Rabu, 10 Mac 2010

Zul Noordin jadi "Kasim Selamat"

MP Bebas Zul Nordin kata ahli-ahli parlimen dan pemimpin PKR yang tinggalkan parti itu adalah orang yang berintegriti dan tidak boleh dipersoalkan moral mereka? Betoika mereka tu ada integriti? Mohsin MP Bagan Serai dan rakan-rakannya yang tinggalkan PKR tu baguih-baguih belaka ka?

Teringat aku akan apa yang blogger Penarik beca tulis Tahi Judi. Sapa dia taik judi tu? Siapa dia taik ayaq (kaki botol)?Kalau nak tau pi siasat sendiri. Siapa pula yang merajuk tak dapat jawatan lalu lompat keluar parti? Tah , sapa tah. Kata Zul Noordin dalam laporan Bernama;


"Bukan bilangan, tetapi kualiti mereka yang keluar parti. Anda boleh lihat orang seperti Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan bekas Setiausaha Agung parti Datuk Salahuddin Hashim...mereka ini adalah orang-orang yang sangat rapat dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tahap integriti mereka tidak boleh dipersoalkan.

"Maksud saya di sini orang yang berkualiti meninggalkan parti, kita tidak mahu kuantiti tetapi kualiti. Saya beri jaminan pada anda, seorang lagi insan berkualiti akan keluar parti tidak lama lagi," katanya semasa temubual secara langsung NST, di sini Rabu.-Bernama

Zul juga dok pelaga(batu api) sesama pemimpin Pas dengan mengatakan ada pemimpin kanan Pas dan penyokong Pas yang sokong beliau dan akan turut buat 'road show' bersama Zul .Pulak dah! Penyokong Pas dan pemimpin Pas mana yang bodo sangat nak bersama Zul tu? Mungkin bukan yang dituduh Zul budak beringus kot . Bagi Zul yang tak beringus macam Ketua Pemuda Pas Pusat yang lain-lain tu beringus belaka sebab bagi pandangan tak setuju Zul masuk Pas.

Dalam cerita "Ibu Mertuaku" filem lakonan P. Ramlee yang pegang watak Kasim Selamat bila mata jadi buta turut buat road show daripada Perlis sampai Singapura. Zul Noordin pula bila kena pecat turut akan buat road show macam Kasim Selamat.

Agak-agakla antara yang lompat parti jadi bebas dengan yang kena pecat mana yang ada sikit-sikit la intergriti?

Baca juga;
Umno perlukan Zulkifli Noordin bukan Pas-peguampas
Gerakan gesa Umno, BN jangan terima Zulkifli-Malaysian Insider/Bernama
Sokong Khalid berdebat dengan Zulkifli Nordin-mso.melayu.blogspot

1 ulasan:

  1. Bukan Org Kulim10 Mac 2010 11:24 PTG

    Kah ! Kah ! Warghhhh ! Sakit perut dan ayak hidung aku bila dengag mat loq laq yang gila talak ni merabannn... Cukup lah mat loq laq nanti rosak anak telinga combi !!!

    BalasPadam