Isnin, 15 Mac 2010

Ada lagi yang nak jilat parti taik.

Isu Kerajaan Perpaduan atau UG kembali bergegar ekoran apa yang diucapkan oleh Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa sewaktu hadir dalam majlis perasmian buku Natrah bersama TPM Muhyidin Yassin.

Semalam aku pi makan kenduri di Pahang , aku bersembang dengan seorang penyokong kuat Pas daripada Terenggganu.Beliau juga menentang Kerajaan Perpaduan dan berkata kepada aku ,"Kerajaan Perpaduan tu dah tamat kan. Aku kata, "dah tamat tapi ada lagi saki baki yang nak jilat parti taik yang dah busuk hingga ke usus tu."Kata beliau kepada aku , "betoi ka ada lagi?".

Ini antara beberapa perbualan beliau tentang Kerajaan Perpaduan;

1-Semasa timbul isu UG di Terengganu telah berlaku permusuhan di antara penyokong Pas di Terengganu dengan penyokong Pas di Kelantan.Perasaan ini wujud kata beliau kerana team yang menyokong Presiden memarahi Tok Guru Nik Aziz yang menolak idea Kerajaan Perpaduan yang dikemukakan Presiden Pas.

2- Beliau berkata tujuan Kerajaan Perpaduan itu adalah untuk meramaikan ahli parlimen Melayu yang akan bersama Umno kerana suara Melayu dalam Parlimen telah bercampur-campur kepada banyak parti iaitu Umno,Pas dan PKR.Kata beliau ,"Adakah Umno mau buat perpaduan dengan Pas sekiranya Umno menang besar dalam pru-12 yang lalu?". "Mampoih Umno tak mau", aku kata.

3-Kata beliau lagi, "Semasa kerajaan campuran dulu yang menyebabkan Pas terkeluar daripada senarai kelompok BN tu kerana apa?. Tak lain tak bukan kita ditendang keluar .Sekarang kenapa kita nak buat perpaduan dengan Umno parti yang menyepak kita keluar daripada Kerajaan Campuran? Kenapa kita nak bagi ular yang sama patuk kita dua kali?"

4-Seterusnya beliau berkata keganasan Umno dan polis terhadap Pas seperti dalam peristiwa tembakan di Batu Buruk telah menghakis perasaan beliau untuk menyokong Kerajaan Perpaduan dengan Umno.

5-Kita melawan Umno ni bukan kerana batang tubuh dia Umno tapi kerana ideologi dia yang berfahaman sekularisme yang mengasingkan agama dan politik.Beliau juga mengungkit-ungkit kembali mengenai ucapan keramat Presiden Pas yang menyebabkan telah timbul isu kafir mengkafir dan kesanggupan Pas untuk berdebat dengan Umno dalam isu kafir mengkafir.

6- Kita benci dengan Umno saja tapi dengan kakitangan kerajaan kita tak benci.Sebab mereka hanya bekerja dan ramai juga dalam pru yang lalu mereka menyokong Pas.

7-Mengakhiri perbualan beliau berkata beliau benci sangat dengan Umno dan duit beliau tak pernah satu sen dihabiskan untuk beli suratkabar Umno.Kata beliau juga walaupun beliau boleh urut belakang Presiden sekalipun jika dibenarkan jika Presiden cuba nak lagi buat perpaduan dengan Umno beliau akan menentangnya. Saya bukan sokong Pas secara pak turut dan membabi buta.Beliau sanggup dipulau oleh Pas di tempatnya gara-gara melawan Kerajaan Perpaduan.

Berkaitan;
Suara Musang Berbulu Ayamkah ini (3)-Penarik Beca

1 ulasan:

  1. hebat hang misai merah dalam masa 30 minit dah jadi tajuk citer...hang menulis tengah drive Ka???

    BalasPadam