yang diberikan kerajaan telah bersetuju membenarkan enam operator ramalan yang dilesenkan oleh kerajaan iaitu Sports Toto, Magnum Corporation, Pan Malaysian Pools (PMP), Sandakan Turf Club (STC), Diriwan Corporation dan Sarawak Turf dan Ekuestrian Club (STEC) bagi mengadakan cabutan khas sebanyak dua puluh hari cabutan khas secara serentak.

"Jumlah hasil yang dikutip oleh Kerajaan daripada cabutan khas tahun 2010 sehingga 16 Februari berjumlah RM21 juta," jelas beliau kepada media.

Beliau berkata kerajaan juga menggunakan khidmat operator nombor ramalan secara sistem pesanan ringkas (SMS) dengan jumlah kutipan cukai sebanyak RM1.2 bilion.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan tindakan segera perlu diambil dengan membatalkan kelulusan yang telah diberikan.

"Kerajaan perlu mengambil tindakan dengan membatalkan kelulusan yang telah diberikan, selain itu satu memorandum akan diberikan kepada Perdana Menteri meminta penjelasan dan pendirian kerajaan berhubung isu ini. Dalam memorandum itu kita akan dapatkan tandatangan kesemua Ahli Parlimen bagi menyatakan pendirian mereka mengenai masalah tersebut," kata Dr Dzulkefly.

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail pula menyokong desakan tersebut dan menyifatkan kelulusan yang diberikan itu sebagai jalan singkat kerajaan untuk mengumpul sumber kewangan negara yang semakin susut.

"Kelihatan tindakan kerajaan membenarkan lebih banyak cabutan ini kerana tekanan mencari sumber kewangan. Lebih banyak kelulusan yang diberikan maka lebih banyak wang masuk ke dalam akaun kerajaan, tetapi impak kelulusan itu kerajaan tidak pernah fikir atau ambil berat. Kita juga harap kerajaan mengawal kelulusan lesen judi jika ada permohonan baru dan semak semula penyambungan kontrak syarikat-syarikat yang sedia ada.

"Kesan yang akan timbul adalah masalah sosial dan wang dalam poket rakyat diambil oleh kerajaan dengan secara senyap. Dengan memorandum yang kita akan berikan Pakatan Rakyat berharap Menteri Kewangan dapat memberi jawapan dalam pengulungan hujahnya minggu depan," kata beliau.

Suara-Keadilan.com

Rumah Chegubard Dibaling Bom Petrol



Oleh G. Manimaran

Rumah ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBad, di Seremban menjadi sasaran serangan bom petrol awal pagi ini — dipercayai perbuatan bermotifkan politik.

Bagaimanapun kejadian itu tidak mengakibatkan kerosakan teruk kecuali kesan kebakaran di lantai dan dinding luar rumah teresnya yang terletak di Taman Chedang, Seremban.

Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata beliau sedar rumahnya dibaling dengan botol bom petrol kira-kira 1.30 pagi.

“Kira-kira 1.30 pagi tadi saya terdengar bunyi kaca pecah dan apabila saya dari keluar rumah, saya nampak api di luar rumah dan secara kebetulan jiran saya menggunakan air dari paip luar rumah untuk memadamkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi awal pagi.

Turut berada di rumah ketika kejadian ialah isteri dan dua anaknya.

Ini kali pertama rumahnya dibaling dengan bom petrol, kata beliau.

Keretanya juga mengalami kesan kebakaran tetapi tidak rosak teruk.

“Saya tidak pasti apa punca tindakan pihak yang membaling bom petrol ke atas rumah saya kecuali saya percaya ini dilakukan oleh musuh-musuh politik saya,” kata beliau yang lazimnya lantang menyuarakan isu berkaitan kepimpinan peringkat negeri dan juga pusat.

Bekas calon pilihan raya umum ke-12 bagi kerusi Parlimen Rembau ini membuat laporan polis kira-kira 3 pagi tadi.

“Berdasarkan maklumat diberikan jiran saya, mereka ada lihat dua orang yang menaiki motosikal membaling bom petrol ini,” katanya.

Malaysian Insider

Setelah tragedi Masjid diletak kepala babi hutan, gereja dan surau dibakar sekarang rumah ahli politik pulak dibaling bom petrol. Kerja siapa? Kalau tak puas hati jawab hujah dan bukti yang diberikan bukannya main kotor sedemikian rupa.

Selasa, 23 Mac 2010

Sorang tembun kenyang, sorang lagi ada saham judi

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mengatakan Zahrain Ahli Parlimen Bayan Baru yang melompat keluar parti Keadilan dan jadi Bebas sebagai seorang pembohong dalam isu peristiwa 16 September yang didedahkan Zahrain. Zahrain bukan setakat dedahkan dakwaaan yang mengaitkan nama Yang Di Pertuan Agong dalam peristiwa tersebut malah turut menyenaraikan nama-nama ahli parlimen BN yang akan turut serta menyertai 'projek 16 september' untuik bentuk kerajaan baru.

Lapor Suara Keadilan .com;

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan setelah beliau membidas Zahrain di dalam Dewan kerana menamakan nya sebagai salah seorang antara lapan Ahli Parlimen yang mahu melompat menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, Ghafur berkata zahrain telah berbohong.

"Saya tidak pernah lompat parti dan ini bererti Zahrain tidak menggunakan fakta yang betul.

"Media seperti Berita Harian, Utusan dan TV3 kata Anwar umpan saya, saya nak tanya siapa yang umpan siapa?,Saya minta Zahrain dedahkan semua 32 nama pemimpin wakil rakyat daripada Barisan Nasional yang ingin melompat.

"Apa yang boleh dikatakan di sini, Zahrain nampaknya sudah gemuk apabila sudah menjadi Ahli Bebas.Saya nak beritahu Zahrain, jangan dengar cerita orang buat masyarakat di tempat saya keliru dan saya mahu tanya kenapa sudah dua kali 16 September, baru kali ini buat keputusan. Tarikh tersebut sudah menjadi sejarah kenapa sekarang baru dipersoalkan," kata Ghafur kepada media.-Suara-Keadilan

Zahrain menembak ke kiri dan kanan tapi sayang peluru yang dilepaskannya akan makan dirinya sendiri.Nasibnya akan memyamai Brahim Ali yang begitu 'perkasa ' perjuangkan Melayu sejati tapi sayang dituduh terpalit pulak dengan syarikat judi.Elok lah puak-puak ni dok selonggok macam buah durian yang dah terkoyak kulit yang dijual kira longgok tak kira kilo dah. Umno nak beli belilah borong semua sekali boleh juga dibuat tempoyak tahan lama sekurang-kurangnya hingga sampai pru akan datang.

Ni nak tambah sikit lagi, kata lagi Datuk Ghafur dalam Malaysian Insider- Ghafur desak Zahrain minta maaf dedah namanya sertai Pakatan;

Beliau turut mempersoalkan tindakan Zahrain menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai komunis.

“Bolehkah dalam dewan ini tunjuk satu orang antara kita ini komunis. Ini (tuduhan Zahrain) bukan bukti, ini salah dari segi peraturan, mana boleh duduk dalam Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri seorang komunis,” kata beliau dipetik Bernama.

Abdul Ghapur turut mempersoalkan tindakan Zahrain yang meninggalkan PKR dua tahun selepas mengetahui pembohongan peristiwa 16 Sept yang diilhamkan Anwar.

“Sekarang sudah jadi Bebas dan kemudian nanti mahu masuk Umno. Jangan terima orang seperti ini. Kalau dia boleh gigit ketua dia, dia boleh gigit ketua kita juga,” katanya.



Berkaitan;
Zahrain penipu besar-Malaysiakini
Saifuddin: "Pejuang Melayu tulen ada saham judi"-Malaysiakini

Adun Titi Tinggi Letak Jawatan : Beliau Lebih Bermaruah Daripada Wakil Rakyat Lompat Parti

Malaysiakini dalam beritanya Adun Bn Titi Tinggi Letak Jawatan melaporkan ;

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.

Perletakkan jawatan sebagai adun Titi Tinggi itu akan membawa kepada pilihanraya kecil untuk pilih wakil rakyat baru. Jika benar Yip Sun Onn berbuat demikian dan tidak tarik balik perletakkan jawatannya beliau lebih di lihat bermaruah daripada wakil-wakil rakyat di kalangan ahli parlimen yang melompat parti seperti MP Zulkifli Noordin, Zahrain , Mohsin dan yang lain-lain.MP-MP ni memang tak dak maruah, muka tak malu.

Berkaitan;
Adun Titi Tinggi letak jawatan BN sedang pujuk-Malaysian Insider

Biasa la polis kalau nak pencen...

Tak lama lagi Ketua Polis Negara akan berundur dan digantikan oleh KPN yang baru. Di akhir-akhir dan hujung-hujung kuasa yang masih ada maka Musa Hasan Ketua Polis Negara berkata ada pihak ketiga yang campur tangan dalam urusan polis. Maknanya kuasa polis juga ditentukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan yang duduk di luar bidang kuasa polis tapi amat berkuasa. Musa Hasan hanya sekadar cakap pihak ketiga. Nama tak sebut .

Sapa pihak ketiga itu? Takkan pemimpin Pakatan Rakyat kot?Pemimpin politik Pakatan Rakyat masuk lokap dan penjara ada la. Yang menyumbatkan pemimpin Pakatan Rakyat dalam lokap tu mungkin arahan pihak ketiga yang dimaksudkan Musa Hasan. . Jika pihak ketiga berkuasa penuh dalam urusan polis maknanya selama Musa Hasan menjadi Ketua Polis Negara segala kuasa yang Musa ada ditentukan pihak ketigalah, jadi bila rakyat pertikai kerja buat polis selama Musa berkuasa ,bukan salah Musa salah orang ketiga . Apa pun yang Musa cakap dah terlewat dan terlambat, dah jadi bubur dah. Biasa la polis kalau nak pencen ...

Kata Hishamuddin Hussein Menteri Dalam Negeri;

"Kami tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga terbabit dalam perjalanan polis...saya setakat ini belum lagi mendengar ada aduan kalau ada pihak ketiga yang berkuasa mempengaruhi polis dan jika ada sila maklumkan kepada saya.

"Saya rasa polis pun boleh ambil tindakan sendiri jika perkara ini berlaku. Adalah menjadi tanggungjawabnya untuk bertindak ke atas mereka (pihak ketiga). Kita tak benarkan pihak ketiga campurtangan mentadbirkan pasukan polis,” kata Hishamuddin lagi.-Malaysiakini

Dalam filem Hindi digambarkan watak Menteri dikhalayak umum sebagai orang yang baik ,selalu besedekah kepada orang miskin tapi watak sebenar mereka adalah ketua gengster, ketua perompak dan pemeras rakyat . Mereka berselindung disebalik kebajikan yang mereka lakukan. Watak polis juga digambarkan menjadi talibarut penjenayah dan bersekongkol dengan Menteri untuk lakukan jenayah. Itu dalam filem India kat Malaysia kalau buat filem macam tu mampoih la.

Kenapa bila Menteri bercakap apa pun kita yang jadi rakyat tak percaya?Pelik sungguh!

Isnin, 22 Mac 2010

Kepecayaan kepada Tuhan tukar kepada nama Allah- Presiden Pas

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemimpin Islam gagal menangani isu penggunaan kalimah Allah sehingga menyebabkan berlakunya serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

Beliau yang juga wakil PAS berkata dari segi hukum, Islam tidak melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah berkenaan.

"Apa yang penting ialah penjelasan, dialog di antara pemimpin-pemimpin agama, bukan diserahkan kepada mereka yang bebal dan menggunakan hukum akal, tidak menggunakan nas.

"Malangnya perkara ini dibawa ke mahkamah, berlakunya pembakaran gereja, berlaku pembakaran masjid, berlaku perkara negatif.

"(Ini) menunjukkan kita tidak menangani perkara ini dengan baik," katanya ketika membahaskan usul menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, peluang itu juga seharusnya digunakan untuk berdakwah dan memberi penerangan mengenai Islam kepada golongan bukan Islam.

"Mereka guna perkataan Allah, dan sepatutnya peluang ini digunakan untuk masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan. "Saya minta supaya kerajaan meminda Rukunegara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah," tegas Hadi.

Katanya lagi, al-Quran tidak pernah menghalang penganut agama lain daripada menggunakan kalimah Allah semasa hayat Nabi Muhammad SAW.Baca lagi di sini

Malaysiakini

Bas Perkasa Penumpang Umno

Percayakah kita fahaman Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan fahaman Melayu Umno adalah sama. 'Brand' tak sama tapi perangai serupa.Kata Khairy Jamaludin Ketua Pemuda Umno Malaysia tentang Perkasa;

Menyifatkan dirinya sebagai radikal berhaluan tengah, Khairy berkata Umno yang telah mengharungi cabaran parti pelbagai aliran sejak daripada tahun 1946 lagi tidak akan terjejas dengan kehadiran PERKASA.

“PERKASA bukan kenderaan Umno. Kita yakin degan perjuangan kita sendiri. Umno sudah harungan semua ini bukan baru lagi, sejak tahun 1946.-Malaysiakini klik

Tindakan Perkasa yang kononnya lebih Melayu daripada Umno membimbangkan Khairy Jamaludin kerana 'pakar lompatan jarak jauh' iaitu Ibrahim Ali yang juga Presiden Perkasa boleh menenggelamkan pengaruh Khairy yang tak naik-naik 'darjah' sejak menang jawatan Ketua Pemuda Umno tahun lepas.

Kalau Perkasa bukan kenderaan Umno kenderaan siapa? Perkasa bukan kenderaan Khairy tapi kenderaan lain-lain pemimpin Umno itu adalah benarnya. Ahli Umno adalah ahli Perkasa .Ahli Perkasa adalah ahli Umno. Sama...

Walaupun bas yang dipandu Ibrahim Ali , Khairy tak mau tumpang Ibrahim Ali tak heran kerana ramai lagi pemimpin-pemimpin Umno lain nak bersama Ibrahim Ali demi keuntungan pru akan datang.Brahim Ali pula tentu mau isi seberapa ramai penumpang daripada Umno kerana lagi banyak yang naik bas Brahim lagi banyak Brahim kaut untung.Silap-silap haribulan bas yang dipandu Brahim akan 'langgar' Khairy bersama-sama dengan penumpangnya yang penuh dengan orang Umno!

Setelah Brahim khianati pengundi-pengundi di Pasir Mas dengan berlambangkan Pas dan menang jadi MP Pasir Mas sekarang siapa pula yang nak 'dikencingnya'?Siapa yang akan kenakan siapa antara Umno dan Perkasa? Umno gunakan Perkasa atau Perkasa gunakan Umno?

Baca juga ;
Khairy tak setuju retorik Perkasa-Malaysiakini

Maruah negara paling hina di bawah PM Najib- Mat Sabu

Abdul Aziz Mustafa -Harakahdaily melaporkan;

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Haji Mohamad Sabu mempersoalkan adakah tindakan menamatkan kontrak wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna mempunyai kaitan dengan dengan nasihat perhubungan awam Apco Worldwide.

Perkhidmatan wakil tetap tersebut, Datuk Mohamad Arshad Hussain ditamatkan bulan ini setelah dipanggil balik oleh Kementerian Luar awal Disember lalu.

Menurut laporan Bernama, beliau dipanggil balik "bagi perbincangan selepas undi Malaysia pada mesyuarat IAEA bercanggah dengan prosedur kerajaan".

Pada mesyuarat itu, Malaysia bersama-sama dengan Cuba dan Venezuela, telah mengundi tidak menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program penguraian uranium.

Mohamad Arshad juga adalah pengerusi lembaga gabenor IAEA yang dilantik.

"(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri mengaitkan pemecatan Mohamad Arshad dengan keengganannya menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program nuklear.

"Oleh sebab tindakan pemecatan yang pro-Amerika Syarikat dan pro-Israel itu berlaku di zaman Apco menjadi tempat Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) meminta nasihat, bimbingan, panduan dan tunjuk ajar, kita tertanya-tanya adakah tindakan itu hasil dari muslihat perhubungan awam yang ditagih oleh (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan kerajaan BN yang diketuainya dari firma yang didominasi Zionis itu?" kata Mohamad.

Beliau menyifatkan tindakan pemecatan yang pro-Amerika dan Israel itu meletakkan maruah negara ini di tahap paling hina.

"Para pemimpin Umno dan BN menjadikan perbuatan menuduh pembangkang memburuk-burukkan nama negara sebagai hobi dan perisai untuk melindungi kelakuan buruk mereka.

"Hakikatnya kerajaan BN di bawah Najiblah yang meletakkan maruah negara ini di tahap paling hina dengan pelbagai keburukan seperti misteri pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pemecatan Mohamad Arshad yang pro-Amerika dan Israel itu dan pelbagai kelakuan buruk lain," kata Mohamad.

Pertengahan Disember lalu, dalam posting blognya yang bertajuk "Kita sudah tukar," Dr Mahathir menyatakan "duta kita dipanggil balik untuk disoal kenapa tidak sokong Amerika".

Secara sinis bekas Perdana Menteri itu bertanya: "Dasar-dasar lama memang patut dihapuskan. Tetapi inikah dasar baru kita?"

Tindakan menamatkan kontrak Mohamad Arshad itu kebetulan berlaku ketika Apco sudah memulakan perkhidmatannya untuk Najib dan kerajaan BN.

Tidak berapa lama selepas Najib menjadi Perdana Menteri, Apco membuka pejabatnya di Malaysia.

Menurut laporan Bernama, firma yang didominasi oleh tokoh-tokoh Yahudi itu menyatakan, tugasnya di Malaysia termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.Baca lagi di sini

Berkaitan;
BN beri Anwar 7 hari jelaskan dakwaan 1 Israel-Malaysian Insider
Siasat Anwar untuk tutup isu APCO- Suara-Keadilan.com

Sapa nak dengar Ceramah Perdana sila hadir beramai-ramai di;

CERAMAH PERDANA
YB DS IR NIZAR, YB NIK NAZMI, YB GOBIND SINGH DEO
TARIKH; 24 MAC (RABU) JAM 9 MALAM
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA FLAT PKNS , PJS 8/9 , BANDAR SUNWAY

Pas kena contohi MCA

Oleh kerana sayang sangat dengan Parti Islam Se Malaysia ni lah segala kekotoran kena dikeluarkan, kena dibersihkan supaya tidak melarat-larat jadi penyakit yang sukar diubati. Setiap penyakit ada ubat kecuali penyakit tua dan mati.Tapi kalau dah tau penyakit tu merbahaya tak mau berubat akhirnya menunggu mati saja jawabnya.

Hari ini Presiden MCA Ong Tee Kiat akan dicabar oleh Chua Soi Lek dan Ong Ka Ting untuk jawatan Presiden MCA. Politik Cina lebih bijak daripada orang Melayu yang suka sangat jadi api dalam sekam , pepat di luar runcing di dalam, gunting dalam lipatan dan orang yang dedahkan segala keburukkan parti dianggap pulak sebagai batu api, pembohong dan persepsi.

Tidak ada parti dalam dunia ni yang maksum daripada segala keburukkan , penyelewengan dan salah guna kuasa. Serban sebesar bakul sekalipun kalau dengan duit , kuasa dan pompuan belum tentu akan terselamat daripada godaan duniawi itu.

Orang yang sayang kepada Pas tapi jadi buta dengan pemimpin yang cuba gadai prinsip perjuangan parti sebenarnya merekalah yang menghancurkan Pas daripada dalam. Sayang Pas tapi tak sanggup nak keluarkan kekotoran, tak berani nak berkata benar walaupun pahit. Mereka pulak menyalak-nyalak di kiri dan kanan jalan terhadap orang yang dedahkan kebenaran.

Baca juga ;
Chua Soi Lek sah tanding Presiden-Malaysiakini
Umno adalah Syaitan- Albakistani
Nabi tak buat Kerajaan Perpaduan-Jiwo Kelate

Ahad, 21 Mac 2010

Mana lagi besar isu support Yahudi dan 16 september?

Umno rasa geli pungkoq , cacing ruman dan kerawit dok meremut-remut tak tentu duduk gara-gara dakwaan MP Permatang Pauh yang mengatakan kerajaan Umno-Bn support Yahudi Laknatullah .Sekarang ni pulak negara haram Yahudi tu tengah mengganas di Gaza membunuh umat Islam Palestine dan korban terbaru ialah berjumlah 12 0rang.

Sebagai tindak balas diungkit-ungkit pula cerita basi 16 september dengan tindakan akan mendakwa Ketua Pembangkang gara-gara cerita 'anjing upahan Umno' yang kecewa tak dapat projek melalui syarikat RM2.Umno akan buat laporan polis terhadap Anwar kerana peristiwa 16 september kaitkan Yang di Pertuan Agong.

Pemimpin Umno sedang berada dalam ketakutan akibat pendedahan demi pendedahan yang memalukan di Parlimen akibat salah laku buruk yang menyebut ada pemimpin Umno tertidur di meja kasino dan botol-botol arak jadi hidangan majlis ulang tahun perkahwinan.

Segala tohmahan tehadap Umno, Umno tak mampu nak menjawabnya, hanya mampu buat laporan polis sebagai pendinding jalan terakhir.Talian hayat Umno ialah laporan polis.Bagaimana pula dengan laporan polis yang dibuat pemimpin Pakatan Rakyat terhadap pemimpin Umno yang buat kecaman yang berunsur perkauman terhadap orang Cina dan India? Apa hasilnya ?

Berkaitan;
'Marathon' laporan polis siasat Anwar susulan dakwaan Zahrain?-Malaysian Insider
KDN serah pada Peguam Negara siasat dakwaan Zahrain-Bernama

Sabtu, 20 Mac 2010

Presiden bangga MP , Adun Pas tidak terjun dari bahtera

Mohd Sabri Said

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berbangga dengan prestasi semua ahli parlimen (MP) mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu seluruh negara kerana tidak gopoh terjun daripada bahtera yang sedang belayar.

Ketika menyampaikan amanat di Dewan Perpustakaan Negeri di sini, pagi tadi beliau menambah, berbanding parti lain dalam Pakatan Rakyat, PAS ternyata ke hadapan sebagai sebuah organisasi yang mantap.

"Walaupun bahtera kadang-kadang terumbang ambing namun PAS berjaya menunjukan prestasi yang baik tidak mudah terjerat dengan mainan politik yang dicipta oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). Sikap tidak gopoh menghadapi sebarang rintangan, " jelasnya dalam program anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang.

Oleh itu, beliau menggesa semua organisasi PAS harus mengatur program dengan lebih berkesan dan agresif supaya muncul formula baru yang dapat mendekatkan lagi PAS dengan masyarakat.

“Di sinilah kekebalan PAS menerusi baiah, usrah dan pertemuan dapat menghindarkan tanggapan buruk serta memperjelaskan kedudukan sebenar sekaligus dapat membersihkan tohmahan musuh.

"Sebenarnya baiah, usroh dan pertemuan dalaman memberi kelebihan pada PAS sendiri. Kita dapat membina kekuatan dalaman dan mengawal tindak tanduk yang boleh mengancam kestabilan politik parti sendiri," tegasnya.

Katanya, sikap sedemikian dapat membentuk jati diri yang kuat di samping bersatu hati dalam sebarang isu dan bersama memantau jika timbul persoalan yang sukar diselesaikan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan PAS tetap memilih jalan demokrasi untuk menawan Malaysia walaupun tahu ia datang dari barat.

Melaluinya, kata beliau PAS berpeluang menyampaikan dakwah dan penerangan dengan lebih baik asalkan bijak mengatur isi penyampaian samada di masjid, surau ataupun medan ceramah sempena hari kebesaran Islam dan sebagainya.

Tambahnya, PAS adalah wadah politik yang perlu dipertanggugjawabkan bukan untuk main-main, maka apa yang diputuskan oleh pucuk pimpinan telah mengambil kira semua risiko.

"Kita bukan berperang yang mahu membunuh musuh tapi kita berdemokrasi yang mana perlu mengintai peluang agar terus berjaya menonjolkan PAS ke arah yang lebih tinggi, " tambahnya.

Harakahdaily

Tak Tumbuh Tak Melata



Berkaitan;
Anwar anggap usul seret ke Jawatankuasa Parlimen jenaka basi
- Suara-Keadilan.com
Agen Israel dalam sistem komunikasi PDRM-chegubard.blogspot.com
PM must clarify link between 1Malaysia and 1Israel- harakahdaily

Murshidul Am Tak Sebut Nama Ustaz Nasa?

Gambar di atas adalah daripada blog ydpputrajaya.blogspot.com

Semalam berlangsung Majlis Makan Malam Pas Bachok di Hotel Marriot ,Putrajaya untuk kutipan dana Komplek Pendidikan Islam (Bachok) , Kelantan. Ustaz Nasharuddin Mat Isa adalah Pengarah Program tersebut.Beliau juga adalah MP Bachok dan Timbalan Presiden Pas Pusat.

Menurut sumber-sumber yang dipercayai sewaktu Murshidul Am Pas berucap dalam ucaputama majlis tersebut tidak menyebut langsung nama Ustaz Nasa dalam muqaddimah ucapannya sedangkan nama-nama lain Tok Guru sebut.Hadirin di barisan hadapan majlis merasa terkejut dan masing-masing memandang antara satu sama lain.Mereka 'sut sit sut sit' antara satu sama lain.

Mungkinkah Tok Guru terlupa? Mungkin juga Tok Guru nak cepat habiskan ucapan jadi tak sempat nak sebut nama Ustaz Nasa atau mungkin juga Tok Guru dah ...hang pa pikiaq sendiri la..sendiri mau ingat.

Bila orang kafir tak takut dengan Islam Umno pula yang jadi takut

Kata Dr Badrul Amin Umno adalah parti yang suka pecahbelahkan rakyat,timbulkan ketegangan kaum dan perosak perpaduan antara rakyat yang berbilang agama.Apa yang Umno tak buat untuk timbulkan propaganda murahan supaya rakyat kembali menyokong Umno?

Suara-Keadilan.com melaporkan;

Menyentuh mengenai Pakatan Rakyat Dr Badrulamin berkata Umno-BN kini cukup takut dengan kekuatan gagasan itu menyebabkan musuh sentiasa mahu mengugat dan memecahbelahkannya.

"Apa yang Umno cukup mengelabah dan takut ialah wujudnya satu gabungan yang dipanggil Pakatan Rakyat. Mereka tidak pernah takut dengan PAS sebagai PAS, KEADILAN sebagai KEADILAN atau DAP sebagai DAP tetapi bila bergabungnya ketiga-tiga parti ini kekuatannya amat luar biasa.

"Kekuatan Pakatan Rakyat tidak kepada PAS sahaja, tidak kepada KEADILAN atau DAP sahaja, macam Power Rangerslah apabila lima Power Rangers ini bergabung tenaga baru jadi kuat, kalau seorang berlawan kalah," jelasnya.

Oleh kerana itu kata beliau Umno-BN mencipta beberapa isu berkaitan agama dan perkauman serta mencetuskan insiden-insiden yang boleh menjuruskan kepada pergaduhan antara kaum.

"Dalam isu kalimah Allah apakah Umno bersuara atas prinsip mahu pertahankan nama Allah, kalau kerana prinsip mengapa mereka ke Sabah dan Sarawak dan kata orang di Kristian di sana boleh pakai nama Allah, apakah Allah di Sabah dan Sarawak tak sama dengan Allah di Semenanjung? Status Allah pun berbeza ikut zon?

"Ini kerana mereka melihat sokongan orang Sabah dan Sarawak kepada Pakatan Rakyat sampai ke 70 peratus, Umno-BN panik maka terus mereka mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian yang kononnya hendak mempertahankan kalimah Allah.

"Bila mereka tengok di Semenanjung sokongan orang Cina dan India meningkat kepada hampir 90 peratus kepada Pakatan Rakyat, mereka buat kenyataan bahawa Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan boleh guna kalimah Allah dengan alasan negeri-negeri ini tidak ada Sultan. Bagaimana pula dengan Melaka, sebab itu saya kata pendirian mereka bukan atas prinsip agama tetapi kerana kepentingan politik," kata Dr Badrulamin lagi.

Walau bagaimanapun segala perancangan jahat Umno-BN tidak mampu menggoyang keutuhan Pakatan Rakyat kerana rakyat sudah masak dan mengetahui motif setiap isu yang dicetuskan kata beliau.

"Mereka ingat dengan isu kalimah Allah, PAS dan DAP boleh berpecah tapi tak pecah, kemudian dia bakar gereja nak pecah belahkan kita, dia campak kepala babi hutan dalam masjid bukan untuk hina masjid tapi mahu pecah belahkan kita tapi makin kuat kita diasak makin kuat kita berteguh, berpakat.

"Bila gereja diserang PAS pergi, KEADILAN pergi bukan setakat tengok tolong lagi, bila kepala babi dicampak ke masjid, Cina dan India datang peluk Imam dan kata "Sabar tuan Imam".

"Mereka nak pecah belahkan kita sebab apabila orang Cina tidak lagi takut dengan Islam, siapa yang takut? Apabila orang India sudah berani pakai baju 'PAS For All', 'Islam For All', siapa yang paling takut? Apabila orang Cina seperti Chang Ming Kai (ADUN Simpang Pulai) sudah pandai baca Quran siapa yang takut? Sudah tentu jawapannya Umno!" tegas Dr Badrulamin. Baca di sini