Khamis, 11 Mac 2010

Buku Natrah Punya Pasal Bolehkah Pas -Umno Jadi Abang Adik?

Ini sms yang aku terima berkaitan pameran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata yang dihadiri oleh Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Penerangan Pas Pusat Ustaz Idris Ahmad.Turut hadir dan rasmikan majlis pelancaran buku Natrah itu ialah Timbalan Presiden Umno Muhyidin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri

"Sesiapa nak beli buku Natrah sila hubungi Pengedar Utama Nasaruddin Mat Isa (Pas)...atau Muhyidin Yasin (Umno)".

Kata Muhyidin Yassin di majlis pelancaran buku tersebut;

‘‘Dalam hal persefahaman politik, kisah Natrah membuktikan bahawa umat Islam daripada latar ideologi politik yang berbeza mampu untuk bersatu dalam mempertahankan kesucian Islam.

‘‘Tokoh-tokoh seperti Karim Ghani, Dr. Burhanuddin al-Helmy, Tun Sardon Jubir, Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Tun Hussein Onn telah mengetepikan perbezaan ideologi politik masing-masing demi membela kesucian Islam yang dipandang rendah oleh penjajah.

‘‘Perpaduan ini terakam dalam lipatan sejarah sebagai perpaduan yang amat bermakna kerana tiga parti politik yang berbeza ideologi dan pendekatan ketika itu iaitu UMNO, Hizbul Muslimin dan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) boleh bersatu demi mempertahankan kesucian Islam,” katanya.-Utusan Malaysia Online.

Kata Nasaruddin Mat Isa dalam majlis pelancaran buku tersebut;

“Usaha mewujudkan perpaduan ini bukan boleh berlaku dalam tempoh sehari dua atau sekelip mata.

“Kita memerlukan satu tempoh untuk terus membina kematangan ke arah ini (mewujudkan perpaduan). Saya melihat kita pada masa sekarang sedang membina kematangan ke arah ini,” katanya.


“Dalam kes Natrah, tiga parti politik berbeza bersatu atas satu isu yang cukup serius bagi menyatakan penentangan terhadap apa yang dilakukan oleh penjajah.

“Saya juga mengharapkan peristiwa Natrah ini akan menjadi satu pengajaran bagi kita. Sepatutnya kita mengurangkan perbezaan pandangan dan pendapat.

“Tumpuan haruslah dibuat untuk mara bagi memastikan kita dapat membangunkan negara ini dalam keadaan yang harmoni, aman dan selamat,” katanya.-Utusan Malaysia Online.

Kata Tok Guru Nik Aziz pula mengenai Umno;

Selain alasan Umno “sesat”, kata Menteri Besar Kelantan, tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS.

“Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS.

“Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977.

“Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno,” katanya.

Namun menurut beliau, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno dengan PAS telah ditendang keluar.

“Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN,” katanya.-Malaysian Insider di sini

1 ulasan:

  1. Hang kena cari apa sebenarnya hanya sedang cari...

    Yang Hang kena cari adalah kebenaran.

    Cari dan dapatlah kebenaran, maka Hang tidak akan tertipu dan sesat.

    Ia memerlukan kepada irfan yang di ketengahkan oleh Khomeini dalam merealitikan Islam dalam kehidupan sekarang.

    Selamat mencari.

    BalasPadam