Pemimpin Umno-Bn pandai goreng, pandai tipu rakyat bila kenaikkan harga barang dah tak terkawal.Kata orang Utara cakap membau (merapu) makin menjadi-jadi.Susbsidi untuk rakyat jadi alasan kata kerajaan dah tak larat tanggung subsidi atas barangan utama pengguna seperti petrol dan diesel yang ada subsidi.
Pendek kata kerajaan Umno-Bn rasa rugi teramat sangat dengan pemberian subsidi untuk rakyat.Mohong tak abis-abis!Macam orang meniaga la tang untung dia buat senyap bila tang rugi dia keriau deras-deras..orang datang mintak utang pun jadi kesian.Kita jadi rakyat tak mintak lebih..kita jadi rakyat bukan bodoh dengan segala hasil mahsul negara yang berlambak-lambak.Macam-macam negara kita ada.Petroleum, kelapa sawit, getah, sektor industri dan perkilangan yang bercambah-cambah.Mana pi semua hasil negara kalau bukan kerajaan yang kontrol?Petronas untung berpuluh bilion setahun hasil minyak dan kerajaan kaut berapa banyak hasil keuntungan minyak daripada petronas?
Rakyat pulak dikenakan dengan bermacam-macam cukai , bermula dengan makanan, minuman hinggalah beli seluar dalam semua ada tax..kerajaan mana ada rugi.Singapura yang besar taik cicak tu lagi maju daripada kita bukan ada apa pun...air pun Johor supply tu pun duit dia lagi besar daripada kita.
Kata PM Najib ,Subsidi ibarat candu , kos politik tak boleh elak."Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik,” kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.
Kegilaan kerajaan menolong rakyat, jadi candu untuk tolong kebajikan rakyat ini perbuatan yang bagus dan disokong.Tapi kalau Umno mahu rakyat jadi candu kepada Umno ini kena lawan ! Yang menghairankan semakin banyak Umno berbohong, makin banyak media Umno tabur fitnah masih ramai yang ketagih candu kepada parti Umno.Candu cap apa Umno guna?
Rakyat kena bangun tolak Umno-Bn yang semakin hari semakin ganas tekan rakyat, perbodoh rakyat bila nak naik harga barang.Tak habis-habis kata tak larat tanggung subsidi.Umno-Bn kena ingat segala duit subsidi untuk rakyat bukan guna satu sen pun duit BN tapi duit cukai yang dibayar oleh rakyat.Semestinya dipulangkan kembali kepada kebajikan rakyat.
Apa jenis punya kerajaan..tolong rakyat , jaga kebajikan rakyat kata rugi.Beli kapal selam tak rugi sebab dapat komisen, belia heli baru pun tak rugi sebab komisen dok tungggu dalam akaun bank luar negara,belanja bini sebagai wanita pertama habis berjuta tak rasa rugi, saham RM52 bilion hilang tak rasa rugi sebab masuk kantong kroni ..eeeeeeeeee
Baca juga;
Kenaikkan harga bahan bakar mungkin lewatkan pru-M'kini
Harga petrol RON 95 disemak bulan depan-M'kini
K'jaan mansuh diesel super subsidy 9 kategori kenderaan-M'kini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan