Selasa, 31 Mei 2011

'Chai' pemilihan Pas mula berkeliaran


Pemilihan jawatan tertinggi PAS semakin hampir membahang apabila wujudnya cakap-cakap di kalangan akar umbi mengenai regu atau 'chai' yang berpontensi menang. Malah, ia dilihat mula diedarkan di laman maya, khususnya di Facebook beberapa hari kebelakangan ini.

Bagi jawatan timbalan presiden, umum melihat wujudnya tiga 'chai'. Kumpulan ulama kali ini dilihat berpecah dua manakala kumpulan profesional teguh di belakang calon timbalan mereka Mohamad Sabu.

Menariknya Nasharudin Mat Isa (penyandang) dan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat percubaan pertamanya ke jawatan itu masing-masing berkongsi chai yang sama.

Sumber-sumber memberitahu, dalam senarai chai yang disebut-sebut, Mohamad Sabu -- yang dilihat keseorangan -- kali ini disokong kuat golongan profesional dari kumpulan Erdogan.

Mohamad digandingkan dengan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan penyandang naib presiden Datuk Mahfuz Omar.

"Jika perwakilan tidak mahu (memilih) kumpulan ulama, mereka akan memilih tiga tokoh ini," kata mereka kepada Malaysiakini.

Ulama berkongsi chai

Bagi 'chai' Nasharudin dan Tuan Ibrahim pula, sumber-sumber berkata, mereka bergandingan dengan dua tokoh ulama -- ketua penerangan Idris Ahmad, exco kerajaan Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah -- bersama-sama penyandangnya Salahudin Ayub.

Menurut sumber-sumber, Salahudin yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan Erdogan digandingkan pula dengan kumpulan itu ekoran pendekatan kempennya yang dilihat 'play safe' dan cuba meraih sokongan kedua-dua pihak.

Pemimpin yang mendokong kepimpinan ulama antaranya anak murysidul am Nik Abduh Nik Aziz, exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hassan Ali dan beberapa pesuruhjaya negeri -- Salleh Man (Pulau Pinang), Zulkefly Mohamad Omar (Negeri Sembilan) dan Dr Mahfodz Mohamed (Johor).

Sehubungan itu, pemerhati politik berpendapat, peluang Nasharudin untuk menang dilihat "luntur" susulan kemasukan Tuan Ibrahim bertanding jawatan nombor dua parti.

Apatah lagi, Tuan Ibrahim yang selebriti agama dan tokoh ulama yang dikatakan sesuai untuk menggantikan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang di masa depan.

Sementara untuk jawatan naib presiden, walaupun pertembungan dijangka sengit, tetapi Mohammad Nizar dan Idris dilihat agak kedepan buat masa ini.

Mohammad Nizar yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak berpeluang besar menang kerana cukup populariti dan dianggap 'selebriti' PAS. Manakala "kerajinan" Idris mengeluarkan kenyataan media sejajar tugasnya amat membantu.-Malaysiakini.

Yang lari masuk Umno tu bukan ulama ka?

Kempen secara terang-terangan golongan ustaz dan ulama dalam Pas kepada calon yang bertitle ulama dan ustaz semakin jelas dan terserlah semasa pemilihan Pas akan berlangsung beberapa hari lagi..Bagi mereka perwakilan kena pilih calon yang beraliran agama sebagai pilihan mereka demi meneruskan kepimpinan ulama dalam Pas.

Nak tanya sikit kepada mereka yang mahukan ustaz sebagai Timbalan Presiden dan merasa bimbang jika bukan ustaz jadi Timbalan Presiden Pas, adakah bekas pemimpin Pas seperti Nakhaie Hj Ahmad, Mustafa Taib, Ghazalie Hj Ahmad tu bukan golongan ustaz dan ulama Pas ka yang lari masuk Umno?Banyak lagi tokoh-tokoh yang kafirkan Umno lari masuk Umno terdiri daripada mereka yang mengaku sebagai ulama dalam Pas.

Mereka membuat honar dalam Pas lepas tu lari masuk Umno.

Depa kempen sampai dalam kelambu

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Harun Taib mahu supaya tradisi dalam Pas iaitu golongan berpendidikan agama dipilih sebagai pemimpin peringkat atasan Pas.Harun Taib dah bagi signal jelas kepada perwakilan siapa yang harus depa pilih.Kalau ustaz A tak ok perwakilan boleh pilih ustaz B.Janji ustaz jadi orang no 2 Pas.

Kata Harun Taib :Tiada peruntukan tapi Pas harus pertahan kepimpinan ulama (M'insider).Utusan pula melaporkan Kepimpinan ulama mesti dikekalkan.Utusan pun sokong supaya ulama jadi pemimpin Pas!

Kata Harun Taib

“Itu terpulang kepada perwakilan untuk buat keputusan dan pilih, siapa-siapa menang pun tiada masalah sebab mereka ahli PAS juga.

“Tapi kalau perwakilan faham, tradisi kepimpinan ulama itu harus diteruskan... ikut amalan sesiapa pun boleh tapi amalan biasa adalah kepimpinan ulama walaupun dalam perlembagaan parti tiada syarat begitu,” kata Harun kepada The Malaysian Insider.

Veteran Pas Subky Latif turut senada dengan Harun Taib dengan berkata jika kerusi Presiden kosong Timbalan Presiden yang akan ambil alih.Tu dia kira sampai tara tu punya takut dan bimbang kalau-kalau bukan ulama pegang no 2 Pas.Baca di sini.

Depa pakat kempen sampai ingat ke liang lahad supaya perwakilan pilih ustaz-ustaz jadi no 2 Pas.

Isnin, 30 Mei 2011

Umno pujuk Nik Aziz 5 kali tawar 3 jawatan menteri

'5 kali cuba pujuk Nik Aziz, tawar 3 menteri'-M'kini

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.

Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

umno pasBagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.-Malaysiakini.

Mat Sabu calon anak tiri media Umno

Selepas Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hasan At Tantawi diberi muka oleh media Umno kini Utusan buat laporan kenyataan Mustafa Ali Setiausaha Agung Pas Pusat yang menafikan apa yang disebut Tantawi dalam temuramah dengan media Umno-Utusan

Temuramah Utusan dengan At Tantawi itu boleh di baca dalam laporan Utusan edisi Mingguan Malaysia.Edisi online dengan tajuk Ada 'Pengacau' Dalam Pemilihan.Sapa ada baca Mingguan Malaysia semalam boleh baca semua dalam edisi cetak.

Hari ini Utusan laporkan Pengacau:Mustafa sanggah kenyataan Nasruddin.Media Umno -Utusan jadi medan pemimpin Pas yang lembik dan mesra Umno untuk ditemuramah.Berita Harian pula 'up' Nasharuddin Mat Isa calon Timbalan Presiden dengan melaporkan 'Tanding bukan untuk popular'.Sebelumnya pak yet-pak yet Umno (MUBARAK) yang dah pencen kata Nasa ok, Tuan Ibrahim pun ok.Yang keras kepala dengan Umno macam Mat Sabu Umno -Utusan tak hampir untuk interview.

Begitu juga dengan Murshidul Am Pas TGNA terus menerus diserang media Umno-Utusan dengan mennyuruh TGNA bertaubat dimuka depan akhbar tersebut hari ini menjelang Muktamar Pas.Macam saya kata ada pemimpin Pas Umno 'up' dan puji ada pemimpin Pas Umno-Utusan hina dan keji.

Pemilihan Pas:Jika sengit laksanakan sistem celup jari

Saya ada tulis dalam posting saya Pas wajib laksana sistem celup jari semasa pemilihan pimpinan tertinggi Pas.Kini Pas mengakui pemilihan kali ini amat sengit dan menarik semua pihak kerana pertembungan antara golongan aliran agama dan bukan aliran agama dalam bertanding jawatan peringkat tertinggi Pas.

Saingan amat sengit tapi perwakilan jangan emosional, nasihat Pengerusi Tetap PAS-M'insider

Seorang pemimpin veteran PAS mengakui ini kali pertama parti itu berhadapan dengan persaingan paling sengit bagi kesemua jawatan utamanya tetapi menasihatkan lebih 1,000 perwakilan agar tidak mengundi “secara emosional” dalam memberikan mandat baru hujung minggu ini.

Pengerusi Tetap PAS Abu Kassim Abdullah berkata, beliau secara peribadi merasakan sukar untuk membuat pilihan calon yang terbaik untuk mengisi kedudukan sama ada bagi jawatan timbalan presiden ataupun naib presiden.

“Ini pandangan peribadi saya... cakap banyak pun susah nanti, dulu sangat jelas, nak pilih tiada masalah. Sekarang nak pangkah mana satu, saya rasa sangat sukar, saya sendiri pun tidak tahu nak pangkah siapa.

“Saya rasa berbanding dengan pemilihan tahun 2009, ini adalah (pemilihan) yang paling sengit, tetapi lebih sengit daripada tahun-tahun lalu,” kata beliau yang memegang jawatan pengerusi tetap sejak 24 tahun lalu.

PAS, yang berusia enam dekad, mengadakan pemilihan dua tahun sekali sempena muktamar tahunan ke-57 di Gombak hujung minggu ini.

Mengulas lanjut mengenai soal “emosional” dalam menentukan undi, Abu Kassim dari Kedah yang menjadi pengerusi tetap sepanjang kepimpinan tiga presiden termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang berkata, perwakilan tidak seharusnya terpengaruh dengan kebolehan seseorang “bercakap” atau terpikat dengan “pemberian sesuatu” walaupun bentuk kempen parti itu masih jauh berbeza daripada Umno yang menjalankan kempen secara terbuka dan menggunakan jentera pemilihan yang besar.

“Ya, ya... jangan emosional dalam pilih pemimpin. kena cari pemimpin yang terbaik. Di dalam PAS ini cara berkempen ini berbeza, dia buat secara berbisik-bisik, dalam motokar (kereta), ketika ada kenduri, di kedai-kedai kopi... jadi jangan ada yang terpengaruh kerana pandai bercakap, diberi sesuatu,” kata beliau sambil menegaskan, kesemua calon bagi kerusi timbalan presiden dan naib presiden mempunyai keseimbangan dari segi kekuatan masing-masing.

Mengenai nasihat kepada perwakilan, Abu Kassim berkata, perwakilan perlu memilih timbalan presiden dan naib-naib presiden, malah penyandang jawatan-jawatan lain tanpa dipengaruhi oleh elemen emosi.

Pemilihan juga membabitkan Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama.

Sambil menekankan bahawa kesemua calon yang menawarkan diri bertanding atas prinsip kepentingan jemaah dan bukannya kepentingan peribadi, Abdu Kassim menambah, “kalau nak cari kelemahan seseorang calon, memang boleh dipungut (boleh dicari)... jadi bagi saya dari segi kebolehan, saya melihat tiada masalah.”

“Nak kata Nasharudin (timbalan presiden) ada kelemahan, ada kekurangan... tetapi dia juga telah menjalankan tugas dengan baik. Jadi nak cari kelemahan orang pegang jawatan ini boleh, sebab dia (pesaing) belum pegang jawatan lagi,” katanya lagi.

Tiga orang bersaing bagi jawatan timbalan presiden iaitu Nasharudin Mat Isa mempertahankan jawatannya dan beliau disaingi oleh Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad mencuba kali kedua manakala Tuan Ibrahim buat kali pertama.

Enam orang bertanding jawatan naib presiden berbanding lima calon dua tahun lalu. Mereka ialah Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang masing-masing merupakan penyandang, Datuk Husam Musa, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Ditanya mengenai ciri seorang timbalan presiden yang diperlukan kali ini, Abu Kassim berkata, PAS memerlukan penyandang jawatan yang dapat menyediakan sebuah pasukan yang boleh membantu Hadi, selaku presiden, untuk menghadpai pilihan raya umum ke-13.

“Penyandang mestilah seorang yang dapat membantu presiden menyediakan pasukan yang boleh menghadapi pilihan raya umum, dalam beberapa bulan ini dia mampu membantu presiden menghadapi pilihan raya... pilihan raya tak tahu bila mahu diadakan, tetapi orang kata dekat, jadi ada beberapa bulan sahaja lagi,” katanya.

Malah kata beliau, PAS memerlukan kepimpinan yang dapat memperkukuhkan parti dan juga Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum ke-13.

Katanya, Umno-BN akan terus menyerang bagi memastikan PAS dilaga-lagakan dengan DAP dan PKR, yang merupakan anggota komponen Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Abu Kassim menambah, penyokong Pakatan Rakyat perlu menerima hakikat bahawa untuk memerintah negara ini ketiga-tiga komponen ini perlu sedar bahawa mereka tidak boleh mencapai matlamat itu dengan bertanding atau bergerak secara berasingan. “PAS, kalau hendak memerintah secara berasingan pun, hanya boleh tiga negeri sahaja, begitu juga DAP tiga negeri, dan kalau PKR pun tiga empat negeri.

“Jadi, kita perlukan pemimpin yang boleh memperkukukuhkan kedudukan PAS dan membantu presiden dalam hal ini,” kata beliau sambil menambah, PAS juga memerlukan seseorang pemimpin yang kena yakin pada Islam.

Katanya, jika seseorang itu tidak berlatarbelakangan pendidikan Islam pun tiada masalah, asalkan mereka sanggup belajar dan yakin pada PAS dan Islam.

Baca juga;
Pemilihan Timbalan Presiden Pas-Sinar Harian

Pemilihan Pas: Pas Ganti Umno atau Mesra Umno?

Pas beranggapan Muktamar Pas kali ini adalah sebagai Muktamar 'Pas Ganti Umno'.Maknanya saf kepimpinan yang akan dipilih jadi mati hidup samaada perwakilan akan memilih pemimpin yang akan betul-betul boleh gantikan Umno atau hanya sekadar jadi fitnah dan mesra Umno.

Pemilihan Pas pada 2009 ada pemimpin Pas telah jadi fitnah kepada Pas gara-gara agenda 'kerajaan perpaduang' atau senang cerita pemimpin Pas tersebut mesra Umno.Pas terpaksa buat seminar khas selepas muktamar untuk menerangkan apa yang telah berlaku dengan agenda kerajaan perpaduang yang dah kantoi itu.

Kini Muktamar Pas 2011 yang ada pemilihan muncul lagi tiba-tiba Umno-Utusan jadi kesian dan mesra dengan beberapa kerat pemimpin Pas dan menyokong calon-calon tertentu supaya menang.Apa agenda Umno-Utusan kempen untuk calon-calon tertentu bagi jawatan Timbalan Presiden dan lain-lain jawatan dalam pemilihan Pas?Perwakilan nak pilih calon yang Umno-Utusan sokong atau yang Umno-Utusan meluat?Ingat ...Umno kalau buat baik dengan kita, puji kita, up kita tentu ada benda yang tak kena ! Ada orang kata kat saya, "Syaitan dok kacau kita bila kita solat sebab dia tak suka kita solat tapi kalau syaitan suka dengan solat kita sudah tentu dia tak kacau kita bila kita solat."

Takziah buat dua keluarga Mak saudara saya yang meninggal semalam selang 10 minit menghembuskan nafas terakhir.Moga Allah SWT mengampunkan dosa mereka dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.Alfatihah.Dua undi kepada parti Islam (Pas) dah hilang untuk lawan Umno-BN pru akan datang.Moga Allah SWT gantikan dengan berjuta-juta anak muda yang bencikan kezaliman Umno-BN.

Menarik-Musim ahli politik 'gila talak' jengul lagi dalam Umno-M'kini.

Sabtu, 28 Mei 2011

Najib boleh sembang deras sebab belum jadi pembangkang

PM Najib hari ini katanya telah berjaya himpunkan sejuta belia untuk pertahankan Putrajaya daripada jatuh ke tangan pembangkang di Putrajaya pusat pentadbiran kerajaan pusat.Kenapa Najib tak dengar cakap sepupunya Hisahamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri yang syorkan supaya berhimpun dalam stadium macam Hishamuddin syorkan kepada Himpunan Bersih 9 Julai ini.?

Kata PM Najib kepada belia-belia yang hadir "Saya percaya kita boleh tunjuk kepada dunia... negara (kita) aman dan stabil. Kita tidak bergolak. Apa yang berlaku di Mesir dan Tripoli itu soal negara lain.

"Negara kita, milik kita dan para belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung kepada kejayaan dan pelan transformasi negara.

“Di sini, satu juta belia berkumpul di Putrajaya bagi mempertahankan kerajaan. Sanggupkah anda mempertahankan Putrajaya bersama saya?” soalnya kepada hadirin dan disambut jeritan “ya”.

Najib kemudiannya melaungkan “pertahankan Putrajaya” sebanyak tiga kali.Baca semua di sini.Himpunan ini namanya Himpunan Sejuta Belia Negara sempena Hari Belia Negara.Kenapa tak himpun belia atas nama Belia BN?Kalau nama Belia BN berapa yang akan hadir?Kena himpun belia ramai -ramai lepas tu buat pameran dan ekspo semua akan hadir untuk berlibur bukan semata-mata datang nak dengar cakap Najib.

Najib belum rasa nikmat jadi Ketua Pembangkang..bila BN dah kalah Najib akan rasa nikmat jadi pembangkang macam Anwar rasa.Sekarang Najib boleh cakap apa saja sebab jadi PM.Bila dah kalah jadi macam Mubarak Mesir jadi macam Ben Ali di Tunisia hilang nikmat yang dikecapi selama ini.Kenapa Najib takut bandingkan Libya dan Mesir kata tak sama?Apa yang tak sama?Hak asasi manusia, kebebasan bersuara kepada pembangkang sama dengan apa yang terjadi di Mesir.Sana ada ISA di Malaysia pun ada ISA, penipuan dalam pilihanraya di Mesir, rasuah dan salah guna kuasa , kawal media pembangkang semua sama.

Umno-BN dah hilang 5 negeri dalam pru 12 yang lalu ,dah demam sampai tak kebah hingga kini tapi masih angkuh dan bongkak urus harta rakyat.Tidak akan ada kerajaan yang kekal perintah sampai kiamat walaupun berjuta menahannya daripada jatuh tergolek.Mana ada di dunia ni yang boleh bertahan perintah sampai bila-bila.Buka buku sejarah, kitab sejarah.Firaun yang mengaku Tuhan pun tersungkur ditelan bumi.

Menarik- 'Pemimpin Umno-BN resah jadi pembangkang'-Malaysiakini

Sebahagian daripada pengunjung pameran sempena Himpunan Sejuta Belia 2011 di Putrajaya hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
Sebahagian daripada pengunjung pameran sempena Himpunan Sejuta Belia 2011 di Putrajaya hari ini. — Foto oleh Choo Choy May-M'insider

Bodek Utusan jangan tak bodek

Membaca tulisan Ketua Pemuda Pas Pusat dalam blog beliau dalam posting yang bertajuk Nilai Sebuah Perubahan Pada Jamaah Islam keseluruhannya menggambarkan beliau sendiri berada dalam keadaan yang bimbang, takut, dilema akan siapalah yang akan menang jawatan Timbalan Presiden Pas, Naib Presiden Pas dan juga jawatan Timbalan Ketua Pemuda.

Nasruddin Hasan At Tantawi yang menang tanpa bertanding Ketua Pemuda Pas Pusat mungkin bimbang kalau-kalau semua jawatan di atas disapu bersih oleh semua calon yang bukan aliran agama .Jadi beliau menulis untuk luahkan apa yang akan berlaku sekiranya calon yang bukan aliran agama sapu bersih jawatan yang dipertandingkan.

Kebimbangan Tantawi sama macam Umno-Utusan bimbang kalau-kalau golongan aliran agama dah tak kuasai Pas!Umno dah tolak ulama lama dah tapi bila berlangsungya Muktamar Pas yang ada pemilihan, Umno-Utusan tumpang sekaki dok bodek sokong ulama.Kata Tantawi ,"Sifat positif pada sebuah perubahan yang digerakkan ialah untuk menganjak prestasi dan kualiti jamaah ke suatu tahap yang lebih baik dan cemerlang. Situasi ini agak subjektif dan memerlukan penelitian yang serius dan halus agar ia tidak diurus secara rambang dan boros tanpa mengambil kira hikmah [kebijaksanaan] dan himmah nya [kewibawaan]. Tentunya kita tidak mahu usaha merubah dan membaiki jamaah menjadi seumpama tikus membaiki labu."Baca semua klik tajuk di atas.

Dalam Pas ni macam saya kata ada pemimpin yang Umno suka dan ada pemimpin yang Umno tengok muka pun tak mau.Yang boleh celup-celap dengan Umno yang tu Umno suka la.Perwakilan nak pilih siapa yang mereka mau itu hak mereka tapi mereka kena ingat mereka mewakili keseluruhan ahli Pas di negara ini dan semua penyokong Pas bukan memilih ikut kehendak dua tiga kerat pemimpin Pas.

Berkaitan;
Hati-hati lakukan perubahan kepimpinan-Utusan Malaysia online

Nak pilih calon Umno puji atau calon kaki ketegaq lawan Umno?

Ada media Umno dok kempen kata ada pemimpin Pas ok! ok! yang tak ok kita pun tau sapa.Bagi Umno kalu muka Mat Sabu dan Mahfuz mampoih tak ok sebab depa ni kaki lawan Umno sampai bila-bila pun.

Mahfuz ahli parlimen Pokok Sena yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase) telah berjaya tekan kerajaan BN berlembut dengan mengatakan tidak ada lagi polis trafik sembunyi di balik tiang untuk saman pemandu yang memandu melebihi had laju.Senarai hitam pemandu juga ditangguhkan gara-gara desakan Kase.Ini jasa Mahfuz sebagai Naib Presiden Pas.Kalau sapa kata ni nak kempen bagi Mahfuz menang Naib Presiden kata pi la.Orang meniaga minyak angin pasar malam pun kempen kalau tak kempen sapa nak beli.

Tapi adakah peluang Mahfuz untuk menang kali ini cerah?Peluang Mahfuz agak gelap bila Nizar Jamaluddin bekas MB Perak turut bertanding jawatan Naib Presiden.Hanya jika perwakilan yang celik dan buka mata saja akan menangkan Mahfuz.Undi untuk Mahfuz di Perak akan diberikan kepada Ustaz Idris dan Nizar kalau perwakilan pilih atas semangat kenegerian bukan pilih atas dasar lain.

Sallahuddin Ayub dijangka raih undi paling banyak bagi jawatan Naib Presiden kerana 'geng Trengganu', Johor dan lain-lain negeri akan menangkan Sallahuddin.Begitu juga dengan Ustaz Idris dijangka menang kerana bagi Pas kot mana pun golongan ulama mesti ada dalam jawatan Naib Presiden walaupun syarat untuk bertanding jawatan tu bukan kena ada lulusan agama.

Bagaimana dengan Husam Musa Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan yang bertanding Naib Presiden?.Husam jika dibandingkan dengan Nik Amar , Husam lebih dikenali dalam Pas dan PR berbanding Nik Amar yang juga calon Naib Presiden.Nik Amar ibarat pemain bolasepak yang tak pernah jaringkan gol , jika Nik Amar berjaya jaringkan gol barulah Nik Amar lebih hebat daripada Husam!

Perwakilan nak pilih calon yang macam mana?Adakah calon yang kaki lawan Umno, kaki ketegaq dan tegas berdepan Umno atau nak pilih calon yang Umno dok puji?Cuba pikir kenapa Umno dok puji sesetengah pemimpin Pas dan ajak Pas peluk Umno.Sesetengah orang Pas pulak rasa ingat Umno dah betoi-betoi berubah, insaf kata niat Umno ikhlas ajak Pas peluk Umno!
Media Umno dok puji calon yang depa suka, yang Umno ingat boleh main celup-celap dengan Umno, bagi yang jenis nak perabih politik Umno nak tamatkan riwayat Umno mana Umno nak sokong! Umno kalau dok puji tu ada udang balik mee atau ada 'something wrong'.

Bagi jawatan Timbalan Presiden antara Mat Sabu, Nasharuddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim peluang siapa paling cerah untuk menang?Adakah Mat Sabu kaki demontrasi, kepala demontrasi, bekas tahanan ISA dua kali ini akan berjaya untuk percubaan kedua dinobatkan sebagai Timbalan Presiden Pas?Ada yang kata cukuplah buat Ustaz Nasa jadi Timbalan Presiden Pas dan beliau dicadangkan supaya berundur sebelum bertarung.Lalu dimasukkan bidan terjun Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyedarkan Ustaz Nasa apa kehendak golongan ulama dalam Pas.Golongan ulama juga sedar jika dua penjuru peluang untuk ustaz Nasa menang agak tipis sebab tu Tuan Ibrahim walaupun beliau sendiri kata tak layak untuk pegang jawatan TP Pas diarahkan bertanding untuk menyekat kemaraan Mat Sabu.

Presiden Pas TGHA yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden Pas berkata "Kita berani buat pemilihan walaupun dalam tempoh pilihan raya diadakan sedangkan parti lain menangguhkan pemilihan,".Baca di sini.Adakah perwakilan juga berani buat satu lonjakan drastik dengan memilih calon bukan ustaz sebagai TP Pas?

Utusan Malaysia pula hari ni melaporkan Gelora Pemilihan Pas.

'Stunami Altantuya' dah timbul bila kapal selam dah menyelam

'Individu misteri iring perjalanan Razak, Altantuya'-M'kini

Ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia.

apcet II 221209 cynthia gabrielPengarah NGO hak asasi Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa identiti orang ketiga yang terbabit dalam perjalanan berkenaan sedang disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa Perancis.

Walaupun 'ada satu nama' yang ditimbulkan semasa siasatan, katanya adalah terlalu awal untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Peguam kami telah memaklumkan bahawa ada satu nama orang ketiga ditimbulkan semasa siasatan... ia masih berterusan tetapi terlalu awal untuk menentukan siapa orang itu,” kata Gabriel.

Sebelum ini, pernah didedahkan bahawa sebuah syarikat bernama Gifen, yang ditubuhkan di Malta oleh Jean-Marie Boivin, campur tangan dalam rundingan pembelian kapal selam dengan memindahkan sejumlah wang bagi membiayai perjalanan Abdul Razak dan Altantuya.

NONERundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thal├Ęs.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu 'misteri' itu boleh membekalkan jawapan berhubung pembunuhan Altantuya, yang telah menghantui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2006. Gabriel juga enggan membincangkan lanjut perkara ini.-M'kini

Ini siasatan polis Peranchis bukan siasatan polis Malaysia.Dulu heboh beli kapal selam tak boleh menyelam .Rakyat M'sia bimbang sebab kapal selam tak boleh menyelam.Bila kapal selam dah menyelam semua orang suka.Najib suka, Rosmah suka, Zahid Hamidi suka..pakat baca doa buat kenduri kesyukuran.Kini bila disiasat pihak Peranchis siapa pengiring Razak-Altantuya semua orang dah tak suka..tidur malam tak boleh lena, kena bangkit solat tahajjud untuk tenangkan fikiran..doa tolak bala panjang-panjang supaya 'Stunami Altantuya' tak timbul.

'Stunami Altantuya' lagi hebat daripada Stunami di Jepun dan Acheh.'Stunami Altantuya' makan tahun daripada 2006 hingga sekarang tak selesai-selesai lagi .Bila 'Stunami Altantuya' akan tamat?Bala ini akan selesai bila diketahui siapa arah bunuh Altantuya.

Minyak RON 95 tak naik digantikan dengan hadiah kenaikkan tarif elektrik


K'jaan luluskan kenaikkan tarif elektrik-M'kini

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

“Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” petik kenyataan itu.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter. -M'kini.

Beberapa hari lepas Pemuda Umno 'berlakon' hebat dengan merayu desak kerajaan jangan naikkan harga minyak petrol RON95 rupa-rupanya depa ada kira nak naikkan tarif elektrik disebalik tak naikkan harga minyak petrol RON95 dengan alasan tak mau bebankan rakyat .Kalau kata nak kurangkan subsidi dengan naikkan tarif elektrik siapa yang tanggung pengurangan subsidi kalau bukan rakyat! Pusing kot mana pun rakyat yang kena bukan pemerintah.Pengguna terpaksa bayar lebih untuk kurangkan beban kerajaan tanggung subsidi.

Rakyat pula tak kira Cina , Melayu dan India terus dibaja dengan penyebaran video lucah sebagai ubat mujarab untuk hilangkan rasa marah dengan kenaikkan harga barang!Ini cara Umno-Bn nak meniaga...meniaga politik untuk menang pilihanraya.

Kata Ahli Parlimen Selayang Wiliam Leong,

kerajaan lebih berminat menanggung subsidi kepada sektor korporat seperti Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), bernilai RM19 bilion hingga RM22 bilion setiap tahun, berbanding menjaga kebajikan rakyat.

“BN tidak prihatin kepada rakyat walaupun menggunakan slogan rakyat didahulukan. Buktinya subsidi kepada IPP tidak ditarikbalik sedangkan mereka menikmati subsidi yang tinggi.

“Tetapi rakyat terpaksa bayar harga elektrik dengan kadar yang mahal,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Menurutnya, ketika banyak banyak negara mengeluarkan subsidi untuk menampung keperluan rakyatnya, Malaysia pula mengambil langkah mundur untuk membantu syarikat kroni besar.

“Ketika harga makanan dan barangan semakin naik, negara seperti Taiwan dan Korea memberikan subsidi yang besar kepada rakyatnya supaya tidak merasa terbeban dengan kenaikan tersebut.

“Negara kita pula, yang mengeluarkan minyak dan mampu menjana tenaga elektrik, menaikkan tarif elektrik,” katanya yang juga Bendahari Agung KEADILAN.Baca di sini.

Jumaat, 27 Mei 2011

Bertanding untuk menang jawatan atau menang pilihanraya?

Seronok melihat gelagat pemimpin Pas baik yang tua mau pun yang muda last-last minit terpa masuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan juga jawatan Timbalan Ketua Pemuda.

Mungkin pada peringkat awal masing-masing hanya seperti pasukan bolasepak yang nampak nak kalah atau seri terpaksa masukkan pemain simpanan untuk perkuatkan pasukan, dengan angan-angan jika dimasukkan pemain gantian pasukan mereka akan menang! Ha ha..

Orang Pas kena ingat Pas bukan lagi parti hanya untuk Tok Lebai dan orang yang berkopiah putih saja tapi dah jadi parti yang disokong oleh orang-orang yang bukan mengaji atau belajar bidang agama saja tapi liputi semua bidang pekerjaan.Pas sebagai parti Islamjadi hebat kerana dalam Pas ada nelayan, petani, penoreh getah, ustaz, Tok Lebai, ulama, peguam, doktor, jurutera, cikgu dan macam-macam lagilah.Malah Pas kini dapat sokongan orang bukan Islam.

Adakah 11oo perwakilan yang akan mengundi pilih calon pilihan mereka pikirkan ini semua?Ulama dalam Pas memang hebat , depa berada dalam kelompok paling atas dalam Pas, dapat layanan vip tak macam Umno yang jadikan ulama sebagai kelas berapa tak tau la.

Ulama juga bukan tak boleh ditegur kalau lembab buat kerja , lambat tangkap dan perjelaskan isu semasa dengan pantas kerana zaman sekarang semua maklumat di hujung jari bukan macam dulu hanya pakai telegram dan harapkan suratkabar saja.Ulama dalam Pas bukan hanya setakat buka kitab di markaz-markaz saja kerja mereka lebih daripada itu sebagai anggota parti politik yang mesti menang untuk ke Putrajaya bukan hanya sekadar mau menang jawatan dalam parti.Kalau sapa-sapa kata kerja kita bukan setakat mau menang pilihanraya saja ..habis kalu tak menang pilihanraya bilanya nak boleh jijak kaki ke Putrajaya?Takkan jadi pembangkang saja sampai tua?

Jawatan jawatan utama Pas bukan untuk difaraid atau jadi harta pusaka kelompok tertentu saja tapi mereka yang pegang jawatan mestilah orang yang bertanggungjawab demi kesinambungan dan kecemerlangan Pas pada masa depan.Mana-mana pemimpin yang nampak mandom dan tak datangkan kesegaran kepada Pas jadi tanggungjawab perwakilan yang wakili semua ahli Pas dan penyokong Pas untuk ditolak untuk pegang jawatan yang dipertandingkan.Selamat mengundi buat semua perwakilan!

Berkaitan;
Timbalan Presiden 3 penjuru, 6 Naib-Harakahdaily
Ketua Muslimat :Nuridah dicabar Zailah-Harakahdaily
Dewan Pemuda:Timbalan 4 penjuru, 2 Naib-Harakahdaily
Kenyataan Nik Aziz tak akan pengaruhi keputusan pemilihan Pas-M'insider

Brahim pecah lubang, Nazri lari ke Jakarta

Apabila dua Maharaja Badut berkelahi mulut..inilah jadinya;

Ibrahim:Siapa badut sebenar, Nazri?
-M'kini

Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Ibrahim Ali mahu rakyat, khususnya masyarakat Melayu Islam menentukan siapa 'badut' sebenarnya?

Ibrahim merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang dua hari lalu melabelkan beliau sebagai seorang badut dan ucapannya yang berapi-api hanya merupakan retorik dan bersifat kosong.

“Biar saya ingatkan pada 1987 semasa Operasi Lalang saya menetap di tanah air dan ditangkap di bawah ISA. Kawan saya, Datuk Nazri lari ke Jakarta dan tidak berani pulang sehingga semuanya selamat.

“Bagi saya 1987 adalah kali kedua saya ditahan kerana mempertahankan isu ketuanan Melayu. Kali pertama saya ditahan daripada 1974 hingga 1976 selama 26 bulan kerana memperjuangkan masalah kemiskinan masyarakat Baling dan menuntut ITM dinaikkan taraf kepada UiTM.

“Jika saya berani membiarkan diri ditangkap dua kali, jadi siapa sebenarnya badut? Ramai badut yang melarikan diri selepas hanya tahu cakap besar dan mulut luas,” katanya dalam satu kenyataan menerusi sms.


sapp chua soon bui nazri abdul aziz  parliament 070708 03Nazri pada Selasa lalu berkata kerajaan tidak perlu mengambil tindakan terhadap Ibrahim berhubung isu 'perang salib' kerana masyarakat sudah matang dalam menghadapi isu-isu sensitif.

“Telah lebih 10 hari sejak Ibrahim membuat kenytaannya. Saya tidak lihat sebarang huru-hara. Saya tidak fikir orang ramai perlu mengambil serius dengan apa yang dikatakannya... jika kenyataannya mencetuskan reaksi, maka kita boleh tangkap dan dakwanya,” kata Nazri.

Merujuk tindakan pemimpin negara yang melarikan diri itu, Ibrahim berkata ia sesuatu yang memalukan dan beliau bersimpati dengan mereka.

“Ianya nama 'hero pengecut bukan jaguh pecut,” perli Ibrahim pada akhir kenyataannya itu.-M'kini.

Kata Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam, "Bukan Perang Salib tapi perang Sabil."
Berkaitan;
Jihad:Perkasa kecam Nazri Aziz , dakwanya pemimpin 'half past six'-M'insider

Petroleum:Mahkamah Rayuan tolak, Kelantan rayu

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kerajaan persekutuan menjadi pencelah dalam samannya ke atas Petronas berhubung royalti minyak.

Keputusan itu dibuat Hakim Low Hup Beng setelah mendengar penghujahan daripada peguam yang mewakili kedua-dua pihak.

Kerajaan Kelantan diwakili peguam Tommy Thomas.

Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Paduka Husam Musa berkata, beliau meminta Tommy memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan itu.

"Saya telah minta peguam kita untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan di atas kedua-dua keputusan tadi," kata beliau kepada pemberita di luar kamar mahkamah selepas mendengar keputusan berkenaan.

Menurutnya, Kelantan tetap berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan tidak perlu campur tangan dalam kes ini kerana tidak memberi sebarang impak kepada mereka.

"Kes ini sebenarnya begitu simple. Jika kerajaan Kelantan menang dalam kes ini, lima peratus bahagian (royalti) Kerajaan Pusat tidak akan berkurangan.

"Kalau Kerajaan Kelantan ditakdirkan kalah dalam kes ini bahagian lima peratus Kerajaan Pusat tak bertambah. Jadi tidak ada apa-apa kesan negatif dan positif kepada Kerajaan Pusat.

"Dan kerana itulah kita masih berpendapat bahawa Kerajaan Pusat tidak perlu campur tangan dalam kes ini kerana kes ini adalah kontrak antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambahnya Kelantan berharap agar rayuan di Mahkamah Persekutuan nanti akan diterima.

"Kita berharap Mahkamah Persekutuan mempertimbangkan dan memberi keputusan sebaliknya daripada apa yang diputuskan hari ini," katanya.

Rayuan di Mahkamah Persekutuan boleh dibuat dalam masa 30 hari daripada hari ini.

Sementara itu Mahkamah Rayuan hari ini turut menolak satu lagi rayuan oleh kerajaan negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan permohonan bagi kes saman itu dipindahkan semula ke Mahkamah Komersial Baru (NCC).-Harakahdaily

Baca juga;
File-Terengganu akan terima royalti RM1.6 Bilion.

Khamis, 26 Mei 2011

Kes Sarbani: Staf SPRM terlepas cakap..'bukan saya...orang saya'

MP gesa polis jelaskan sebab kematian Sarbani-M'kini

Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad hari ini menggesa polis mengemukakan penjelasan lanjut berhubung sebab kematian pegawai kanan kastam Ahmad Sarbani Mohamed bagi mengelakkan kesangsian bahawa isu berkenaan cuba ditutup.

"Semua orang masih tidak puas hati dengan penjelasan (polis). Bagaimana (Sarbaini) pergi ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dengan rela hati untuk berjumpa pegawai penyiasat, tiba-tiba ditemui mati," kata Khalid.

Jelasnya, kesangsian itu timbul memandangkan polis setakat ini hanya menjelaskan bahawa "Sarbaini tidak dibunuh" dan "mati mengejut."

"Banyak lagi persoalan yang pihak polis tidak jawab. Saya nak pertikaikan mengapa dia susah payah (ke SPRM) kalau dia hendak bunuh diri.


"Polis mesti jelaskan apa yang (Sarbaini) hendak ceritakan kepada SPRM sehingga membawa kepada kematiannya," kata Khalid lagi dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Jelasnya, isu berkenaan perlu dijelaskan memandangkan balu Sarbaini sendiri telah membuat satu laporan polis berhubung kes kematian itu, berdasarkan satu perbualan dengan salah seorang pegawai kanan SPRM.

NONEMasiah @ Maziah Manap, 50, dalam laporannya pada awal bulan ini mendakwa bahawa pegawai yang dinamakannya sebagai Ghani itu telah memberi gambaran kepadanya bahawa salah seorang kakitangan bawahan terlibat dalam kes berkenaan.

"Saya menyatakan kepadanya bahawa saya reda dengan kematian suami saya. Seterusnya saya bertanya soalan – apakah Encik Ghani akan buat sekiranya Encik Ghani berada di tempat saya?

"Apa yang mengejutkan saya ialah jawapan yang perlahan daripada Encik Ghani yang menyatakan – 'Bukan saya...Orang saya.'

"Saya membuat laporan ini kerana saya mengesyaki bahawa Encik Ghani terlepas cakap semasa perjumpaan di pejabat kastam," laporan tersebut dipetik.

Dalam laporan itu juga, Masiah berkata pertemuan itu dilakukan di satu pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Subang pada 28 April lalu.

Berkaitan;

Keluarga :"Kami nak tahu apa status kes Sarbaini-M'insider

Sebab -sebab kenapa perwakilan Pas kena pilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas


Umno yang anti Islam dan melanyak Islam tiba-tiba jadi kalut bimbang dan terketar-ketar bila melihat senarai pemilihan pucuk tertinggi Pas yang dikatakan akan memihak kepada golongan yang dikatakan bukan aliran pendidikan agama.Apa Umno buat kepada golongan ustaz dan ulama dalam Umno?Golongan agama dalam Umno dilayan hanya setakat baca doa majlis penutup dan kenduri arwah saja.

Kepada perwakilan Pas di peringkat kawasan fikirlah secara terbuka bahawa kuasa tertinggi dalam Pas ialah berada pada Majlis Syura Ulama yang mainkan peranan utama hala tuju Pas.Habis kenapa rasa bimbang jika bukan ustaz jadi Timbalan Presiden Pas?

Nak lawan Umno kena ada jiwa kental,berani dan tegas bukan 'bertepuk tampar' hingga timbul fitnah kepada Pas.

Tradisi memilih pemimpin dengan cara kekal dengan yang lama atau hanya ingat ustaz saja yang reti buat kerja merupakan cara pemikiran yang kebelakang tak berani buat perubahan.Jangan ingat yang bukan ustaz hanya pandai panjat tiang letrik pacak bendera dan gantung poster saja.Kolot sungguh kalau pikir macam tu.

Siapa tak kenal Mat Sabu dalam Pas?Adakah perwakilan Pas lebih kenal Ustaz Nasa dan Tuan Ibrahim daripada kenal Mat Sabu dalam Pas?Mat Sabu terbukti setia dan jadi 'Ghurka' kepada Pas sama macam Ku Li dalam Umno yang jadi 'Ghurka Umno' walaupun hilang jawatan dalam Umno dan kabinet.

Semasa timbul isu UG atau kerajaan perpaduang dengan Umno, Mat Sabu tak terbabit langsung untuk jadi fitnah kepada Pas.Ini yang harus difikirkan perwakilan sebelum pilih siapa yang layak jadi TP Pas.

Perwakilan kena pilih Mat Sabu supaya fitnah Pas nak peluk Umno hilang, ghaib dan ghuyub legakan semua pihak dalam Pas, tambah rapat hubungan Pas dengan PR yang akan menyebabkan Umno yang dihinggap pelbagai penyakit kelamin jadi semakin kritikal nak hampiri Pas.

Perwakilan kena fikir bahawa kini calon Naib Presiden Pas, bekas Naib Presiden Pas, bekas Setiausaha Agung Pas, pemimpin pusat dan negeri bagi sokongan secara terbuka kepada Mat Sabu untuk bertanding jawatan TP Pas.Jadi perwakilan yang berada di peringkat kawasan tak nampak lagi kah angin perubahan yang dimahukan pemimpin Pas di peringkat atas?

Dalam keadaan sekarang, suasana politik semasa Pas perlukan seorang Timbalan Presiden seperti Mat Sabu untuk hadapi Umno-BN dalam pru 13 akan datang .Mat Sabu diterima pemimpin akar umbi dan ahli biasa Pas kerana sikap beliau yang 'low profile'.Orang bukan Islam rasa selesa dengan Mat Sabu.Tidak guna jadi pemimpin kalau tidak dapat sokongan akar umbi hanya syok sendiri di peringkat pusat.

Mat Sabu jadi penggerak demokrasi rakyat , boleh menjadi kepala dalam setiap himpunan dan tunjuk perasaan yang dihadiri berpuluh ribu dan ratusan ribu manusia dijalanraya seperti demo Bersih 2007 dan yang terbaru pada demo Bersih 9 Julai nanti.Beliau tidak takut dan gentar ditahan pihak polis malah menganggap penjara dan lokap rumah kedua beliau.Sikap elit tidak ada pada beliau.

Biarlah Umno terus berlakon rasa bimbang Pas dipimpin bukan ulama kerana sebenarnya Umno bimbang dah tak dapat nak bertepuk tampar dengan Pas jika Mat Sabu jadi TP Pas.

Cuba pikir kenapa Umno anti dengan Mat Sabu?

Baca juga;
Bersih tambah 2 tuntutan lagi-Harakahdaily
Mampukah Nasa pertahankan jawatannya?-M'kini
Muktamar platform persediaan Pas untuk ganti Umno-Harakahdaily

Blogger hina Islam , Umno-Perkasa senyap

Hina Islam:Abim gesa ambil tindakan tegas-Harakahdaily

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius kewujudan laman web dan blog yang menghina imej serta kesucian agama Islam.

Dalam kes ini, Abim merujuk kepada penyebaran beberapa bahan penulisan dalam blog http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/ , dan laman Facebook menggunakan nama 'Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara'.

Setiausaha agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, berdasarkan daripada keterangan yang diterima serta penyelidikannya, bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog terbabit jelas menggambarkan niat jahat dan provokasi penulis blog tersebut.

“Tindakan ini amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, Abim beserta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengajukan laporan polis di Balai Dang Wangi.

Menilai daripada itu, katanya Abim menuntut agar pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci insiden yang sangat mendukacitakan ini.

Katanya, Abim menuntut agar dakwaan dan tindakan tegas dikenakan terhadap beliau dan mana-mana pihak yang bersubahat.

“Abim juga dengan ini mendesak agar pemohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh beliau terhadap seluruh umat Islam,” ujarnya.

Abim, tambahnya mengambil kesempatan ini untuk menyeru mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan kebebasan ruang maya untuk menghina agama Islam.

“Sebagai agama Persekutuan, kesucian dan kehormatan Islam haruslah dipertahankan dari sebarang unsur-unsur atau usaha untuk mencemarkannya,” ujarnya.

Baca juga;
Pengedaran video seks semakin meluas-M'kini
Islam as a tool of Umno's political game-Malaysiatoday

'Erdogan' tak wujud yang ada tak mau peluk Umno



Baca juga;
Nik Aziz dakwa Umno-Bn 'cipta' label ulama, profesional di Pas-M'insider

Kalau Umno puji pemimpin Pas ada perkara yang tak kena

Kata seorang ahli Pas kepada saya, "Kalau Umno dok puji pemimpin kita kata ok ada perkara yang tak kena , yang boleh menguntungkan Umno."Umno memang pandai berlakon bak kata Almarhum Fadzil Noor bekas Presiden Pas, "Umno memang pandai berlakon tapi bukan ada apa pun, macam wayang kulit saja.Tengok di depan tu hulubalang dia memang hebat tapi bila pi tengok di belakang bukan ada apa pun cuma kulit kerbau saja."

Rabu, 25 Mei 2011

Kalau Nasa ok, Tuan Ibrahim ok, kenapa Mat Sabu tak ok?

Siapa agaknya antara 3 calon di atas akan diangkat sebagai Timbalan Presiden Pas yang baru oleh perwakilan Pas seramai 1100 orang?

Umno cuba kacau daun menjelang Muktamar Pas awal Jun ini.Umno dilihat sampai bila pun tak rasa selesa dengan Mat Sabu .Mat Sabu pula sampai bila pun tak kelapaq dengan Umno.Jauh sekali untuk ajak Umno berunding dengan Pas supaya Umno peluk Pas.Kini melalui Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berkata Ada Sinar Perpaduan Pas -Umno yang berkata, "Nasharudin OK. Tuan Ibrahim OK. Masing-masing ada perspektif berbeza dan masing-masing. Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud," katanya.

Kalau Nasa ok , Tuan Ibrahim ok kenapa Mat Sabu tak ok?Sebab tu perwakilan Pas kena pilih pemimpin yang tak boleh diskru oleh Umno jika mau Pas disegarkan.

Baca juga;
Pemilihan Pas akan tentukan 'nasib' kerjasama Umno-Pas, kata Mubarak-M'insider
Pas bersama PR :Harus tegas kerana pendirian , bukan kerana tekanan-Merdeka Review
Azizan tolak timbalan presiden, tanding AJK-Harakahdaily
Aziz Bari:Nasa akan terima kesan lebih parah bila Tuan Ibrahim bertanding-Merdeka Review

Jawatan TP Pas dan Naib Presiden:Siapa yang akan menang, ustaz atau bukan ustaz?

Calon-calon yang tawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas
Calon-calon yang tawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden Pas hingga kini

Semalam saya ada tulis Jawatan TP Pas: Saya tak akan berundur, kata Mat Sabu.Hari ini dalam laporan The Malaysian Insider melaporkan perkara yang sama mengenai Mat Sabu yang tetap akan bertanding jawatan TP Pas walaupun 3 penjuru.

No 2 Pas :Mat Sabu tetap tanding tidak kisah 3 penjuru-M'insider
Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu tetap mahu bertanding jawatan timbalan presiden parti walaupun kemungkinan terpaksa berdepan dengan saingan tiga penjuru pada pemilihan bulan depan.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man secara rasmi mengumumkan mahu bertanding jawatan timbalan presiden walaupun sebelum ini menegaskan tidak berminat turun gelanggang kerusi nombor dua parti itu.

Selain itu, penyandang jawatan itu Nasharudin Mat Isa juga telah mengumumkan akan mempertahankan kerusi yang disandang sejak dua penggal lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mohamad yang berada di Miri, Sarawak berkata beliau tidak kisah akan pendirian terbaru Tuan Ibrahim dan akan tetap turun ke gelanggang.

“Saya tidak kisah... saya tiada apa-apa pun, tak kisahlah kalau tiga penjuru, empat penjuru atau lima penjuru.

“Ia hanya pertandingan, kita dalam PAS tidak macam parti lain... menang atau kalah kita tetap bersatu,” katanya.

Beliau yang mesra dengan panggilan “Mat Sabu” (gambar) berkata, sebarang pertandingan bagi mana-mana jawatan tidak akan menjejaskan perpaduan dalam parti Islam itu.

“Saya sudah banyak kali menang dan banyak kali kalah, pertandingan ini tiada apa-apa pun.

“Kita cuma mahu membantu menguatkan parti itu sahaja, siapa menang siapa kalah itu tiada apa-apa,” katanya.

Bekas naib presiden PAS itu bagaimanapun enggan mengulas langkah Tuan Ibrahim yang berubah fikiran.

“Itu saya tidak tahu, saya tidak mahu komen pasal itu... kalau nak tahu mengapa perlu tanya sendiri kepada beliau (Tuan Ibrahim).

“Bagi saya tiada apa-apa, berapa banyak penjuru pun tiada masalah,” katanya.

Selain Nasharudin, Mohamad dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memutuskan untuk tidak bertanding jawatan nombor dua itu.

Kesemua calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum 26 Mei ini.

Jawatankuasa Pemilihan PAS dijangka akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding esok.-M'insider

Nashruddin Mat Isa Timbalan Presiden Pas hingga kini masih belum dengar berita dan masih berdiam diri akan kesediaan Tuan Ibrahim Tuan Man tawarkan diri bertanding jawatan TP Pas.Belum dengar komen lagi.

Bagi jawatan Naib Presiden Pas Nik Amar turut ikut serta setelah melihat Husam Musa turut tawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden.Kira ada dua ustaz la yang tawarkan diri bagi bertanding jawatan Naib Presiden Pas daripada 7 orang yang hingga kini bersedia untuk betanding jawatan Naib Presiden Pas.Bagi jawatan TP Pas ada dua ustaz lawan bukan ustaz.

Baca juga;

Tiada puak Erdogan dalam Pas, kata pemimpin pusat-M'insider

Pas tidak gila kuasa-Harakahdaily

Berita menakutkan bila si zalim hilang kuasa


Hosni Mubarak, dua anak lelaki dituduh bunuh penunjuk perasaan-M'insider

Mesir akhirnya memutuskan untuk mengheret bekas presidennya Hosni Mubarak ke mahkamah – tiga bulan selepas digulingkan - berhubung tuduhan membunuh penunjuk perasaan dan tuduhan-tuduhan lain.

Mubarak (gambar) digulingkan daripada tampuk kepimpinan pada 11 Februari lalu, sekali gus menamatkan pemerintahannya selama 30 tahun.

Beliau kemudian diarah oleh pendakwa raya agar disiasat berhubung amalan rasuah dan tindakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan.

Dua anak lelakinya Alaa dan Gamal, yang ramai percaya cuba dibawa ke arena politik untuk menggantikan Hosni, juga dihadapkan di mahkamah berhubung tuduhan yang sama, lapor Reuters.

Keputusan itu diumumkan sebelum satu lagi demonstrasi dirancang untuk diadakan di Dataran Tahrir di sini Jumaat ini.

Aktivis menggesa kehadiran beramai-ramai bagi menggesa pembaharuan yang cepat dan tindakan perundangan ke atas Hosni dan yang lain-lain.

Pendakwa raya juga mengenakan tuduhan sama ke atas bekas ketua risikan Hussein Kamal Al Din Ibrahim Salem, yang telah meninggalkan negara.

Hosni, 83, kini ditahan di sebuah hospital di resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

Beliau dan isterinya juga berhadapan dengan tuduhan mengumpulkan kekayaan secara tidak sah sepanjang 30 tahun berkuasa.

Lebih 800 orang terbunuh dalam kebangkitan rakyat yang berlarutan beberapa minggu, lapor BBC. – Agensi

Siapa yang makan cili akan terasa pedasnya....

“Yang kita nak cari dalam PAS ini bukan tok imam tapi panglima, pejuang... sebab itu PAS jangan syok sendiri"- Prof Aziz Bari


Aziz Bari: Pas jangan syok sendiri tapi perlu serius jika nak ganti Umno-M'insider

Prof Dr A Aziz Bari mengingatkan PAS, komponen Pakatan Rakyat, agar tidak terlalu syok sendiri sekiranya serius mahu menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13.

Justeru kata penganalisis politik itu, PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu melakukan lebih banyak transformasi dalam parti.

“Yang kita nak cari dalam PAS ini bukan tok imam tapi panglima, pejuang... sebab itu PAS jangan syok sendiri.

“PAS nak syok sendiri atau mahu kemukakan alternatif kepada rakyat, kalau PAS masih bincang berapa ramai tok lebai nak diletakkan di atas (barisan tertinggi PAS) buat apa? Kalau macam ini PAS belum layak untuk menggantikan Umno?” katanya pada pada forum “Melakar Masa Depan PAS” di sini malam tadi.

Selain itu, beliau juga menegaskan ideologi pimpinan PAS bahawa barisan tertinggi harus dari kalangan golongan ulama perlu dikikis selain bersikap lebih terbuka untuk menerima lebih banyak perubahan dalam parti.

“Dalam PAS ini memang ada yang antiperubahan yang mana mereka nak kekal dengan apa yang ada dan memang ada kumpulan yang gabra dengan perkembangan baru ini.

“Ada yang rasa gelisah bila parti ini buka pintu kepada orang bukan Melayu dan mereka yang gabra ini masih bertanyakan perkara ini,” katanya penganalisis ini yang seringkali memberikan pandangan keras mengenai masa depan PAS.

Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Khalid Samad berkata, konsep kepimpinan ulama dari sudut perlembagaan parti itu merujuk kepada Majlis Syura.

Selain itu beliau juga menegaskan tiada dalam perlembagaan parti bahawa barisan kepimpinan harus terdiri daripada golongan ulama.

“Soal kepimpinan ulama kalau dari segi perlembagaan parti merujuk kepada Majlis Syura, tidak mengatakan presiden dan timbalan presiden harus dari golongan ulama.

“Cuma ahli PAS kadang-kadang terpengaruh dengan peranan media dan golongan yang berkepentingan dalam parti yang mengatakan presiden dan timbalan presiden harus dari kalangan ulama,” katanya.

PAS, yang berusia lebih enam dekad, akan mengadakan muktamarnya awal bulan depan dengan pemilihan peringkat pusat bagi penggal 2011-2013.

Hadi telah berjaya mempertahankan jawatannya tanpa saingan.

Blogger Penarik Beca masuk hospital

Saya dapat sms mengatakan blogger Penarik Beca atau nama penuhnya Abu Bakar Rashid (Bakaq Haq) telah dimasukkan ke hospital Kuala Lumpur akibat penyakit yang berkaitan dengan masalah jantung;

"Salam.Bakaq Haq dimasukkan ke CCU, Tingkat 4, Hospital Kuala Lumpur...serangan jantung"

Bersama kita berdoa kepada Allah SWT semoga beliau cepat sembuh.

Selasa, 24 Mei 2011

Jawatan Naib Presiden Pas:Husam Musa turut bertanding


Husam Musa Exco kanan kerajaan negeri Kelantan turut menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden Pas dalam Muktamar Pas awal bulan Jun nanti.Kata Husam, "Saya dengan penuh rasa rendah diri dengan ini mengumumkan untuk menerima pencalonan jawatan Naib Presiden Pas pada pemilihan saf kepimpinan Pas dalam Muktamar Tahunan ke 57 ini."

Selain Husam , muka baru yang tawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden Pas ialah Ketua Penerangan Pas Pusat Ustaz Idris Ahmad. Mahfuz, Sallehuddin Ayub turut akan pertahankan jawatan Naib Presiden Pas dalam pemilihan Muktamar Jun ini.Baca juga di sini dan di sini.

Baca juga;
Dr Hatta jadikan calon naib presiden 6 tokoh-Harakahdaily
Dr Hatta, Nik Amar tanding naib presiden-Harakahdaily

Jawatan TP Pas:Saya tak akan berundur, kata Mat Sabu

Kata -kata Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden Pas yang tak mahu bertanding jawatan TP Pas akhirnya terburai akibat desakan demi desakan supaya beliau bertanding TP Pas.Semua ahli Pas kena lupakan kata -kata Tuan Ibrahim yang berkata, "Saya sudah ada keputusan yang dibincang bersama parti iaitu saya tidak akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.Baca di sini.

Kini Tuan Ibrahim dah kata,"Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama amat terasa beratnya - dan menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan."Baca di sini.

Nasharuddin Mat Isa dan Mat Sabu dah awal-awal lagi akan bertanding jawatan TP Pas.Kata Mat Sabu ,"Saya tak akan berundur walaupun siapa yang masuk bertanding jawatan TP Pas.Saya mahu membantu Presiden dalam kerja-kerja parti.Meneruskan agenda perkasakan Pas kepada orang Melayu dan bukan Islam, merapatkan lagi hubungan Pas dan NGO."Ini bermakna pertandingan tiga penjuru dalam pertandingan jawatan TP Pas akan sama seperti dalam Muktamar Pas pada tahun 2009 antara Nasharuddin Mat Isa, Mat Sabu dan Husam Musa yang dimenangi Nashruddin Mat Isa.

Kali ini golongan yang dikatakan ustaz dan ulama bagi bertanding TP Pas diwakili Nasa dan Tuan Ibrahim berbanding muktamar Pas 2009.Undi perwakilan bagi Nasa dan Tuan Ibrahim yang wakili golongan ulama akan berpecah kepada dua.Bagaimana dengan nasib Nasa bila Tuan Ibrahim bersedia untuk bertanding jawatan TP Pas?Nasa sudah tentu tidak mahu kompromi dengan desakan pihak yang 'jolok' supaya Tuan Ibrahim bertanding supaya beliau berundur daripada bertanding TP Pas.

Antara tiga tokoh yang akan bertanding jawatan TP Pas itu siapa yang lebih nampak banyak hadapi ujian, dugaan, rintangan , sanggup dibelasah puak zalim BN dalam meneruskan perjuangan Pas bersama PR?Perwakilan Pas mesti pilih calon yang akan menyegarkan Pas bukan calon yang nampak mandom dan layu.

Akhirnya terjawab ,Tuan Ibrahim bertanding Timbalan Presiden Pas


Teka-teki dan tarik tali Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai kesediaan beliau bertanding TP Pas terjawab bila beliau bersedia bertanding TP Pas.Berikut kenyataan penuh beliau yang dipetik daripada Harakahdaily;

Saya telah menerima surat rasmi dari Jawatankuasa Pemilihan PAS pada 22hb Mei 2011. Saya telah mendapat pencalonan untuk dua jawatan, iaitu Jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak memberangsangkan.

Walaupun saya telah berkali-kali menyatakan hasrat bahawa saya lebih berminat untuk diberi peluang bagi meneruskan kerja saya dalam parti sebagai Naib Presiden sekiranya ada pencalonan yang mencukupi, namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar.

Saya tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang saya terima, namun ianya suatu jumlah yang memerlukan saya untuk memikirkan semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan.

Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama amat terasa beratnya - dan menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya - dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama.

Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS Pusat
24 Mei 2011

Mat Sabu:K'jaan yang samakan demo dengan huru hara


Seorang penyokong 'Berjalan untuk Demokrasi' 9 Julai depan, membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mencadangkan demonstrasi hanya dihadkan dalam stadium, atas alasan keselamatan awam dalam kepentingan keselamatan dan kesejahteraan awam.

NONESebaliknya, pemimpin popular PAS, Mohamad Sabu berkata kerajaan yang mengganggu protes yang diadakan secara aman, sambil menyangkal dakwaan Hishammuddin bahawa pihak penganjur tidak menghormati undang-undang dan ketenteraman awam.

“Inilah minda kerajaan yang menyamakan perhimpunan dengan huru-hara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hishammuddin dilaporkan dalam beberapa akhbar harian sebagai berkata beliau akan mencadangkan kepada kabinet supaya menyediakan satu mekanisme untuk membenarkan demonstrasi diadakan dalam stadium tanpa memerlukan permit polis.

Utusan Malaysia memetiknya sebagai berkata, demonstrasi jalanan sudah lapuk dan hanya menjadi tempat untuk melemparkan tuduhan yang tidak memberi faedah kepada orang awam.

NONEHishammuddin juga menuduh penganjur 'Berjalan untuk Demokrasi' hanya mahu mencetuskan huru-hara dan untuk memberi gambaran bahawa Malaysia tidak stabil.

Bagaimanapun , Mohamad Sabu berkata sudah banyak perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang dan NGO sejak bertahun-tahun lamanya yang berjalan secara aman.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaanlah yang memberi gambaran negatif terhadap peserta perhimpunan tersebut.-Malaysiakini.

Selepas bersedia kini minyak RON95 dah nak naik

Kepada Mat Motor, Mat Rempit, golongan bawahan dan sederhana bersiaplah untuk rasa kenaikan minyak RON 95 minggu ini.Minggu lepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat kena bersedia dengan kenaikkan minyak Ron 95, kelmarin beliau ulang lagi Subsidi:Pengumuman minggu ini, kata Ismail Sabri.

Rakyat pula terus diperbodohkan dengan perkataan 'kerajaan dah tak larat tanggung subsidi', 'minyak kita masih murah jka dibandingkan dengan negara jiran', 'harga minyak dunia terus naik' dan 'duit subsidi boleh guna untuk projek lain'.Berjuta kerajaan habiskan wang untuk projek Permata yang dinaungi Rosmah Mansor, projek PLKN yang dipertikaikan rakyat.Kos untuk seorang pelatih PLKN ialah RM45 sehari.Berapa banyak duit rakyat habis untuk PLKN?Siapa yang untung , yang dapat kontrak bekal makanan, uniform PLKN kalau bukan kroni Bik Mama.

Tiap kali naik minyak petrol kata harga petrol kita masih murah dengan negara lain.Negara mana?Negara yang tak ada minyak memang minyak depa mahal.Cuba bandingkan dengan negara pengeluar minyak macam kita seperti di Arab Saudi dan Iran,berapa harga minyak petrol depa satu liter?

Isnin, 23 Mei 2011

Siapa yang 'tekan' supaya Tuan Ibrahim bertanding TP Pas?

Saya ada timbulkan persoalan adakah Tuan Ibrahim Tuan Man tetap tak mahu bertanding jawatan TP Pas? Persoalan ini berkaitan dengan pencalonan Tuan Ibrahim Tuan Man yang dikatakan mengekori rapat Nasharuddin Mat Isa dan Mat Sabu dalam pertandingan Jawatan TP Pas dalam muktamar Pas akan datang.Tuan Ibrahim pada peringkat awal dah kata tak mahu bertanding jawatan TP Pas hanya mahu bertanding pertahankan jawatan yang disandangnya sekarang sebagai Naib Presiden Pas.

Ada yang kata jika Tuan Ibrahim dapat 'arahan' pimpinan tertinggi Pas beliau akan akur dengan arahan tersebut untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas walaupun beliau tak mahu bertanding jawatan TP Pas.Desakan untuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan TP Pas dikuatkan lagi dengan tulisan di Harakahdaily yang melaporkan Tekanan meningkat untuk Tuan Ibrahim.Walaupun tidak disebut nama penulis di Harakahdaily tu semua orang tahu siapa penulis tersebut.Antara lain ayat-ayat 'power' yang ditulis penulis tersebut ialah 'Pencalonan tinggi yang diterima beliau dalam keadaan beliau sudah memaklumkan keberatan untuk bertanding jawatan timbalan presiden juga telah menambahkan tekanan untuk beliau.

Ekoran itu, menurut sumber, ada cadangan agar Tuan Ibrahim bertanding kedua-dua jawatan iaitu timbalan dan naib untuk menghormati pencalonan kawasan-kawasan'.Mereka di Harakahdaily seolah-olah melobi supaya Tuan Ibrahim dilihat dapat sokongan padu di kalangan golongan ulama dalam Pas yang sedar jika pertandingan dua penjuru antara Nasa dan Mat Sabu berlaku peluang Nasa untuk menang kali ini agak sukar.

Adakah Tuan Ibrahim rasa tertekan dengan pencalonan untuk beliau bagi jawatan TP Pas walaupun beliau dah kata tak mau bertanding jawatan TP Pas?Siapa sebenarnya yang rasa tertekan ?Tuan Ibrahim atau golongan yang tidak mahu melihat jawatan TP Pas terlepas kepada golongan yang dikatakan bukan ulama dalam Pas?

Apa pun siapa yang akan dipilih oleh perwakilan Pas biarlah pemimpin itu bukan yang mudah 'kena skru' dengan puak Umno yang gila talak kepada Pas.

Gambar pelajar anak yatim dan tahfiz sebelum kejadian tanah runtuh berlaku


Lihatlah gambar di atas betapa comelnya wajah mangsa tanah runtuh yang sempat bergambar beramai-ramai sebelum kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa 16 pelajar dan Anak Yatim dan Hidayah Madarasah Al-Taqwa, Batu 14, Hulu Langat pada Sabtu 21 Mei yang lalu.Gambar bawah(dicopy daripada TVSelangor.com) keadaan selepas kejadian tanah runtuh berlaku.




Berkaitan;
Beri saya masa untuk bertenang, kata YDP Anak Yatim-TVSelangor.com

BN 'ketagih' candu keuntungan

Subsidi untuk rakyat ditarik, subsidi untuk korporat tak tarik.Harga ayam sekarang dah RM12.50 sekilo.Sekarang rakyat masih ada duit..kalau seluk dalam poket satu sen pun dah tak ada, waktu tu apa akan jadi?

Ada orang Umno kata kat saya di tempat kenduri, "Subsidi memang kena tarik balik sebab kalau kerajaan kerja bagi subsidi ja ..kerajaan akan bangkrap!"..Ini cakap orang Umno yang baca Utusan dan tengok TV3.

Menteri Dalam Negeri cipta sejarah!

Pernah anda dengar demontrasi dalam stadium?Apa ada dalam stadium-stadium di negara ini?Di stadium ada bolasepak, di stadium ada main badminton, di stadium ada permainan hoki, di stadium ada olahraga, di stadium juga ada konsert,di stadium juga ada ceramah tapi kini di stadium dicadangkan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein supaya dibuat demontrasi.

Ini bukan demontrasi silat gayung, demontrasi pihak polis dan bomba tapi Hishamuddin mau stadium digunakan oleh pihak penentang kerajaan untuk berdemontrasi bila rasa tak puas hati terhadap kerajaan.

Di Mesir, Tunisia, Yaman, Bahrain,Algeria, di Amerika Latin, di Amerika Syarikat yang dakwa sebagai bapa demokrasi dunia pun tak ada demontrasi anti kerajaan dalam stadium.Gaps, Perkasa, Pemuda Umno kenapa tak guna stadium untuk demontrasi, kenapa guna jalanraya?

Demontrasi dalam stadium-Utusan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet, bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, menerusi kaedah itu soal keselamatan sepanjang demonstrasi yang berlangsung di stadium terbabit akan dipantau sepenuhnya oleh polis.

"Untuk tujuan itu (demonstrasi di stadium) kita akan pinda akta tertentu dan bawa ke Kabinet melalui Peguam Negara untuk kelulusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu yang merancang untuk mengadakan demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai depan.

Ahad, 22 Mei 2011

Ulama Acheh minta pertahan kerajaan Kelantan

Rakyat Kelantan diseru mempertahankan kerajaan Islam yang didokongi PAS, memandangkan pemimpin parti itu menjadi model pada umat Islam di negara lain.

Pengetua Majlis Permesyuaratan Ulama Acheh Besar, Ustaz Fakhruddin Lahmuddin, berkata sejak 21 tahun lalu Kelantan yang dipimpin Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas majlis pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, Kelantan satu-satunya contoh negeri yang dipimpin seorang ulama sebagai Menteri Besar yang tidak memisahkan agama dari politik.

“Inilah yang dilakukan di zaman Rasulullah sebelum ini dan ulama yang memimpin Kelantan ini telah mewarisinya.

“Kerana itu saya berharap rakyat seluruhnya memberi sokongan pada kerajaan Islam Kelantan kerana pentadbirannya menjaga kebajikan manusia menurut kacamata Islam,”ujarnya.

Tambahnya, beliau juga berharap rakyat Acheh turut berdoa untuk kemenangan kerajaan PAS Kelantan sampai bila-bila.

Katanya, beliau tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Tuan Guru yang lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga menolak kepentingan diri.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menjelaskan tindakan paling sukar baginya sepanjang menjadi seorang Menteri Besar, menjaga diri sendiri dari terjebak dalam sebarang salahlaku.

Sambungnya, menjadi pemimpin tertinggi dalam sebuah kerajaan negeri ujian begitu besar kerana mudah terdedah dengan penyelewengan, salah laku lain seperti rasuah.

“Untuk menjaga itu semua ia bukan sesuatu perkara yang senang kiranya kurang keimanan dalam jiwa kita”,ujarnya.-Harakahdaily

Takziah buat keluarga mangsa tanah runtuh Hulu Langat

Saya mengucapkan takziah buat semua keluarga mangsa tanah runtuh di Hulu Langat yang berlaku di sekolah anak-anak yatim dan anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa , Batu 14 Hulu Langat.Semoga semua mangsa yang meninggal dunia ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman dan diampunkan segala dosa oleh Allah SWT...Al-Fatihah.
Berkaitan;
16 maut tragedi tanah runtuh Hulu Langat , sembilan cedera.-M'insider
Selangor bantu mangsa tanah runtuh-TVSelangor.com
Tanah runtuh:K'jaan akan bina semula rumah anak yatim, kata Najib-M'insider
Tanah runtuh:Presiden Pas rakam takziah-Harakahdaily
Tanah runtuh senarai nama mangsa-M'insider

Sabtu, 21 Mei 2011

Slogan 'Hidup Melayu': Rakyat boleh kenyang ka, harga barang boleh turunka dengan slogan tu?

Rakyat yang semakin ditekan dengan kenaikan harga barangan sampai bila boleh bertahan?Opp jangan lupa tak lama lagi minyak rakyat , minyak orang tak berapa ada duit RON95 nak naik lagi bila Pak Menteri tak berapa cerdik kata 'rakyat kena bersedia dengan kenaikan RON95'.Pemimpin kerajaan hanya pandai pujuk rakyat dengan kata rakyat kena terima hakikat jangan jadikan subsidi sebagai candu..ni PM Najib yang kata.Amboiii subsidi untuk rakyat kata candu tapi subsidi untuk syarikat korporat yang keparat dan jadi lintah darat tak mau tarik pulak! Kerajaan bela orang kaya jadi lagi kaya orang miskin , rakyat bawahan dibiarkan begitu saja sebab mereka ingat semua rakyat ni bodoh-bodoh belaka.

Di Malaysia kita dah nampak sikit-sikit dah bila lori bawa beras terbalik, lori bawa gula terbalik dah mula ada orang pi timpa dan bawa bekas atau besen nak ambik beras tumpah tu bawa balik rumah walaupun depa tau kata tu bukan hak mereka.Dulu tak pernah kita dengar berita macam ni berlaku di Malaysia hanya di negara-negara miskin yang ditimpa malapetaka rakyat depa pakat serbu pasaraya raya ambik apa saja barang untuk mengalas perut sebab tak dak duit nak beli.Kini berita macam ni berlaku di Malaysia.

Rakyat terus dikejutkan dengan andaian bahawa harga makanan dijangka naik 30 peratus disebabkan tindakan kerajaan umumkan menarik balik subsidi barangan pengguna untuk rakyat.Dulu ada RM 10 boleh ajak kawan makan nasi tengahari kat kedai makan..la ni bawa RM10 boleh makan sorang ja ada la baki rm1 atau Rm2.

Saya cuma nak tanya kepada puak-puak yang nak mati dan mintak langkah mayat hanya kerana nak pertahan kertas suratkabar Utusan, sambil melalak tak ketawan hala dengan slogan'Hidup Melayu' rakyat boleh kenyangka, makan cukupka, harga barang boleh turun ka dengan slogan yang hang pa berapi cakap tu?Awat hang pa semua tak berani protes kenaikkan harga barangan pengguna tak habis-habis dengan hidup nak mati 'perang salib' (yang betoi perang Sabil) dan jadi gedebe dok keriau 'sapa berani lawan Utusan langkah mayat dulu'!

AWat la hang pa tak berani protes projek sisa nuklear Lynas yang bahayakan nyawa orang awam dan penduduk sekitar Kuantan, jangan jadi bodoh sangat... segala isu perkauman, adu domba dan agama yang dimainkan Utusan hanya nak bodohkan Melayu supaya terlena dengan berita tu semua disebabkan kenaikkan harga barangan yang dah tak terkawal oleh kerajaan.

Kepada puak Umno cuba-cuba jengok blog Umno seperti Aspan Alias yang tak bodoh macam hang pa semua boleh berfikir secara logik apa sebenarnya yang rakyat mau.

Tapi ada orang kata kat saya tindakan 'Perkasa n the gang' jadi beban dan batu yang terpaksa digalas Umno.Orang bukan Melayu semakin meluat dengan Umno kerana perangai Perkasa dan Utusan.Umno kalau kalah teruk pru akan datang jangan salahkan orang lain tapi salahkan perangai hodoh puak-puak Perkasa dan Utusan.

Umno mahu hidupkan kembali program 'Juara Rakyat' yang dah tenggelam dalam fasa kedua.Umno yang ngaku jadi Juara Rakyat kini dah bertukar jadi 'Juara Tindas Rakyat'.Tak percaya ?Lu pikir la sendiri!

Tak dapat peluk Pas Umno nak peluk Dap

Kemenangan TGHA sebagai Presiden Pas bagi penggal 2011-2013 dijadikan aset oleh puak-puak Umno untuk meneruskan agenda besar supaya Pas dapat dipeluk Umno.Bak kata orang tak dapat pegang tengkuk dapat tangkap sebelah kaki pun jadilah janji Pas yang diceraikan Umno pada tahun 1970-an dapat dinikahkan kembali untuk bersama Umno.Laporan Bernama yang disiarkan Malaysiakini Kekalnya Hadi , dekatkah Pas dengan Umno? dimainkan kembali menjelangnya Muktamar Pas pada Jun nanti.Antara lain laporan tersebut berkata 'malah Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan sudah bersingsing lengan dengan tekad untuk membawa PAS ke dalam BN demi perpaduan orang Melayu dan supaya orang Melayu berhenti berbalah sesama sendiri'.

Untuk apa Umno ajak Pas bersama Umno?Tentu ada sebab dan musababnya.Takkan saja-saja ajak kalau tak ada apa-apa .Adakah Umno ajak-ajak ayam untuk Pas bersama Umno kononnya demi perpaduan Melayu?Kerajaan Kelantan hingga sekarang tak dapat nikmati royalti minyak tapi dapat duit sedekah pemimpin Umno ..tu pun diberikan kepada pemimpin Umno Kelantan untuk diagih-agihkan kepada puak dan kaum kerabat sendiri sedangkan di Trenggganu rakyat Trenggganu nikmati royalti minyak yang diberikan kerajaan pusat.Terengganu kenyang dengan duit royalti , Kelantan yang juga ada minyak hanya dapat duit sedekah.Zalim sungguh!

Muhyiddin Yaasin Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno sedang mengeluh memikirkan nasib Umno-Bn dalam pru 13 akan datang.Muhyiddin Yaasin sudah merasakan bahang-bahang kehangatan pru 13 dengan beranggapan apa akan jadi dengan nasib Umno-Bn kalau kalah dalam pru 13 akan datang.Ya la 50 tahun lebih BN jadi pemerintah nikmati hidup dengan penuh senang lenang tak pernah rasa hidup susah macam rakyat yang ditekan dengan kenaikan harga barang yang semakin melampau setiap hari.Adakah Umno-Bn akan jadi pengemis jika kalah dalam pru 13?Hanya Allah SWT saja Maha Mengetahui.Kata Muhyiddin ;

“Dalam 16 pilihan raya kecil lepas, saya memimpin lebih daripada separuh (dan mendapati) ia sangat pahit dan getir akibat permainan politik pembangkang yang tidak lagi seperti biasa.

“Rakyat sekarang menuntut pelbagai perkara dan perlu dipenuhi,” katanya Timbalan Perdana Menteri dipetik Bernama Online hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, BN perlu membuat persiapan lebih baik dan mantap untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang walaupun perhatian masyarakat terhadap BN dan Umno khususnya telah meningkat.

BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen pada 8 Mac 2008.

“Kita kena tanya selepas PRU-13 masihkah kita berkuasa... ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi BN.

“Kita kena selesaikan semua masalah dari bawah hingga atas,” kata Muhyiddin yang kini mengadakan lawatan kerja ke negeri-negeri menjelang pilihan raya umum ke-13.Baca di sini.

Umno juga melalui puak-puak akademik yang karat Umno turut mahu memikat Dap untuk bersama Umno.Apa pun Umno mahu jadi ketua yang lain hanya jadi macai Umno.Cara tak langsung Umno terus pegang kuasa sampai bila-bila.Jadi kesenangan hidup pemimpin Umno sejak merdeka hingga sekarang tak akan terjejas jika Pas dan Dap berjaya dijadikan macai Umno.

Umno amat suka jika jawatan Timbalan Presiden Pas terus dipegang oleh pemimpin yang ada hati yang termakan dengan sentimen gula-gula Umno iaitu 'perjuangan Melayu-Islam'.Pas melaungkan 'Pas for all' bukan hanya untuk Melayu.Terserah kepada perwakilan Pas untuk pilih siapa yang layak pegang jawatan TP Pas.Pemimpin yang jadi fitnah kepada Pas memang tidak layak jadi TP Pas.

'Bukan Perang Salib Tapi Perang Sabil'-Khalid Samad



Siapa -siapa yang faham bahasa Inggeris boleh tengok dan fahamkan apa yang disebut ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dalam wawancara di atas.

Berikut petikan dari blog Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ketika mengulas isu Presiden Perkasa Brahim Ali yang sekarang ini hanya pandai nak bermandi darah saja dalam isu 'Kristian Agama Rasmi Negara', yang dimainkan media Umno Utusan Malaysia malah sanggup mati dan langkah mayat Perkasa dulu jika sapa-sapa nak ganggu Utusan Malaysia menulis ;

PERANG SALIB DIISTIHAR!
Ada seorang Melayu beragama Islam mengistiharkan ‘perang salib’ ke atas orang Kristian. Ini pun menyebabkan saya tersengih lebar. Apa pula kerja orang Melayu Islam ini mengistiharkan ‘perang salib’? Jelas beliau ingin memperkasakan kejahilan dirinya sendiri. Untuk pengetahuannya dan mereka yang seangkatan dengannya, Perang salib atau dalam Bahasa inggerisnya, Crusade, diistiharkan oleh Pope sebagi peperangan demi kepentingan agama Kristian yang simbolnya adalah salib, maka dinamakan ‘perang salib’! itulah si Melayu Islam ni, kalau duduk diam di rumah, orang tak akan tahu yang awak tak tahu. Sekarang satu dunia tahu bahawa awak tidak tahu apa yang awak katakan!

Orang Islam istihar perang ‘sabilillah’ atau diringkaskan oleh orang Melayu kita, ‘perang sabil’. Bukan ‘perang salib’. Kalau itu pun tidak tahu, saya nasihatkan orang Melayu Islam berkenaan untuk balik rumah dan tidur sahaja, jangan menyusahkan orang lain.

Perang sabilillah ni pula maknanya ‘perang di jalan Allah’. Ianya bertujuan untuk menegakkan Islam demi keadilan untuk semua, iaitu untuk orang Islam dan juga bukan Islam. Ianya bukan untuk menegakkan ‘ketuanan’ satu kaum atas kaum yang lain. Konsep menegakkan ketuanan sesuatu kaum ke atas kaum yang lain ditolak Islam sebagai amalan zaman jahilliyyah kerana sebelum datangnya Islam. itulah yang sibuk dilakukan bangsa Arab jahilliyyah, iaitu perang untuk memenangkan kabilah masing-masing.

Hakikatnya, ummat Islam berjuang untuk menyeru manusia kepada jalan Allah, bukan dengan paksaan tetapi dengan membebaskan manusia dari kongkongan yang dikenakan ke atas mereka oleh pemerintah yang zalim. Kongkongan ini menafikan kebebasan mereka untuk membuat pilihan secara bebas. Setelah kongkongan ditepikan, ditarik minat manusia melalui akhlak yang mulia dan keadilan. Bagaimana kita boleh menarik minat manusia kepada Islam kalau kita hanya mementingkan bangsa kita sendiri dan ingin menegakkan ketuanan satu bangsa ke atas bangsa lain? Akhirnya kita menjadi penghalang kepada manusia datang ke jalan Allah melalui perjuangan kita yang sempit dan songsang! Oleh itu ianya tidak lagi menjadi perjuangan ‘sabilillah’ kerana menghalau manusia dari jalan Allah dan sebaliknya menjadi ‘sabilisSyaitan’ naudzubillah. Itulah sebabnya Rasulullah (SAW) telah menafi sebagai ummat mereka yang berjuang atas dasar Assobiyyah yang ditakrif Baginda sebagai “menyokong kaum kamu atas dasar kezaliman”.Baca semua di sini.