Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin sudah selamat dikebumikan. 'Perang' untuk menjadi calon BN antara Mic dan Umno bagi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor nampaknya sudah bermula. Belum apa-apa lagi 'kuda tua' Mic yang juga Presiden Mic , Samy Vellu dah nak calonkan semula 'barang kitar semula' iaitu Palanivel Timbalan Presiden Mic sebagai calon untuk bertanding di Hulu Selangor.
Malaysiakini dalam beritanya Sah :MIC akan calonkan Palanivel mengatakan;
MIC akan mencadangkan timbalan presidennya, Datuk G Palanivel sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bagaimanapun, tidak mahu menyatakan peluang MIC untuk merampas balik kerusi tersebut yang terlepas ke tangan PKR pada 2008.
Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau secara berseloroh berkata: "Biar saya hubungi Tuhan dan tanya padanya. Dia tidak senang sekarang."
Umno juga mahu bertanding di Parlimen Hulu Selangor sama macam Mic. Parlimen Hulu Selangor pengundi majoritinya adalah Melayu (53.9%) , Cina (26.7%) dan India (19%).
Dalam laporan Malaysiakini , Umno: Kami mampu rampas kerusi Hulu S'langor berkata,
Ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata Umno telah membuat desakan tersebut sejak tahun 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan memutuskan untuk memberi kerusi kepada MIC.
"Umno sentiasa meminta kembali kerusi berkenaan kerana ia adalah kehendak akar umbi yang mahu kita bertanding kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Parti Keadilan Rakyat pula mesti bijak memilih calon jangan lagi terperangkap dengan orang-orang yang berperangai seperti Zulkifli Noordin, Zahrain, Mohsin yang jadi 'anjing penyerang BN' di Parlimen.
Baca juga;
Jenazah MP Hulu Selangor selamat dikebumikan-Malaysian Insider
Pemergian Dr Zainal satu kehilangan besar-Presiden Pas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan