Rabu, 3 Mac 2010

Apo nak dikato

Selepas Pas dilanda kontroversi isu UG atau kerajaan perpaduan dengan Umno yang telah menyebabkan ahli Pas berbeza pandangan dan masing-masing mengkritik pemimpin Pas kini isu itu telah lenyap buat sementara waktu.Isu UG itu dibuktikan kebenarannya dengan Pas telah membuat Mesyuarat Khas dan Seminar untuk menjelaskan kepada Ahli Pas dan penyokong Pas apa yang sebenarnya berlaku.Moga-moga penyakit nak berkhalwat dengan Umno ini terus lenyap dan lenyap.Jangan ada pula pemimpin Pas yang pagi kerajaan perpaduanng petang pakatan rakyat, petang kerajaan perpaduannng paginya pakatan rakyat.

Selepas Pas dilanda krisis kepimpinan dalam isu UG ,tapi alhamduliillah tak ada ahli parlimen Pas yang melompat parti untuk lacurkan politik mereka supaya dibeli oleh BN kini krisis kepimpinan yang melanda rakan Pas iaitu Parti Keadilan telah menyebabkan rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat sikit sebanyak rasa kecewa dengan tindakan mereka ahli parlimen dan adun yang sanggup lacurkan politik mereka untuk melompat keluar daripada pakatan rakyat untuk jadi bebas yang pro Umno.Di mana maruah mereka yang bergelar ahli politik yang berjuang untuk rakyat selama ini?Madu yang diberi racun yang dibalas.

Dalam kedaan Umno yang sedang nazak dan kritikal kita pula membawa kerusi roda untuk bantu Umno parti yang busuk hingga keususnya(Tun Mahathir kata).Memang baguih sebab balaci-balaci ni dah keluar daripada pakatan rakyat tapi kesannya boleh menjadi barah yang merbahaya jika seorang demi seorang terus melompat kepada Umno-Bn.Umno parti yang mengamalkan matlamat menghalalkan cara tak peduli samaada ahli Parlimen atau adun pakatan rakyat yang melompat kepada mereka itu berkualiti atau tidak yang penting mereka mau supaya dalam parlimen mereka dapat 2/3 majoriti.Barang terpakai atau sampah pun kalau boleh untungkan Umno mereka akan sapu juga janji sokong Umno sudahlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan