"Bagi Hulu Selangor saya nak beri jaminan kita pilih calon dari kalangan PAS, DAP, KEADILAN yang layak ilmunya, baik pendirian politik, teguh dasar perjuangan serta tidak bimbang sama sekali dia termakan sogokan wang ringgit dan menjadi alat perkakas Umno dan Barisan Nasional.
"Saya minta kerjasama dan sokongan siapa sahaja kita umumkan setelah kita sepakat dengan ketiga-tiga parti," ucap Anwar dihadapan lebih 10,000 penyokong di Stadium Kuala Kubu Bharu malam tadi.
Ceramah malam tadi boleh dianggap sebagai permulaan secara tidak rasmi kempen pilihan raya kecil yang bakal diadakan tidak lama lagi bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Anwar berkata Malaysia perlu diselamatkan daripada kerakusan dan kezaliman umno-BN kerana keadaan negara semakin terancam dan rakyat tidak lagi selamat.
"Walaupun Najib kata 1Malaysia sebenarnya kita ada 2Malaysia - satu Malaysia untuk Najib dan Rosmah dan satu Malaysia lagi untuk rakyat bawahan yang senang ditindas, dipijak.
"Kita berdepan dengan suatu kuasa zalim yang merompak harta rakyat tidak mengapa walau sebesar gunung mana bukti kita beri tapi lepas semua. Sebab itu ada dua Malaysia," kata Anwar lagi- Suara-Keadilan.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan