Selasa, 2 Mac 2010

Tong ikan kayakan kroni

Berita Bernama;


Di BUKIT KAYU HITAM, gabungan pengimport dan pemborong ikan terbesar di Semenanjung yang terdiri daripada 35 syarikat bernaung di bawah Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia bertegas tidak akan menggunakan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG).

Pengerusi jawatankuasa itu Datuk Yusoff Ismail berkata alasan yang diberikan LKIM bahawa penggunaan KIBFG adalah lebih selamat dan daripada segi kesihatan dan keselamatan terjamin juga meragukan.

"Lebih 20 tahun kami menggunakan kotak plastik untuk membawa masuk ikan dari Thailand dan Indonesia. Daripada tiga aspek tersebut tiada sebarang masalah berlaku.

"Malah proses pemindahan tong berisi ikan dari lori ke lori dan scan di Kompleks LKIM juga amat mudah dibuat," katanya kepada pemberita semasa meninjau kemasukan lori ikan dari Thailand di Kompleks LKIM Bukit Kayu Hitam, hari ini.

"Kami tidak mahu langsung KIBFG digunakan walaupun kerajaan memberi subsidi harga tong. Subsidi RM24 juta KIBFG yang diumumkan MOA itu pergi ke mana? Jika ia mengalir kepada rakyat tidak mengapa. Kenapa pula syarikat KM Marketing Sdn Bhd saja diberi hak monopoli pengedaran tong itu," katanya.

Katanya anggota gabungannya dari Kedah, Perak, Kelantan, Selangor dan Johor tidak lagi membawa masuk ikan mulai hari ini sehingga kerajaan memberi kepastian tentang penggunaan KIBFG secara rasmi dan bukan melalui notis.

Tindakan itu bererti negara kekurangan kira-kira 1,000 tan metrik ikan dalam pasaran yang pasti memberi kesan kepada pengguna sekiranya harga ikan meningkat kerana kekurangan bekalan.

Mengenai kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang melabelkan keputusan pihaknya menghentikan pengimportan ikan berikutan isu KIBFG sebagai pengkhianatan terhadap negara, Yusoff berkata jika benar PPIM berjuang untuk kepentingan pengguna mereka seharusnya menyokong tindakan jawatankuasa itu.

"Apabila kami terpaksa menukar tong, kos itu itu pasti akan dipindahkan kepada pengguna. Apakah PPIM akan tanggung kos ini?" kata Yusoff.

Sementara itu seorang pengusaha pengangkutan yang mengimport ikan dari Thailand, Ab Wahab Salleh, 53, berkata beliau terpaksa mengeluarkan hampir RM5 juta untuk menggantikan 40,000 tong ikan plastik yang digunakannya sekarang.

"Lebih 20 tahun saya menggunakan tong plastik, tidak ada satu masalah apapun. Kualiti ikan, aspek kesihatan dan keselamatan juga tidak tergugat tanpa menggunakan KIBFG," katanya.Baca lanjut di sini

Umno-Bn memang kaya dengan idea untuk kayakan kroni Umno.Buka Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dapat projek uniform ,bekal makanan dan macam-macam lagi sapa kalau bukan kroni Umno.

Sama juga dengan syarikat yang monopoli tong ikan yang baru yang dapat satu syarikat saja .Ketika rakyat dalam kesusahan mereka puak-puak Umno sedang bersenang lenang fikirkan projek-projekl baru untuk ditelan. Rakyat nak hidup susah,barang makan mahal itu rakyat tanggung sendiri janji kami pemimpin Umno tak hidup susah macam rakyat.Tu saja yang ada dalam kepala otak puak -puak Umno.Pemimpin Umno bangkit pagi ingat projek bukan ingat kesengsaraan rakyat.Tapi apa boleh buat orang Melayu sayang sangat kat Umno,sayang sangat kat dacing walaupun dah senget sebelah.

1 ulasan:

  1. tolong siasat siapa yg ada kepentingan disebalik syarikat KM Marketing Sdn Bhd. siapa pengarah..siapa pemegang saham.. sapa proksi saham? bongkarkan semuanya. siasat syarikat KM Marketing Sdn Bhd

    BalasPadam