Sabtu, 20 Mac 2010

Bila orang kafir tak takut dengan Islam Umno pula yang jadi takut

Kata Dr Badrul Amin Umno adalah parti yang suka pecahbelahkan rakyat,timbulkan ketegangan kaum dan perosak perpaduan antara rakyat yang berbilang agama.Apa yang Umno tak buat untuk timbulkan propaganda murahan supaya rakyat kembali menyokong Umno?

Suara-Keadilan.com melaporkan;

Menyentuh mengenai Pakatan Rakyat Dr Badrulamin berkata Umno-BN kini cukup takut dengan kekuatan gagasan itu menyebabkan musuh sentiasa mahu mengugat dan memecahbelahkannya.

"Apa yang Umno cukup mengelabah dan takut ialah wujudnya satu gabungan yang dipanggil Pakatan Rakyat. Mereka tidak pernah takut dengan PAS sebagai PAS, KEADILAN sebagai KEADILAN atau DAP sebagai DAP tetapi bila bergabungnya ketiga-tiga parti ini kekuatannya amat luar biasa.

"Kekuatan Pakatan Rakyat tidak kepada PAS sahaja, tidak kepada KEADILAN atau DAP sahaja, macam Power Rangerslah apabila lima Power Rangers ini bergabung tenaga baru jadi kuat, kalau seorang berlawan kalah," jelasnya.

Oleh kerana itu kata beliau Umno-BN mencipta beberapa isu berkaitan agama dan perkauman serta mencetuskan insiden-insiden yang boleh menjuruskan kepada pergaduhan antara kaum.

"Dalam isu kalimah Allah apakah Umno bersuara atas prinsip mahu pertahankan nama Allah, kalau kerana prinsip mengapa mereka ke Sabah dan Sarawak dan kata orang di Kristian di sana boleh pakai nama Allah, apakah Allah di Sabah dan Sarawak tak sama dengan Allah di Semenanjung? Status Allah pun berbeza ikut zon?

"Ini kerana mereka melihat sokongan orang Sabah dan Sarawak kepada Pakatan Rakyat sampai ke 70 peratus, Umno-BN panik maka terus mereka mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian yang kononnya hendak mempertahankan kalimah Allah.

"Bila mereka tengok di Semenanjung sokongan orang Cina dan India meningkat kepada hampir 90 peratus kepada Pakatan Rakyat, mereka buat kenyataan bahawa Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan boleh guna kalimah Allah dengan alasan negeri-negeri ini tidak ada Sultan. Bagaimana pula dengan Melaka, sebab itu saya kata pendirian mereka bukan atas prinsip agama tetapi kerana kepentingan politik," kata Dr Badrulamin lagi.

Walau bagaimanapun segala perancangan jahat Umno-BN tidak mampu menggoyang keutuhan Pakatan Rakyat kerana rakyat sudah masak dan mengetahui motif setiap isu yang dicetuskan kata beliau.

"Mereka ingat dengan isu kalimah Allah, PAS dan DAP boleh berpecah tapi tak pecah, kemudian dia bakar gereja nak pecah belahkan kita, dia campak kepala babi hutan dalam masjid bukan untuk hina masjid tapi mahu pecah belahkan kita tapi makin kuat kita diasak makin kuat kita berteguh, berpakat.

"Bila gereja diserang PAS pergi, KEADILAN pergi bukan setakat tengok tolong lagi, bila kepala babi dicampak ke masjid, Cina dan India datang peluk Imam dan kata "Sabar tuan Imam".

"Mereka nak pecah belahkan kita sebab apabila orang Cina tidak lagi takut dengan Islam, siapa yang takut? Apabila orang India sudah berani pakai baju 'PAS For All', 'Islam For All', siapa yang paling takut? Apabila orang Cina seperti Chang Ming Kai (ADUN Simpang Pulai) sudah pandai baca Quran siapa yang takut? Sudah tentu jawapannya Umno!" tegas Dr Badrulamin. Baca di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan