Khamis, 4 Mac 2010

Pergi Jahaman Pelacur Politik Tua!

Marilah kita sempena malam Jumaat yang mulia ini kita beramai-ramai solat hajat dua rakaat bermunajat kepada Allah yang Esa agar ditunjukkan yang benar itu benar dan yang batil itu batil.Pemimpin dan ahli politik yang menjadikan habuan dunia sebagai Tuhan mereka memang betul-betul celaka dan tak berguna.

Mereka tak ubah seperti orang munafik ,lidah bercabang,api dalam sekam,kayu bulat yang bergolek ke sana ke mari,sorong pun makan tarik pun makan ,gaji mata dua dan apa lagi?Barua Umno, pro Umno ,Syaitan yang bertopengkan manusia!

Tak guna kita dok keriau,dok sedih atas pemergian 'pelacur-pelacur politik tua' ini yang tidak ada rasa malu pada anak-anak muda yang sanggup pertahankan ideologi mereka,tidak berganjak sokongan mereka pada pada perjuangan melawan kebatilan yang ada pada Umno-Bn.Sepatutnya kamu MP-MP yang melompat, dah berumur tunjuk tauladan yang baik pada anak-anak muda yang berani menentang kezaliman Umno-Bn bukannya menjadi contoh jalang yang tidak berumah macam kamu!

MP-MP yang jadi penipu kepada mereka yang mempertaruhkan kepercayaan supaya suara kamu berkumandang dalam Parlimen menyuarakan hak rakyat tapi kamu menjadi pembelot dan menindas-nindas kepercayaan rakyat yang diberikan kepada kamu ini memang layak sangat mendapat azab Allah Subhanahu wata a'la.Kamu makan hasil yang haram daripada elaun-elaun kamu sebagai MP kerana kamu jadi penipu dan munafik atas kepercayaan yang diberikan.

1 ulasan:

  1. Salam...

    kenapa perlu melompat parti?sedangkan mereka telah dipilih oleh rakyat..mendapat kepercayaan rakyat. tidak rasa bersalah ke kpd org yg memberi undi?..akhir zaman ni manusia lebih cintakan dunia berbanding akhirat..sedangkan kedua2 itu adlh penting..dunia adalah ladang utk kt bercucuk tanam diakhirat..tapi perlu berccuk tanam dgn caar yg halal..bukan dgn cara menerima sogokan..tepuk dada..tnyalah iman..kita masing2 dah besar..Allah kurniakan akal adlh utk berfikir..wawahua'lam...

    BalasPadam