Isnin, 1 Mac 2010

Bekas SU Agung PKR Pula Keluar PKR

Malaysian Insider;

Bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim yang melepaskan jawatan itu akhir Januari lalu turut telah mengambil langkah untuk keluar parti itu.

Salehuddin ketika dihubungi mengesahkan yang beliau telah berbuat demikian dua minggu selepas mengakhiri tempoh khidmatnya sebagai setiausaha agung PKR.

“Saya tidak mahu keluar parti semasa tempoh khidmat saya secara rasmi bersama PKR belum berakhir. Dan, selepas itu saya sudah memaklumkan (kepada parti) bahawa saya sudah keluar parti,” kata beliau yang memegang jawatan setiausaha pengelola sejak 2004 dan kemudian sebagai setiausaha agung selepas pilihan raya umum ke-12.

Keputusan itu walaupun tidak mendapat publisiti sebelum ini tetapi dilihat sebagai satu kejutan atas kapasitinya sebagai bekas setiausaha agung parti dan pemimpin kanan.

Apabila ditanya sama ada beliau akan turut menyertai mana-mana parti termasuk Umno, Salehuddin hanya berkata, “saya seorang ahli politik yang sudah bersara.”Baca lagi di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan