Jumaat, 27 Mei 2011

Bertanding untuk menang jawatan atau menang pilihanraya?

Seronok melihat gelagat pemimpin Pas baik yang tua mau pun yang muda last-last minit terpa masuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan juga jawatan Timbalan Ketua Pemuda.

Mungkin pada peringkat awal masing-masing hanya seperti pasukan bolasepak yang nampak nak kalah atau seri terpaksa masukkan pemain simpanan untuk perkuatkan pasukan, dengan angan-angan jika dimasukkan pemain gantian pasukan mereka akan menang! Ha ha..

Orang Pas kena ingat Pas bukan lagi parti hanya untuk Tok Lebai dan orang yang berkopiah putih saja tapi dah jadi parti yang disokong oleh orang-orang yang bukan mengaji atau belajar bidang agama saja tapi liputi semua bidang pekerjaan.Pas sebagai parti Islamjadi hebat kerana dalam Pas ada nelayan, petani, penoreh getah, ustaz, Tok Lebai, ulama, peguam, doktor, jurutera, cikgu dan macam-macam lagilah.Malah Pas kini dapat sokongan orang bukan Islam.

Adakah 11oo perwakilan yang akan mengundi pilih calon pilihan mereka pikirkan ini semua?Ulama dalam Pas memang hebat , depa berada dalam kelompok paling atas dalam Pas, dapat layanan vip tak macam Umno yang jadikan ulama sebagai kelas berapa tak tau la.

Ulama juga bukan tak boleh ditegur kalau lembab buat kerja , lambat tangkap dan perjelaskan isu semasa dengan pantas kerana zaman sekarang semua maklumat di hujung jari bukan macam dulu hanya pakai telegram dan harapkan suratkabar saja.Ulama dalam Pas bukan hanya setakat buka kitab di markaz-markaz saja kerja mereka lebih daripada itu sebagai anggota parti politik yang mesti menang untuk ke Putrajaya bukan hanya sekadar mau menang jawatan dalam parti.Kalau sapa-sapa kata kerja kita bukan setakat mau menang pilihanraya saja ..habis kalu tak menang pilihanraya bilanya nak boleh jijak kaki ke Putrajaya?Takkan jadi pembangkang saja sampai tua?

Jawatan jawatan utama Pas bukan untuk difaraid atau jadi harta pusaka kelompok tertentu saja tapi mereka yang pegang jawatan mestilah orang yang bertanggungjawab demi kesinambungan dan kecemerlangan Pas pada masa depan.Mana-mana pemimpin yang nampak mandom dan tak datangkan kesegaran kepada Pas jadi tanggungjawab perwakilan yang wakili semua ahli Pas dan penyokong Pas untuk ditolak untuk pegang jawatan yang dipertandingkan.Selamat mengundi buat semua perwakilan!

Berkaitan;
Timbalan Presiden 3 penjuru, 6 Naib-Harakahdaily
Ketua Muslimat :Nuridah dicabar Zailah-Harakahdaily
Dewan Pemuda:Timbalan 4 penjuru, 2 Naib-Harakahdaily
Kenyataan Nik Aziz tak akan pengaruhi keputusan pemilihan Pas-M'insider

7 ulasan:

  1. Calon pilihan Aku:
    Tim Pre:Mohammad Sabu
    Naib Pre:Husam Musa
    Nizar Jamaludin
    Salehudin Ayob
    Tak tau la plak apa pilihan para perwakilan yang bijak sana tu.... Selamat Bermuktamar Jangan Jadi Macam Tahun 1982 Sudah.

    BalasPadam
  2. PASUKAN KE PUTRAJAYA

    Timpres Hj Mohamad Sabu
    Naibpres Hj Husam Musa
    Hj Nizar Jamaluddin
    Hj Idris Ahmad

    BalasPadam
  3. PASUKAN AMBIL ALEH PUTRAJAYA

    Timpres: Hj Mohamad Sabu
    Naibpres: 1. Hj Husam Musa, 2. Hj Nizar Jamaluddin 3. Hj Nik Amar

    BalasPadam
  4. Timpres: Hj Mustafa Ali
    Naibpres: Hj Bakar Chik, Hj Nik Amar, Hj Idris Ahmad.

    Kata Tulang Besi:

    AZMAN SHAPAWI KENA BUANG, SHUHAIZAN KENA MAIN

    Berjayalah perancangan TASK FORCE PERPADUANG pimpinan Ustaz Bakar Chik dengan dibantu Ustaz Idris Ahmad.

    Siapa pula dalang belakang Hj Tuan Ibrahim, yg berkali2 dok ulang cakap tak layak jadi Timpres tiba2 layak pulak. Agenda UG di sebalik kopiah Tuan Ibrahim.

    BalasPadam
  5. Tim Anai-Anai:

    Tim.Presiden - Tuan Brahim
    Naib Presiden - Abu Bakar Chik
    Nik Amar
    Idris Ahmad
    S/U Agong - Stopa Ali
    Pengarah Pilihanraya - Hassan Ali
    Ketua POenerangan - Suhaimi Embong Almaniri.

    BalasPadam
  6. hari ini PAS akan mengenali siapa sebenar Blogger yang berada dibelakang dan memberi sokongan kepada parti PAS.
    Mereka akan menyerang secara tidak berakhlak siapa sahaja yang mereka fikir vperlu diserang tanpa pertimbangan adab dan akhlak Islam.

    BalasPadam
  7. Rugilah perjuangan bertahun-tahun kalau jawatan dijadikan lombong rezeki bukan tanggungjawab, apa beza PAS ngan UMNO sudahnya. Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.....selamat datang ke PUTRAJAYA selamat tinggal......akhirat perjuangan hakikiKU!!!

    BalasPadam