Nah sekarang ikan dah mahal yang beli mengeluh,yang jual pun merungut,kedai makan buka tepi jalan dan warung-warung kecil pun dah naik harga tapi kita asyik dengan isu melompat dalam parti .Sapa Untung kalau bukan Umno-Bn.Isu siapa pembunuh sebenar Altantuya tenggelam.Isu Teoh Beng Hock yang mati samaada dibunuh atau dicekik dan tercekik jadi tandatanya kita semua.
Isu enjin jet hilang dah tenggelam.Isu Kapal Selam tak boleh menyelam dilupakan.Kita sibuk dengan MP Pakatan yang berpaling tadah.Mereka jual maruah kerana hadapi kesulitan hidup, kejar wang untuk terus hidup senang lenang.Laungan hak Melayu hilang dimainkan,didendangkan semakin kuat untuk kaburi orang Melayu supaya terus menyokong Umno.
Lagi banyak berlaku melompat dalam Pakatan Rakyat lagi seronok Umno-Bn .Kita tolong buat kerja untuk kuatkan Umno bukan melemahkan Umno dengan isu MP Pakatan melompat jadi bebas!Kita menghalakan peluru ke dada sendiri bukan ke dada musuh yang berada di depan mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan