Rabu, 10 Mac 2010

Siasat Ahmad Husni Di Bawah Akta Hasutan

Suara-Keadilan.com dalam laporannya berkata;

Kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohd Hanadzlah yang berbaur perkauman baru-baru ini menggambarkan pemikiran sebenar pemimpin Umno BN yang masih terperangkap dengan amalan politik lapuk.

Slogan 1Malaysia dan pengenalan kepada model ekonomi baru disifatkan hanya sebagai retorik bagi mengaburi mata rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Ahmad Husni baru-baru ini didakwa mengeluarkan kenyataan perkauman berbunyi "kalau orang Cina di Pulau Pinang buli kita, kita lawan balik orang Cina" dalam satu majlis makan malam di Pulau Pinang, Jumaat lalu.

Beliau semalam dilaporkan menafikan membuat kenyataan itu namun Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa mempunyai bukti rakaman ucapan tersebut.Baca di sini

Baca juga;

Mazlan Aliman ditangkap di Raub-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan