Selasa, 9 Mac 2010

Nak Masuk Umno Masuk La Pintu Tak Pernah Tutup

Muhyidin Yassin Timbalan Presiden Umno kata pintu Umno sentiasa terbuka dan tak pernah tutup.Mana-mana pemimpin yang telah ditendang keluar daripada PKR atau yang telah keluar daripada PKR dan istihar bebas boleh masuk rumah Umno kerana pintu rumah Umno yang dah nak roboh itu tu perlu bantuan segera kerana kayu-kayunya dah dimakan anai-anai tunggu masa saja nak roboh.

Umno perlukan tongkat dan tongkat itu ada pada ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk jadikan suara ahli parlimen BN dapat 2/3 dalam parlimen.Sekarang Umno-Bn tak boleh nak pinda apa-apa dalam parlimen kerana mereka telah hilang kuasa 2/3 majoriti sebab tu pintu Umno sentiasa terbuka tak pernah nak tutup-tutup.Bukan setakat boleh masuk ikut pintu depan, pintu dapur pun boleh nak masuk kot lubang tingkap pun boleh janji mau bersama Umno.Bila ahli-ahli parlimen yang dah rosakkan kepercayaan rakyat ini masuk Umno mereka akan dilayan dengan layanan diraja untuk sementara waktu lepas tu nasib mereka akan jadi kucing kurap saja dalam Umno.

Kata TPM Muhyidin Yassin dalam laporan Bernama;

"Pintu UMNO tidak pernah tertutup kepada sesiapa pun sama ada yang sudah berada dalam mana-mana parti, kalau mereka ada hasrat untuk itu (mahu menyertai UMNO), kita tidak jadi masalah, kita tidak perlu nak mempelawa sebab mereka tahu kalau mereka nak masuk pintu tak pernah tutup," kata Timbalan Presiden UMNO itu.-Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan