Sabtu, 21 Mei 2011

'Bukan Perang Salib Tapi Perang Sabil'-Khalid Samad



Siapa -siapa yang faham bahasa Inggeris boleh tengok dan fahamkan apa yang disebut ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dalam wawancara di atas.

Berikut petikan dari blog Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ketika mengulas isu Presiden Perkasa Brahim Ali yang sekarang ini hanya pandai nak bermandi darah saja dalam isu 'Kristian Agama Rasmi Negara', yang dimainkan media Umno Utusan Malaysia malah sanggup mati dan langkah mayat Perkasa dulu jika sapa-sapa nak ganggu Utusan Malaysia menulis ;

PERANG SALIB DIISTIHAR!
Ada seorang Melayu beragama Islam mengistiharkan ‘perang salib’ ke atas orang Kristian. Ini pun menyebabkan saya tersengih lebar. Apa pula kerja orang Melayu Islam ini mengistiharkan ‘perang salib’? Jelas beliau ingin memperkasakan kejahilan dirinya sendiri. Untuk pengetahuannya dan mereka yang seangkatan dengannya, Perang salib atau dalam Bahasa inggerisnya, Crusade, diistiharkan oleh Pope sebagi peperangan demi kepentingan agama Kristian yang simbolnya adalah salib, maka dinamakan ‘perang salib’! itulah si Melayu Islam ni, kalau duduk diam di rumah, orang tak akan tahu yang awak tak tahu. Sekarang satu dunia tahu bahawa awak tidak tahu apa yang awak katakan!

Orang Islam istihar perang ‘sabilillah’ atau diringkaskan oleh orang Melayu kita, ‘perang sabil’. Bukan ‘perang salib’. Kalau itu pun tidak tahu, saya nasihatkan orang Melayu Islam berkenaan untuk balik rumah dan tidur sahaja, jangan menyusahkan orang lain.

Perang sabilillah ni pula maknanya ‘perang di jalan Allah’. Ianya bertujuan untuk menegakkan Islam demi keadilan untuk semua, iaitu untuk orang Islam dan juga bukan Islam. Ianya bukan untuk menegakkan ‘ketuanan’ satu kaum atas kaum yang lain. Konsep menegakkan ketuanan sesuatu kaum ke atas kaum yang lain ditolak Islam sebagai amalan zaman jahilliyyah kerana sebelum datangnya Islam. itulah yang sibuk dilakukan bangsa Arab jahilliyyah, iaitu perang untuk memenangkan kabilah masing-masing.

Hakikatnya, ummat Islam berjuang untuk menyeru manusia kepada jalan Allah, bukan dengan paksaan tetapi dengan membebaskan manusia dari kongkongan yang dikenakan ke atas mereka oleh pemerintah yang zalim. Kongkongan ini menafikan kebebasan mereka untuk membuat pilihan secara bebas. Setelah kongkongan ditepikan, ditarik minat manusia melalui akhlak yang mulia dan keadilan. Bagaimana kita boleh menarik minat manusia kepada Islam kalau kita hanya mementingkan bangsa kita sendiri dan ingin menegakkan ketuanan satu bangsa ke atas bangsa lain? Akhirnya kita menjadi penghalang kepada manusia datang ke jalan Allah melalui perjuangan kita yang sempit dan songsang! Oleh itu ianya tidak lagi menjadi perjuangan ‘sabilillah’ kerana menghalau manusia dari jalan Allah dan sebaliknya menjadi ‘sabilisSyaitan’ naudzubillah. Itulah sebabnya Rasulullah (SAW) telah menafi sebagai ummat mereka yang berjuang atas dasar Assobiyyah yang ditakrif Baginda sebagai “menyokong kaum kamu atas dasar kezaliman”.Baca semua di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan