Khamis, 25 Mac 2010

Kes Raba Punggung: Mengapa Tidak Caj Jamaludin?

Ahli Parlimen Bukit Gelugor mempersoalkan mengapa tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang pekerja hotel dua tahun lepas yang mendakwa dirinya dicabul oleh Jamaludin.

Ketika membahas titah Yang DiPertuan Agong Karpal berkata sehingga kini kes tersebut seolah-olah dilupakan dan tidak ada sebarang tindakan terhadap Jamaludin yang juga Ahli Parlimen Rompin.

"Saya mahu Peguam Negera memberi penjelasan mengapa tidak ada tindakan undang-undang kepada duta tersebut. Laporan polis bahawa beliau didakwa mencabul kehormatan seorang gadis telah dibuat tetapi kenapa beliau tidak dihadapkan ke mahkamah? Kalau gadis itu membuat laporan polis palsu terhadap duta itu maka gadis itu boleh didakwa dalam mahkamah kerana membaut laporan yang tidak benar," kata ahli politik veteran itu.

Pada 19 April 2008 seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai pelayan hotel telah membuat laporan polis ke atas bekas seorang menteri dua hari lepas di sebuah balai polis di Kuala Lumpur kerana didakwa melakukan ganggu seks ke atasnya dengan memegang tangan dan meraba punggungnya.

Kejadian itu didakwa berlaku di Kelab Havana Hotel Meridien di KL Sentral ketika gadis itu sedang melayan dan menyediakan minuman keras untuk menteri berkenaan.

Laporan polis telah dibuat oleh teman lelaki pelayan tersebut.

Suara-Keadilan

Buruknya kelaku pemimpin-pemimpin Umno yang beragama Islam. Ada yang kaki raba, kaki botol atau 'taik ayaq', kaki judi dan macam-macam kaki ada. Kita patut rasa malu bila pemimpin bukan Islam mengkritik kerajaan dalam isu judi dan arak.

3 ulasan:

  1. DAH NEGARA PUN DAH JADI MACAM NEGARA KARTUN, MAKA RAKYAT MALAYSIA DAPAT LE MENTERI-MENTERI YANG AKHLAK DAN BUDI PEKERTINYA AMAT RENDAH, SERENDAH-RENDAH MARUAH YANG DILETAKAN DIBAWAH TAPAK KASUT, BIASA LE DAH PEMIMPIN YANG MACAM TU YANG DIPILIH, AKEY APA KALAU KITA DAPAT PEMIMPIN TERDIRI DARI SEORANG PEMBUNUH, PEROGOL, TAIK ARAK, TAIK CABUL, BARU LE KENA DENGAN NEGARA KARTUN NI, SYABAS MALAYSIA KARTUN

    BalasPadam
  2. Salam...

    pelah nak jadi ngan pemimpin zaman skrg ni..hendaklah kita taat dan patuh pada pemimpin yg adil dan membawa kepada kebaikan..kalo generasi pimpinan skrg berperagai sebegini..bagaimana pula dgn tingkahlaku pimpinan generasi akan datang???wawahua'lam...renung-renungkan

    BalasPadam
  3. Bukan main suka la dia ni JJ, sebab lanie dia dok di Amerika, kat sana nak buat apa pun orang tak kisah, masaalah kes dia raba punggung tempoh hari, kata pompuan tu dah tarikh balik kes dia.

    sebab apa dia tarik balis kes tu, paham-paham je le...

    BalasPadam