Rabu, 4 Mei 2011

'Sumpah pakai al-Quran, tetapi hukum di dalam al-Quran tidak dipakai'-Presiden Pas



Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan tindakan Sahzryl Eskay mengambil sumpah laknat mengenai video lucah ysng ditayangkannya baru-baru ini tidak berlandaskan hukum Islam dan Al-Quran.

“Mereka telah melakukan sumpah yang salah. Sumpah pakai al-Quran, tetapi hukum di dalam al-Quran tidak dipakai. Mengapa bersumpah al-Quran di gunakan tetapi hukum tidak dipakai? Biar dia jawab,” kata Hadi selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

“Kalau sumpah, mesti pakai hukum yang ada dalam itu (al-Quran). Mengikut Islam tidak cukup menggunakan kitab tetapi mesti memakai hukumnya. Ini sumpah pakai Kitab tetapi tidak digunakan hukum dalamnya, tambah beliau.

Jelas Hadi, Shazryl hanya menggunakan kitab Al Quran sebagai syarat supaya membolehkan beliau melafaz sumpah berkenaan namun ahli perniagaan itu tidak mengikut syiar Islam yang ditetapkan.

Eskay melafazkan sumpah laknat itu setelah beliau memegang al-Quaran terbalik sebelum diperbetulkan oleh seorang penceramah bebas.

Beliau mengambil sumpah laknat bahawa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan sejak 21 Mac, sungguhpun diingatkan bahawa sumpah itu tidak laku dalam kes-kes fitnah.

Beberapa tokoh agama termasuk mufti Perak dan Selangor bersetuju isu fitnah harus ditangani mengikuthukum qazaf yang dipersetujui Anwar.Baca lagi di sini.

3 ulasan:

  1. betul..ni la terjadi bila kte jahil dengn ilmu agama sampaikn bnda yang xde pon di adakan..takot tgk dgn braninya mereka bersumpah atas nama allah=O

    BalasPadam
  2. Sekurangnya dia berani mendedahkan dirinya dilaknat Allah swt andaikata dia menipu...biarpun dari segi kaedahnya tiada dalam hukum.
    Masalahnya, bagi yg tertuduh, tiada pula kaedah yg diambil dalam mengangkat kembali maruah harga diri hanya sekadar dgn melafazkan Wallahi..wabillahi..watallahi..aku difitnah oleh bla..bla..bla..
    Sebelum ini, suruhanjaya penyiasat pun dia tak mahu..
    Yang pelik, selalu sangat guna kaedah berselindung di sebalik ulamak.. Ulamak pun sekarang dah mula nampak macam semak..serabut..
    Dalam video tu..terang-terang persamaannya lebih dari perbezaannya..
    Yang pasti, bilamana ianya tidak memenuhi kehendak dan citarasa, mulalah semuanya pakat menepis..sampaikan tak mau menerima kaedah ilmu sains boleh digunapakai..

    BalasPadam
  3. Tak pernah dalam sejarah kes rogol, zina, pembunuhan di Malaysia sebelum ini mendapat tuntutan kaedah mengikut perundangan Islam sepertimana yg dituntut keatas kes Anwar...Special sungguh manusia Anwar ini..

    BalasPadam