Selasa, 24 Mei 2011

Akhirnya terjawab ,Tuan Ibrahim bertanding Timbalan Presiden Pas


Teka-teki dan tarik tali Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai kesediaan beliau bertanding TP Pas terjawab bila beliau bersedia bertanding TP Pas.Berikut kenyataan penuh beliau yang dipetik daripada Harakahdaily;

Saya telah menerima surat rasmi dari Jawatankuasa Pemilihan PAS pada 22hb Mei 2011. Saya telah mendapat pencalonan untuk dua jawatan, iaitu Jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak memberangsangkan.

Walaupun saya telah berkali-kali menyatakan hasrat bahawa saya lebih berminat untuk diberi peluang bagi meneruskan kerja saya dalam parti sebagai Naib Presiden sekiranya ada pencalonan yang mencukupi, namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar.

Saya tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang saya terima, namun ianya suatu jumlah yang memerlukan saya untuk memikirkan semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan.

Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama amat terasa beratnya - dan menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya - dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama.

Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS Pusat
24 Mei 2011

4 ulasan:

  1. 73 : 49 : 33

    Dilihat bukan tekanan akar, tetapi tekanan pucuk

    Kasihanilah Ustaz Nasharudin Md Isa yang sudah lama berkhidmat dan setia kepada Syura Ulamak, Presiden dan Dewan Ulamak.

    BalasPadam
  2. Semua kata2 makhluk jenis ni sebelum dan selepas tak boleh pakai. Tunggulah saat kehancuran.

    Tuan Man King

    BalasPadam
  3. Pas pun nak jadi mcm umno jgk ke...parti I.Q.rendah?

    BalasPadam
  4. akibat virus ug @$##^%*&()_)(_)_++()*()#%^()*+-

    BalasPadam