Isnin, 22 Mac 2010

Pas kena contohi MCA

Oleh kerana sayang sangat dengan Parti Islam Se Malaysia ni lah segala kekotoran kena dikeluarkan, kena dibersihkan supaya tidak melarat-larat jadi penyakit yang sukar diubati. Setiap penyakit ada ubat kecuali penyakit tua dan mati.Tapi kalau dah tau penyakit tu merbahaya tak mau berubat akhirnya menunggu mati saja jawabnya.

Hari ini Presiden MCA Ong Tee Kiat akan dicabar oleh Chua Soi Lek dan Ong Ka Ting untuk jawatan Presiden MCA. Politik Cina lebih bijak daripada orang Melayu yang suka sangat jadi api dalam sekam , pepat di luar runcing di dalam, gunting dalam lipatan dan orang yang dedahkan segala keburukkan parti dianggap pulak sebagai batu api, pembohong dan persepsi.

Tidak ada parti dalam dunia ni yang maksum daripada segala keburukkan , penyelewengan dan salah guna kuasa. Serban sebesar bakul sekalipun kalau dengan duit , kuasa dan pompuan belum tentu akan terselamat daripada godaan duniawi itu.

Orang yang sayang kepada Pas tapi jadi buta dengan pemimpin yang cuba gadai prinsip perjuangan parti sebenarnya merekalah yang menghancurkan Pas daripada dalam. Sayang Pas tapi tak sanggup nak keluarkan kekotoran, tak berani nak berkata benar walaupun pahit. Mereka pulak menyalak-nyalak di kiri dan kanan jalan terhadap orang yang dedahkan kebenaran.

Baca juga ;
Chua Soi Lek sah tanding Presiden-Malaysiakini
Umno adalah Syaitan- Albakistani
Nabi tak buat Kerajaan Perpaduan-Jiwo Kelate

2 ulasan:

  1. WALAK SHEIH, WALAK, WALAK, WALAK. Tolonglah kepada yang walak tu. Janganlah nampakkan Islam ni bodoh sangat. Kenapa cina kafir lebih bijak? kenapa orang jepun lebih bijak? kenapa orang eropah lebih bijak? kenapa orang amerika lebih bijak?

    Jawapannya ialah orang Islam terlebih walak kepada pemimpin yang lembab. Banyak nikmat yg Allah beri pada pemimpin dunia Islam tapi nikmat akal tidak digunakan. Umat Islam hanya menjadi pengguna dan pengikut shj. Tiada yg jadi pencipta. Yang saya nampak cuma di turki dan iran shj yg berpotensi utk ke dpn.

    Dlm konteks PAS pula lebih selesa menjadi pengikut kpd yg berkuasa. Langsung tak ada visi utk jadi penguasa. Tidak ada pendirian sendiri. Jika menag besar dlm pru lepas pemimpin akn mendabik dada mengatakan pas itu kuat. Diterima oleh semua. Dlm bnyk2 parti pas hampir terkebelakang.

    Sungguhpun memperjuangkan Islam tapi apa perinciannya? Apa yang yg Islam nak buat utk masyarakat? Umat Islam sendiri terutama puak2 sekular meragui apa Islam boleh buat kerana ustaz2 dalam PAS hanya tahu ttg fardhu ain shj.

    Man dia engineer, arkitek, doktor, pakar2 IT Islam? Ketengahkan mereka. Bersaing dengan bangsa2 lain spt jepun, cina, korea, eropah, malah yahudi sekali pun wpun jahat tapi otak genius mereka kita boleh ikut selagi tak melanggar syarak. Pedulikan dengan umno dgn melayunya. Tak guna terpekik2 menyebut hidup melayu tapi melayulah bangsa yg paling mundur di malaysia.

    Pemimpin Islam tak semestinya soerang engineer, tapi mestilah bijak mengatur strategi. Jangan ambil jalan pintas dalm perjuangan. Jika rasa diri tidak layak, berikan shj kpd yg lebih layak. Jadilah pencipta, perekabentuk serta akitek dalam menegakkan Islam. Jangan hanya jadi pengikut dan pengguna shj. Kita boikot brg yahudi. Benar... tapi adakan alternatif kpd keperluan tersebut. Jgn hanya pandai berdemo shj. Perlu pandai mengatur strategi.

    Dalam usrah jgn hanya ajar mcm mana nak mandi wajib, mcm mana nak walak, tapi perlu lebih terkedepan.

    BalasPadam
  2. Eee Nizam, apa yang hang buat untuk islam? Cakap pandai.

    BalasPadam