Jumaat, 6 Mei 2011

Kata Pengkhianat Islam:Mufti Perlis perlu betaubat segera


Saya ada kata Mufti Perlis buta politik Umno ketika Mufti Perlis Dr Juanda Jaya labelkan orang yang tak setuju atau menentang penyatuan Pas-Umno sebagai pengkhianat Islam.Penganalisis politik Dr Aziz Bari pula berkata pandangan Mufti Perlis itu sebagai naif dan jahil sejarah politik.

Kata Dr Aziz Bari "PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam. "Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam. "Melemahkan mekanisme itu, baik dalam parti-parti yang ada yakni Umno, PAS atau PKR akan merugikan umat Islam," katanya. Abdul Aziz yang juga seorang pengamat politik berkata ketiadaan semak dan imbang menyebabkan pelaksanaan Islam dan kebajikan Melayu terbantut. "Ia menyebabkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa merebak," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan akhbar hari ini.-M'kini.

Isu Pas-Umno:Mufti Perlis tak wajar label 'Pengkhianat Islam'
-M'insider

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tidak wajar menyamakan mereka yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam, kata seorang pegawai Jakim.

Zamihan Mat Zain, yang baru-baru ini memberikan pandangan kontroversial mengenai isu Wahabi dan Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais berkata, adalah terlalu “melampau apabila Mufti Perlis menghukum ulama Islam dan umat Islam yang tidak mahu menerima pandangannya sebagai sesat, khawarij dan pengkhianat Islam.”

“Tahukah tuan Mufti Perlis tuduhannya itu bukan hanya ditujukan kepada seorang imam terkenal atau penulis blog sahaja tetapi penghukuman tersebut dijatuhkan bersama nilai cerca dan menghina ke atas jutaan umat Islam, para ilmuan Islam dan pejuang Islam.

“Bukan perbincangan kepartian yang diutarakan di sini tetapi melampau dalam menghukum adalah sikap yang amat memalukan institusi agama negara, inikan pula dihentam secara melulu,” kata beliau dalam tulisan blognya.

Sehubungan itu, Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, “dengan ini diminta agar Mufti Perlis menarik kembali dan bertaubat dari kata-kata yang menghukum ulama Islam dan umat Islam secara umum sebagai sesat, khawarij dan pengkhianat Islam.”

“Mohon tarik balik dan bertaubat dengan segera sebelum terlambat,” kata beliau lagi.

“Kita sokong penyatuan Umno dan PAS, tetapi untuk mengatakan seseorang itu pengkhianat Islam hanya kerana tidak bersetuju atau tidak membantah penyatuan Umno dan Islam, saya anggap ia satu kenyataan yang tidak wajar datang daripada seorang mufti,” katanya ketika diminta penjelasan mengenai tulisan dan pandangannya dalam entri blog.

Ketika ditanya tokoh agama lain seperti Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pernah memberikan pandangan mengenai perlunya kerjasama politik PAS dan Umno, Zamihan yang pernah terlibat dalam perang kenyataan dengan Juanda dalam isu Wahabi lebih seminggu lalu berkata:

“Ya, ada... tetapi pandangan Tan Sri Harussani tidak melabelkan seseorang itu sebagai pengkhianat Islam jika membantah penyatuan Umno dan PAS.”

“Tidak wajar sebab dalam isu PAS dan Umno ini isu politik kepartian... BN atau PAS adalah parti politik sedangkan Islam bukan parti politik, ia mempunyai nilai yang tinggi, agama yang bersifat universal,” katanya sambil menambah, perkataan “khawarij” seolah-olah menganggap seseorang itu sebagai “pengganas.”-M'insider

Umno yang jadi juara fitnah, bersekongkol dengan penyebaran video lucah dah jadi tak ketawan hala.MCA pula ambik kesempatan dengan berkata Pas kalau nak masuk BN kena buang perjuangan Islam.Umno senyap tak kata apa bila MCA kata macam tu .MCA lagi hebat serang Islam yang jadi agama rasmi negara yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Baca juga;

Najib makin terhimpit politik perkauman BN-M'kini

Adakah Pas perlu mendukung kemungkaran Umno?-Tuan Ibrahim Tuan Man-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan