Rabu, 10 Mac 2010

Sabtu Ni Mohsin, Sabtu Ni

Ustaz Ahmad Awang Ahli Majlis Syura Pas Pusat berkata oleh kerana Mohsin MP Bagan Serai masih berdiam diri tak sahut tawaran untuk kembali kepada Pakatan Rakyat maka pada hari Sabtu ini akan diadakan solat hajat minta Allah berikan hukuman yang sewajarnya pada Mohsin.

Tapi 'pintu taubat' masih terbuka untuk Mohsin kembali ke pangkal jalan sehingga hari ke tujuh seperti tawaran yang diberikan oleh ustaz Ahmad Awang kepada Mohsin.

Kata Ustaz Ahmad Awang dalam laporan Malaysiakini;

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad bagaimanapun berkata, beliau masih boleh mempertimbangkan membatalkan program tersebut walaupun dihubungi Mohsin di saat-saat akhir.

“Kalau nanti beliau SMS kata setuju (dengan syarat saya), tak perlulah buat, Tetapi macam saya kata dulu, beliau mesti iystiharkan (pendiriannya) pada orang ramai melalui media,” kata Ahmad yang juga bekas naib presiden dan pesuruhjaya PAS negeri.

Ahmad berkata, solat hajat itu akan diadakan di pusat pengajian agama yang diasaskannya di Balai Kuliah Tasawwur Islam di berdekatan Semanggol, Perak.

“Di tempat itulah beliau (Mohsin) mula-mula diperkenalkan kepada pengundi,” katanya.Baca di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan