Selasa, 3 Mei 2011

Dunia lebih selamat tanpa campurtangan Amerika Syarikat


Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama dengan bangganya berkata kematian Osama Ben Laden menjadikan dunia lebih aman.PM Malaysia Najib turut senada dengan pendirian Amerika Syarikat dengan turut berkata dunia lebih selamat dengan kematian Osama .

Jika Osama dianggap sebagai pengganas bagaimana pulak dengan kezaliman Amerika Syarikat dan negara bersekutu yang melakukan pembunuhan dan mengebom orang awam yang terdiri daripada kanak-kanak, orang tua dan wanita secara berleluasa di Iraq, Pakistan dan Afghanistan.Mereka menghalalkan pembunuhan berjuta nyawa manusia atas nama menyelamatkan dunia dengan kuasa yang mereka miliki di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Terkini Amerika Syarikat dan tentera bersekutu membunuh nyawa yang tidak berdosa di Libya atas nama menyelamatkan Libya daripada Presiden Muammar Gaddafi.AS mahu negara yang mereka campurtangan tunduk dan patuh dan menjadi kerajaan boneka kepada Amerika Syarikat.AS mahu gambarkan kepada dunia bahawa mereka penyelamat dunia tapi sebenarnya merekalah pengganas berlesen yang membunuh berjuta nyawa umat Islam di seluruh dunia.

AS menuduh Osama sebagai pengganas tapi anak emas AS iaitu Israel Laknatullah setiap hari membunuh dan menyembelih nyawa umat Islam Palestine tanpa rasa belas kasihan.

Jika benar Osama telah mati kenapa mayatnya hendak dikebumikan dilaut? Apa sebenarnya niat Amerika Syarikat?Kenapa terlalu takut kepada mayat Osama?

1 ulasan:

  1. Sebenarnya malaysia lebih selamat tanpa najib, rosmah dan umno.

    BalasPadam