Jumaat, 5 Mac 2010

Putar Alam Lagi

Mari kita baca apa yang sebenarnya niat sebenar Zulkifli Nordin yang dihadapkan Lembaga Disipilin Parti Keadilan.Siasat kes lain buka cerita kes lain.

Lapor TVSelangor.com;

Tumpuan Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kes melibatkan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin adalah berkaitan tindakannya membuat laporan terhadap rakan parti gabungan, bukannya isu kalimah Allah.

Hal ini ditegaskan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan lembaga disiplin itu tidak memberi tumpuan kepada pendirian Zulkifli berhubung isu kalimah Allah yang berbeza dengan parti.

Saifuddin berkata demikian kepada TV Selangor apabila diminta mengulas mengenai tindakan Zulkifli yang menjadikan kehadiran tiga daripada empat panel bukan Islam sebagai alasan menghalalkan perbuatan meninggalkan sidang Lembaga Disiplin.

Panel Lembaga Disiplin itu terdiri daripada Tuan Syed Kamarulzaman selaku Pengerusi Lembaga, Chew Swee Yoke, Goh Keat Peng dan P Kumar.

"Zulkifli dihadapkan ke lembaga displin bukan kerana pendiriannya dalam isu kalimah Allah, sebaliknya kerana tindakannya membuat laporan polisnya terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.Baca di sini

Kata Zul dalam blog beliau;


Saya baru sahaja mengambil keputusan kuar daripada sidang Lembaga Disiplin yang akan membicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH. Walaupun saya telah ebrsedia untuk menjawab semua pertuduhan dan membela diri saya, tetapi saya tidak boleh tunduk dan mengiktiraf panel bukan Islam untuk membicarakan saya dalam hal agama saya. Oleh itu saya membuat walk out.Baca semua di sini.

Nak siasat kes langgar disipilin parti tapi Zul pi corner cerita pulak pasai isu Kalimah Allah.Biasa la lawyer..

1 ulasan: