Selasa, 9 Mac 2010

Polis Berbohong, Mufti Tumpang Sekaki

Seorang anggota polis yang jadi saksi pendakwa dalam kes perbicaraan Mat Sabu di Pulau Pinang didapati berbohong dengan menangkap gambar di tempat lain yang tak ada kena mengena dengan kes yang dibicarakan tapi gambar tersebut turut dijadikan bahan bukti.Pendedahan peguam Hanipa Maidin yang wakili Mat Sabu dalam kes tersebut menyebabkan rakyat yang celik dan tidak buta undang-undang semakin hilang kepercayaan kepada polis yang suka cakap bohong bila jadi saksi pendakwa.

Berikut antara percakapan dalam Mahkamah yang dipetik daripada Harakahdaily;

Semasa menyoal balas Lans Korporal Kamaruddin, Hanipa bertanya adakah beliau bersetuju bahawa salah satu gambar yang beliau ambil di IPK itu (gambar orang bersembahyang) adalah juga gambar yang sama dengan gambar yang diambil oleh Korporal Khairi dan saksi itu menjawab beliau bersetuju.

Hanipa seterusnya bertanyakan saksi itu dengan soalan berikut :-

Hanipa: Apabila Korporal Khairi menyatakan gambar itu (gambar yang sama itu) diambil di Tol Bukit Tambun manakala kamu pula mengatakan gambar itu diambil di IPK bermakna salah seorang dari kamu berbohong di Mahkamah?

Kamarudin:
Diam.

Hanipa: Saya katakan sekali lagi salah seorang dari kamu pasti telah berbohong ! Kamu atau Korporal Khairi yang berbohong?

Kamaruddin:
Korporal Khairi yang berbohong!

Sebaik sahaja saksi itu menyatakan Korporal Khairi yang berbohong maka Hanipa meminta Mahkamah menggunakan kuasanya di bawah seksyen 30 Kanun Prosedur Jenayah untuk menangkap saksi pendakwa tersebut kerana saksi
tersebut telah membuat kesalahan di bawah seksyen 191 Kanun Keseksaan iaitu memberi keterangan palsu di Mahkamah.

Hanipa berhujah di bawah seksyen 30 Kanun Prosedur Jenayah seorang Majistret boleh menangkap atau mengarahkan seseorang untuk menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan di hadapan Majistret.

Jelas saksi polis ini telah memberikan keterangan yang palsu dan oleh itu, hujah Hanipa, majistret boleh menangkap saksi tersebut.

Pihak Pendakwa meminta Mahkamah menangguhkan keputusan permohonan peguambela itu hanya setelah kesemua keterangan pendakwaan diberi.

Pendakwa seterusnya berhujah isu tersebut adalah melibatkan satu keeping gambar sahaja dan meminta Mahkamah tidak menangkap saksi tersebut.

Hanipa menjawab bahawa sama ada ianya melibatkan satu keping gambar atau banyak gambar ianya tidak penting. Apa yang penting adalah saksi pendakwa telah berbohong di Mahkamah.

Hanipa berhujah jika menggunakan hujah pendakwa, adakah pendakwa ingin menyatakan bahawa tidak salah kalau seorang mencuri atau rasuah RM1.00 tetapi hanya salah jika jumlahnya RM1000.00? RM1.00 atau RM1,000.00 ia adalah rasuah.

Oleh itu sama ada satu gambar atau banyak gambar jika saksi berbohong ia adalah berbohong dan ia adalah satu kesalahan jenayah.Baca di sini

Beberapa hari yang lalu Ustaz Ahmad Awang Ahli Majlis Syura Pas Pusat turut mendakwa Mufti Perak menokok nambah dalam isu pendedahan kerjasama Pas-Umno untuk bentuk kerajaan di Perak selepas tamat pru 12 yang lalu.Baca di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan