Rabu, 17 Mac 2010

Orang Asli Kena Tipu Mara Ke Putrajaya

Aku nak ucapkan tahniah kepada orang asli kaum asal negara ini yang berani menuntut hak-hak mereka yang ditipu pihak berkuasa yang pandai bermain kata-kata untuk menyedapkan hati kaum yang kena tipu itu. Hari ini Orang asli dah mara ke Putrajaya ,berdemontrasi menuntut hak-hak mereka yang dipekakkan telinga oleh pihak pemerintah Umno-Bn.

Bukan setakat Pakatan Rakyat bercita-cita nak ke Putrajaya orang Asli pun mau ke Putrajaya ! Umno-Bn ingat kaum Asli itu boleh diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya tapi apa yang berlaku adalah disebaliknya. Hampir dua ribu orang Asli berhimpun di Putrajaya berjumpa dengan Shafie Afdal Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Shafie Afdal yang juga Ketua Perhubungan Umno Kedah mungkin sibuk dengan jawatannya di Kedah sebab nak ambik balik Kedah daripada tangan Pakatan Rakyat. Dah la duduk di Sabah kena pula berulang alik ke Kedah sekarang orang Asli yang kena tipu tu nak tonyoh-tonyoh muka Shafie yang jaga hal ehwal mereka.

Lemahnya Umno di Kedah yang terpaksa berketuakan orang luar untuk perintah orang Umno di Kedah.

Dalam berita Malaysiakini 'Tanah ditipu', Orang Asli berhimpun di Putrajaya melaporkan;

Lebih 2,000 Orang Asli kini di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri yang berkaitan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.

Kira-kira seribu lagi kini berada di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.

Mereka bersiap sedia untuk berarak tetapi dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.

Bagaimanapun setelah perbinacngan kira-kira 15 minit, pihak polis memberi jaminan untuk membenarkan lima orang wakil Orang Asli untuk menghantar memorandum berkenaan.

Keputusan itu disambut dengan pekikan "boo" oleh Orang Asli.

Polis juga meminta Orang Asli supaya tidak berarak dan mempamerkan kain rentang serta sepanduk mereka.

Kumpulan itu bagaimanapun akur untuk tidak menghalang laluan ke JPM dan berkumpul di bahu jalan.

Pada perhimpunan ini, orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang yang antaranya berbunyi “ Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati”, “ Jangan Hapuskan Akta Kami” dan “Iktirafkan Wilayah Adat Kami”.-Malaysiakini.

Kita orang Melayu ni dah ramai yang sedar dengan sepak terajang politik Umno tapi masih ada lagi yang mendewa-dewakan Umno sebagai tiang seri untuk terus hidup. Teringat aku akan kata-kata "orang Melayu ni selagi ada duit dalam poket, makan pakai cukup, boleh belanja kawan -kawan minum teh dan nasi lemak kat kedai kopi dia tak akan mengamuk, tapi bila seluk poket seluaq sekupang pun tak dak waktu tu baru dia nak mengamuk" !

2 ulasan:

  1. orang asli boleh, pincang pemrintahan UMNO-BN yang diagong2kan oleh orang-orang melayu yang bertuhankan UMNO-BN

    BalasPadam
  2. Orang Melayu..Bila plak nak buat..Cuba semak balik sejak kanun tanah negara di pinda oleh TUAN MELAYU kita..Berapa tanah rizab MELAYU yang tinggal utk anak cucu kita...Mane lah tau takut plak...bila sedar dri tido..nasib kita sama plak macam MELAYU P.Pinang...Beringat sebelum terkena......

    BalasPadam