Jumaat, 5 Mac 2010

Lagu buat Zulkifli Nordin

Ini lirik lagu yang dinyanyikan Allahyarham R.Azmi tuju khas buat Zulkifli Nordin sesuai sangat dengan apa yang Penyelaras Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim yang doakan supaya Zulkifli Nordin keluar daripada Pakatan Rakyat

memang nasib saya tidak baik
dapat bini bodoh campur cerdik
saban hari dia suka bersolek
sampai otak saya jadi naik pelik

cakap salah tak cakap salah
jadi semua serba salah

jikalau sudah dia kerja di dapur
nasi dimasak jadi bubur
ikan disiang semua hancur
perencah dibubuh habis bertabur

ditegur salah tak tegur salah
jadi semua serba salah

kerja di rumah cukupnya malas
baik menyapu baik berkemas
bangun tidur pukul lima belas
laki yang mana hati tidak panas

dilarang salah tak larang salah
jadi semua serba salah

muka naik pucat badannya pun letih
disuruh bikin kopi dibikinnya teh
disuruh beli roti dibelinya kueh
laki yang mana tidak berleter

dibilang salah tak bilang salah
jadi semua serba salah

disuruh ambil gelas diambilnya cawan
disuruh ambil piring diambilnya pinggan
disuruh ambil mentega diambilnya belacan
hati yang mana kita boleh tahan

diajar salah tak ajar salah
jadi semua serba salah

disuruh ambil parang diambilnya pisau
disuruh ambil beg diambilnya pau
disuruh beli mee dibelinya kueh teow
disuruh beli rokok dibelinya sentil tembakau

diturut salah tak turut salah
jadi semua serba salah

Kata Zaid Ibrahim;
"Semua benda dia tak setuju dengan kita, dia nak berhenti, munasabah,” ujarnya.

"Kalau kita masukkan semua Islam sebagai panel, dia pula akan kata, dua orang Islam itu tidak cukup Islam. Jadi apa kita perlu buat?-harakahdaily

3 ulasan:

  1. biar le anjing hitam itu berambus bah

    BalasPadam
  2. Mamat ni suka lagu umno tu. Dulu tiap kali ceramah nyanyi lagu umno. Sebab tu skrg dia malu alah nak masuk umno balik sb dulu kutuk umno bagai nak rak

    BalasPadam
  3. dah tu kalau awak tu sempurna takde ler menyalahkan org lain...sepatutnya awak dan pengikut awak tu merenung asal kejadian semua manusia sama yg bezakan hanya amalan seseorng..politik ni tak kemana pun..baik pas mahu pun bn semua ada kepentingan peribadi.

    BalasPadam