Wakil-wakil rakyat muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap beberapa wakil rakyat `veteran’ yang keluar daripada parti itu dan Pakatan Rakyat sebagai musuh pada masa depan negara dan mengkhianati harapan rakyat. “Tindakan mereka tidak peduli malam sesungguhnya memusuhi masa depan negara dan rakyat. Mereka telah mengkhianati harapan rakyat biasa di Malaysia yang memilih (mereka yang terbabit) untuk perubahan dua tahun lalu,” jelas Adun Batu Caves, Amirudin Shari selaku jurucakap bagi wakil rakyat muda PKR itu dalam suatu sidang media di sebuah hotel, di sini, malam tadi.
Menurut beliau lagi, tindakan mereka yang terbabit meninggalkan parti itu bukanlah disebabkan dasar parti yang tidak adil.
Sebaliknya, beliau mendakwa insiatif mereka yang terbabit keluar dari parti itu disebabkan masalah yang terlalu peribadi, yang bukan menjurus pada kepentingan rakyat.
Ekoran itu, beliau bersama-sama 11 wakil rakyat belia PKR menganggap pemimpin-pemimpin veteran PKR terbabit sebagai ‘biawak-biawak hidup’.
Disebabkan tindakan keluar dari parti itu, Amiruddin turut menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat sedang menilai ‘biawak-biawak hidup’ terbabit.
“Mereka mengisytiharkan diri mereka bebas, sedangkan semua (rakyat) melihat mereka sedang bergantung dengan corak rasuah dan pendekatan kuno masa lalu.”
“Dengan memilih tindakan jahat ini, mantan pimpinan Keadilan yang bertindak keluar parti ini memilih untuk terus memandang ke belakang,” jelasnya
Tambahnya lagi, walaupun mungkin akan ada lagi wakil rakyat veteran meninggalkan PKR kelak, beliau menegaskan bahawa wakil rakyat belia dari parti tersebut tetap berikrar untuk tidak meninggalkan parti tersebut serta tidak akan mengkhianati muafakat Pakatan Rakyat.
“Kami (wakil rakyat belia) tetap tidak akan patah balik dan kami mahukan perubahan, kamu mahu berkhidmat kepada rakyat dan kami kamu terus dipercayai oleh rakyat dan Pakatan Rakyat,” jelasnya lagi.Baca lanjut di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan