Khamis, 19 Mei 2011

Adakah Tuan Ibrahim Tuan Man tetap tak mahu bertanding Timbalan Presiden?

Kata Naib Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man pada 16 April 2011

"Saya sudah ada keputusan yang dibincang bersama parti iaitu saya tidak akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

"Saya harap nama saya tidak akan dicalonkan. Biarlah mereka yang lebih layak pergi ke jawatan itu," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada akan bertanding atau sebaliknya jawatan nombor dua dalam parti pada Muktamar PAS ke-57 Jun ini.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, keputusan tersebut dibuat demi memastikan masa depan dan perpaduan parti terjamin.

"Ada ramai lagi calon yang berwibawa dan layak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Keputusan saya ini cukup jelas," katanya.

Dengan keputusannya itu, beliau berharap PAS kawasan yang sedang mengadakan mesyuarat mengenai calon yang akan dipilih pada pemilihan parti nanti tidak mencalonkan namanya bagi jawatan Timbalan Presiden.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub turut mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden namun sedia mempertahakan jawatan yang disandangnya ketika ini.

"Saya tidak layak untuk ke jawatan itu (Timbalan Presiden).

"Jika saya bertanding, saya hanya berminat untuk mempertahankan jawatan yang sudah disandang (Naib Presiden). Itupun terpulang kepada perwakilan untuk menilai sama ada mahu mengekalkan saya, atau sebaliknya," katanya.-mStar Online.

Bagaimanapun kini nama Tuan Ibrahim Tuan Man turut tersenarai di kalangan 6 pemimpin Pas yang layak bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas dalam Muktamar Pas Jun ini setelah dapat banyak pencalonan selain ust Nasharudin Mat Isa, Mat Sabu, Husam Musa, MB Kedah Ust Azizan dan Salahuddin Ayob.

Adakah Ust Tuan Ibrahim akan terus kekal dengan kata-katanya tidak mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden setelah melihat beliau dapat banyak pencalonan daripada Pas Kawasan ?

Mengapa Pas Kawasan tetap calonkan Tuan Ibrahim walaupun beliau sunguh -sungguh tak mau bertanding jawatan TP Pas?Apa kata kalau semua calon yang layak bertanding jawatan TP Pas tidak menarik diri ..semua pakat bertanding .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan